Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

24 August 2008

Cuti...cuti...cuti dan cuti yang tak cuti2 (Bahagian2)

Sambungan...

Pada hari kedua (23.08.08), kami bergerak ke Kudat dalam lebih kurang jam 9.30 pagi selepas bersarapan roti telur (+ ketam bercili malam tadi :D) Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam itu disusuli dengan perhentian di Kampung Gombizau, tempat penternakan madu lebah untuk penghasilan madu asli. Kami cuma tengok-tengok sekeliling. Yuran masuk ke kawasan sarang lebah adalah RM 5. Kami tak masuk sebab kesuntukan masa untuk ke destinasi utama.

7 gadis Taman Dato' Rizalman.
(L-R)::Kak Azah, Kak Yam, Kak Erra, Kak Fizah, Kak Piah.
Duduk:: Kak Zah, saya.(Gambar bawah, tak ada Kak Piah)

Oleh kerana Ustaz Shafie bawa Toyota Innova, kami yang cuma kereta MyVi dan Wira ini terpaksa berkejar-kejaran supaya seiring sejalan dan tidak ketinggalan. Dan selalunya, kereta Wira Kak Azah akan ketinggalan di belakang sebab Kak Piah yang memandu MyVi Kak Erra langsung tak bagi peluang untuk kami memotong. Chet! Saja je. Akhirnya, Kak Zah yang mengambil alih tempat Kak Azah sebagai pemandu memandu dengan penuh berhemat dan relaks. Tidak perlu kejar Ustaz katanya sebab nanti perjalanan jadi tak menarik.
Perjalanan yang panjang memang memenatkan. Jadi, apabila ternampak papan tanda ke kiri 'Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau', saya sudah hampir mahu melompat, tapi kereta putih MyVi Kak Erra terus ke depan. Dalam masa yang sama, Kak Azah menerima mesej daripada KakErra.
'Kalau nampak papan tanda ke Tip of Borneo, abaikan. Kami pun tak tahu kenapa ustaz jalan terus. Kita ikut saja. '
Dua papan tanda ke Tanjung Simpang Mengayau kami lepasi, namun tiada tanda Ustaz Shafie mahu berhenti. Oh ya, kereta Wira Kak Azah yang saya naiki ketinggalan jauh di belakang. Kami cuma ikut jalan lurus dan apabila perlu masuk ke mana-mana simpang, kami akan menerima mesej daripada Kak Erra yang berusaha mengejar kereta Ustaz.

Rupa-rupanya, ustaz mencari masjid untuk berhenti sembahyang dahulu. Hehehe... Usai solat jamak, kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama.

Nurie ada cakap yang jalan ke sana agak tidak bagus. Pada mulanya, saya ingatkan setakat jalan yang bengkang bengkok. Rupa-rupanya ada jalan yang tidak diturap. Rasanya adalah sepanjang 6-7km. Sepanjang perjalanan itu pula, kiri kanan adalah ladang kelapa. Bukit-bukau. Jarang sekali ada penempatan. Kalau pun ada, cuma sebuah saja di sesuatu kawasan.
Setelah melalui jalan tidak berturap yang panjang, akhirnya kami sampai ke hujung Borneo. Eh, belum sampai betul-betul lagi. Kami melalui pesisiran pantai sepanjang lebih kurang 1 km. Cantik bah. Damai rasanya. Kak Erra dan Kak Azah berbalas mesej. MyVi dan Innova dan lama sampai, tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana lauk-pauk ada dalam Wira. Hahaha...

Sebaik saja sampai, kami duduk di pondok dan makan time! Gambar makan-makan tak sempat ambil. Terlalu lapar sampai lupa nak bergambar. Semua senyap...kecuali Naufal; hero Ustaz.
Lepas makan, apa mahu tunggu lagi. Saksikanlah keunikan Sabah terutama sekali Kudat. Kami sudah sampai di hujung tanduk Borneo(Sila rujuk peta), anda bila lagi?



Sekarang, tak mahu cakap banyak, saksikanlah aksi-aksi kami. *Amaran:: Maafkan gadis berbaju t-shirt merah dan tudung pink itu. Hari berkenaan dia sangat suka mengambil gambar sendiri. Bertahanlah melihat wajah-wajah dia yang sangat (tidak) cantik itu.*
Di sinilah tempat kami makan. Depan papan informasi itu adalah pondok tempat kami berehat makan.
Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau. Pertemuan antara dua Azizah...eh?

Kita harus mendaki ke puncak sebelum sampai di hujung Borneo di mana, di bawah merupakan pertembungan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Pemandangan Laut China Selatan.

Bukti sudah sampai di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat.


Mata si tukang ambil gambar.

*Please bear with this girl*

I like these pictures so much. Nampak tinggi dan *erk!* lawa. Hehehee.....

Sikit lagi mahu sampai di the Tip of Borneo.

Cepat Kak Piah, Kak Azah... Turun!~


The Tip of Borneo: Hujung Borneo. Ini gambar yang saya ambil dengan kamera telefon antik saya. Bukan copy+paste dari mana-mana laman web, okey!



Pemandangan Laut Sulu.



Me and my housemates. Am I look so tall here? Hehehe... Penipuan semata-mata.

"Dah, berdiri tempat tinggi, memanglah." kata Kak Fizah (R)



Belakang:: Kak Fizah dan Kak Piah.
Depan (l-r):: me, Kak Azah, Kak Yam (yang sempoi)

Hoh? Budak ni lagi?



Penat mendaki. Berehat sebentar bersama-sama di kaki tangga.


Perjalanan ke tempat letak kereta. Saaaaana... jauh bah!



Bergambar sebelum pulang bersama Ustaz Shafie dan keluarga.




Ikut putaran jam:: entah kereta siapa.. Toyota Innova Ustaz, Proton Wira Kak Azah, MyVi Kak Erra.



Mo pulang suda!



Inilah bekalan kami. Dua periuk nasi. Lauk pauk adalah seafood paprid, ikan goreng, sosej goreng, bebola ketam goreng. Huuhu... satu periuk saja yang luak.

Okey, sampai di sini sahaja persembahan saya. Sebelum berakhir cerita ini dan akan diteruskan dengan cerita-cerita bosan (harap tidak!) dari sekolah, saya akhiri dengan sedikit informasi.

"Tanjung Simpang Mengayau, also known as the Northernmost tip of Borneo, is located in the district of Kudat, in the state of Sabah, Malaysia. The tip is the meeting point of Sulu and South China Sea.
A bronze globe marks the location of Tanjung Simpang Mengayau on the globe at latitude 7 degrees north and longitude 116 degrees east. A map featuring the island of Borneo is embossed in bronze and laid on a flat surface at an angle with inscriptions to mark the Tip of Borneo.
The history of the name of this place originally known as SAMPANG MANGAYAU. The area was known for sea traders from all places to Moore their ship for a rest or take refuge during the rough sea season.
But the sea area of the Simpang Mengayau was also well known for its sea pirets. And that is how its got its name in the first place. 'Sampang' means in a local dialect (Bajau Laut) a place of meeting or a place of gathering and 'Mangayau' is attacking or hijacking.
On the early mapping of year 60's and 70's, it still retain its original name 'Sampang Mangayau' and if you fortunate to have an old map you can see it stated as 'Sampang Mangayau'.
Only in the later year somewhere in the year 80's that they change the name to 'SIMPANG MENGAYAU'. Maybe there are thinking the name was miss pelt.
When Sampang Mangayau was rediscovered in the 2000's as the tip of North Borneo. It really put Sampang Mangayau and Kudat town on the world maps and it becomes another tourist destination.
Certain groups from a different ethnic, namely the Rungus see the potential and influence the public and tourists claiming that the name Simpang Mengayau was founded and named by the ethnic Rungus (Kadazan/Dusun)and there are creating 'Legenda Simpang Mengayau'. Which in fact it was named by the ethnic Bajau Laut (Ubian, Banadan and Suluk) give its original name as 'SAMPANG MANGAYAU' simply because its sea area was infested by pirates."

cites from:: http://allrss.com/wikipedia.php?title=Tanjung_Simpang_Mengayau

Salam.

No comments: