Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 August 2008

Apa-apa saja

Hari ni Malaysia menyambut hari kebangsaan yang ke 51. Semua orang tahu. Esok, 1 September, umat Islam seluruh dunia akan mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan selama sebulan. Juga semua orang tahu...

Esok juga, sepapet kembar ku iaitu Cik Ulya *nama tenet beliau* atau Hajar *nama IC beliau* akan berangkat ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran beliau di sana... Jadi, sempena pemergian beliau, saya ada amanat dan pesanan yang ingin disampaikan.... Darling, u mesti baca tau..kalau u tak baca, hambe kecik hati.. huhuhu...

***********************************************

Ke hadapan spapet kembar beta yang dirindui dan disayangi...

Tujuan beta menulis warkah usang ini adalah sempena pemergian demes ke sebuah negara asing yang jauh di mata beta... Entah bila lagi kita mahu ketemu... Sudah sekian lama kita tidak bergurau senda dan bernada gosip... tiba-tiba demes mahu meninggalkan beta keseorangan di sini? Huhuhu... kecewa beta ditinggalkan oleh demes...

Wahai wajah kesayangan hambe yang bulat-gebu *ampun! jangan tembak!*

Satu saja amanat yang ingin darlingmu ini tinggalkan.. jagalah dirimu baik-baik di tempat orang. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan jangan sesekali kamu bermain mata dengan orang-orang di sana sebelum daku mengakhiri zaman bujangku.. Laling sesekali tidak dibenarkan melangkah bendul.. okesh!

Yang teramat penting, jangan lupakan spapet mu yang tersayang ini. Jangan lupa untuk berYM dengan ambe... bercerita tentang tempat baru demes nanti... oh! Kalau ada ustaz2 Malaysia yang nak cari jodoh tu, promotlah spapet mu nih sebelum demes promot diri sendiri.. *huh!*

Lagi, apa lagi ya? Ehm... huhuhu... tahun ni kita tidak berkesempatan menyambut ulangtahun bersama-sama lagi. Sedih hati ambe... walaupun demes tak penah kasi hadiah, tapi dapat celebrate dengan demes itu sangat berharga...

~~Masihkah kau ingat, di hari lahir kita... mereka berpakat menyambutnya, walaupun tujuan sebenar adalah nak makan KFC beramai-ramai? tapi kerana dilakukan pada hari lahir kita, maka besday kita yang disambut.. bangga! bangga! ~~

Rasanya cukup sudah ambe merepek kerepek untuk Cik Spapet ku... taking care! Love you! Miss you!

*Gelang tuh, demes tuntut 4 tahun lagi ya!*

Adios amigos..
Spapet kesayangan mu..
Shazmiey

********************************************

Sepanjang bulan Ogos, ada dua hari lahir yang wajib saya ingat. Hari lahir dua orang hero yang terutama dalam hidup saya. Seorang hero yang menjadi sebab kelahiran saya di dunia ini, dan seorang hero lagi yang melengkapkan kehidupan saya sebagai manusia biasa.

Hero pertama:: Encik Mohamad Yusoff bin Ibrahim (14 Ogos 1962)

Beliaulah papa kesayangan saya. Beliau seorang yang sangat panas baran tapi beliau juga seorang yang sporting. Beliau akan sedaya upaya memenuhi permintaan saya. Saya sayang beliau kerana beliaulah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sebagai manusia secara langsung mahupun tidak langsung. Beliau boleh jadi kelakar, boleh juga jadi seorang yang tidak kelakar apabila beliau marah. Saya hormat dan takut dengan beliau apabila beliau diam. Tapi, dialah rujukan saya apabila saya mahukan jawapan untuk soalan-soalan tertentu. You are the king of my heart, forever and ever!

Hero kedua:: Mohd Irfan bin Mohamad Yusoff (27 Ogos 1988)

Hoh! Sudah 20 tahun umur beliau ya... Satu-satunya hero muda dalam kehidupan kami. Hero yang diharapkan dapat menjadi pelindung serta menjaga amanat yang telah diamanahkan di bahu seorang anak lelaki. Beliau seorang yang mengikut jejak papa, panas baran tapi boleh juga menjadi seorang yang amat kelakar. Cuma, ehm... matang sikit, ya. Saya sayang dia sebab dia yang menjadi salah seorang pelengkap dalam hidup saya. You will always be the prince in my heart.. Walau apa pun, jadilah yang terbaik dalam hidup. Jangan sesekali abaikan amanat dan tanggungjawab sebagai seorang anak dan muslim. Amin..

*****************************************
Saya dah tak tahu nak merepek apa lagi... Malas nak cerita pasal perkara-perkara yang tidak pantas untuk diceritakan di sini... Di sini untuk saya bergembira dan meluahkan rasa untuk rasa gembira... Jadi, ini sajalah untuk hari ini....

*Huh! Entah apa yang saya merepek kali ni*

Salam
Peace

2 comments:

Anonymous said...

Selamat menjalani ibadah puasa, moga mabrur, aminnn ...

s.c.h.u.l.t said...

eh,shaz ade adek lelaki berumo 20? hehe..apsal xpenah tau ni??

aummmm!! (syud mnjadi harimau..riao2) ;p