Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

24 August 2008

Cuti...cuti...cuti dan cuti yang tak cuti2 (Bahagian3)

Sambungan lagi...


Lebih kurang pukul 4.00 petang, kami bertolak pulang. Sebelum itu, kami singgah sebentar di kafeteria yang terletak di bawah untuk membeli minuman. Cuaca panas, tekak sudah tentu dahaga. Sebelum bertolak dari penginapan, saya telah membeli sebotol Vanilla Coke. Di kafeteria saya membeli sebotol air mineral besar dan memesan air kelapa.


Perjalanan pulang ke KK kali ini dipandu sepenuhnya oleh Kak Zah sebab Kak Azah kepenatan yang teramat sangat. Di waktu ini, saya rasa macam nak demam. Hidung mula tersumbat. Aduh!


Dalam perjalanan pulang, kami singgah di beberapa tempat seperti tempat menjual kacang tanah panggang*mahal bah! Satu bungkus RM10*. Kemudian, tempat menjual barang-barang kraftangan daripada rotan dan daun mengkuang seperti beg, topi, dulang etc. Akhirnya saya berjaya menggunakan satu-satunya duit bernot seratus untuk membeli sebuah beg daripada daun palas atau mengkuang (lupa suda). Beg ini berharga RM30 setelah diminta kurang. Harga asal sudah ku lupa. Ingatkan nak beli set dulang daripada rotan untuk dibawa pulang ke kampung untuk hari raya nanti. Tunggu gaji hujung bulanlah. Beli saja di Keningau. Bukan tak ada.


Masuk maghrib, kami berhenti sebentar di Petronas (ke Shell?). Innova Ustaz dan MyVi Kak Erra sudah lepas. Kak Zah buat keputusan untuk bergerak sendiri. Tak boleh nak kejar Ustaz, laju sangat!
Perlu diingatkan jalan raya di Sabah lebih-lebih lagi di pedalaman, adalah berbukit-bukit dan tiada lampu jalan. Pemandu (Kak Zah) tidak nampak jalan. Guna lampu tinggi, takut ganggu pemandu lain. Jadi, tak berani nak guna lampu tinggi walaupun kebanyakan pemandu di Sabah pakai lampu tinggi. Mujur ada sebuah jip yang pandai main lampu dan nampak gayanya dia juga seperi mahu ke KK. Kak Zah telah 'mengekori' jip tersebut sepanjang perjalanan. Apabila tiba hampir dengan pusat bandar barulah berani jalan sendiri.
Tiba di KK, Kak Erra mesej. Katanya, mahu ke Restoran Nelayan. Cadangan Kak Piah. Mereka sudah selamat tiba di rumah penginapan. Kami yang terakhir. Kebetulan, sampai saja di Api-Api Center, tiada tempat letak kereta yang kosong. Ada di basement, tapi berbayar, seringgit sejam. Kalau 12 jam parking? Kebetulan juga, tangki kereta Kak Azah hampir kosong. Daripada pusing-pusing habis minyak, baik parking sekejap di bawah sebelum keluar mengisi minyak sebelum keluar makan.
Naik ke rumah penginapan, rehat sekejap, sembahyang. Kemudian, turun semula. Saya, Kak Azah dan Kak Fizah naik kereta Ustaz sebab Kak Azah nak isi minyak selepas pulang dari makan malam. Saya tak mahu cerita banyak semasa di restoran terapung yang pada awalnya saya rasa macam esklusif tapi entah kenapa saya rasa macam tak best. Mungkin sebab saya sudah mengantuk dan nak demam.
Terkejut juga bila tengok bil. RM233.berapa sen ntah! Kami cuma pesan steambot tomyam untuk 5 orang makan, jus sepuluh gelas dan sepinggan nasi goreng seafood. Rupa-rupanya, tisu basah dalam bungkusan yang diberi seorang satu (12 orang semuanya) juga dicaj RM6 sekeping! Jus saja dah RM75! Maknanya satu gelas jus adalah bersamaan dengan RM7.50! Hahahha.. orang tak berduit bercakap. Nasib baik, duit telah dikutip awal-awal. Cuma tambah RM8 saja seorang.
Perut sudah penuh. Kepala sudah pening. Mata sudah mahu terkatup. Pulang ke rumah penginapan, mandi. Terus tidur. Bangun pagi, bersiap ala kadar. Dalam pukul 8.30 pagi terus bertolak pulang. Ustaz dan keluarga pulang lewat sikit sebab masih ada agenda yang perlu dilaksanakan. Singgah sebentar di Bismillah Fish Head Curry Restaurant (kedai mamak) untuk bersarapan. Kecuali saya dan Kak Azah yang makan roti telur, yang lain makan nasi sebab dijangka tiba di Keningau pada waktu tengahari.
Sampai di puncak Gunung Emas, saya menggigil kesejukan yang teramat sangat. Sah, saya demam. Akhirnya saya tertidur, sampailah tiba di hadapan rumah pada pukul 12 ++ tengahari.
Kemas bilik yang tak sempat kemas dalam masa seminggu. Basuh baju yang tak berbasuh 3-4 hari. Terus mengadap laptop tulis tiga entri sekali gus menceritakan tentang perjalanan dari Keningau-KK-Kudat.
Ah! Lain kali pula ya! Daa~~
Salam.

1 comment:

Anonymous said...

Waaah interesting!! ini dah mcm national geographic!! I can see the tanduk!! kecik je rupanyaa....tgk dlm map cam besaq....