Hari ini tanggal 24 Ogos 2008, hari terakhir cuti sekolah penggal kedua. Esok, sekolah akan dibuka semula seperti sedia kala. Saya dan rakan-rakan baru sahaja pulang dari bercuti (tak cuti) di Kota Kinabalu dan Kudat. Mari kita semak apa yang telah saya dan rakan-rakan lakukan sepanjang tempoh lebih kurang 3 hari ini.
Setelah dua hari saya berada di rumah (sehari sahaja saya betul-betul berehat), saya dan rakan-rakan serumah serta jiran tetangga bertolak ke KK pada hari Jumaat pada lebih kurang pukul 8.00 pagi. Kami bertolak awal sebab Kak Azah mahu menghantar keretanya ke pusat servis terlebih dahulu di KK untuk alignment tayar. Oleh kerana kami semua belum pernah ke pusat servis Proton di KK, dengan hanya berpandukan peta yang dilukis oleh Kak Shitah, kami banyak kali tersesat menuju ke Kolombong. Masuk SM Sains KK, masuk rumah orang, masuk jalan kampung, tanya-tanya... baru jumpa.
Sampai di sana pula, pekerja pusat servis tu kata, untuk alignment tayar, kena datang pukul 2 petang. Sedangkan, jam di tangan menunjukkan pukul 11 pagi. Apalagi, Kak Azah macam nak marah sebab orang pusat servis di Keningau kata, dia dah tolong buat temujanji di KK untuk Kak Azah. Setelah berbincang-marah-selesai, kami ambil keputusan untuk terus ke penginapan kami dahulu di Api-Api Center. Sebelum tu, Kak Piah mahu ke Bank Islam terlebih dahulu untuk urusan dia yang perlu diselesaikan.
Dalam perjalanan, saya terfikir untuk menyimpan duit yang saya ada tidak seberapa itu sebelum saya menghabiskannya untuk perkara yang bukan-bukan. Yea! Saya berjaya menyimpan RM100. Jadi, dalam tangan sekarang ada RM100, dalam BSN ada seratus, Bank Islam seratus. Ya! Itu sahaja duit yang tinggal sementara tunggu gaji hujung bulan ni. Kalau tershopping juga, tak tahulah. Dalam perjalanan ke Bank Islam yang tidak susah sebenarnya, Kak Azah tersilap masuk jalan. Jawabnya kena pusing jauh, masuk pusat bandar semula, baru masuk ke bank. Hanya orang KK yang faham jalannya macam mana. Kan Nurie, Kak Mas?
Selepas itu, kami terus menuju ke apartment kami. Satu hal pula, susah nak cari parking. Jawabnya, kami tinggal di blok 4, tapi parking di blok 1. Sudahlah kami kepenatan, berjalan kaki sampai ke blok tu, tak jumpa pula. Nasib baik Ustaz Shafie dah tunggu kami. Naik ke atas, duduk-duduk tak bercakap sambil tengok tv, lepas tu solat, baring sekejap kemudian kena tukar bilik. Kami tempah yang ada dua bilik, tapi apartment tu masih ada penghuni. Kena tunggu mereka keluar baru kami masuk.
Maka, aktiviti mengangkut barang bermula. Nasib baik setingkat saja, dan rumah itu lagi selesa dan bagus. Oh, Kak Piah dan Kak Azah kembali ke pusat servis untuk hantar kereta Kak Azah. Setelah meletak beg dan segala perkakas yang dibawa, Kak Zah, Kak Yam dan Kak Erra tidak melepaskan peluang terus ke Centre Point yang terletak tak sampai 5 minit dari tempat penginapan kami. Kak Erra nak cari kasut untuk temuduga nanti, Kak Zah pula nak cari buku-buku, juga untuk temuduga. [Kenapakah mereka sangat teruja dengan temuduga itu nanti, tapi saya tidak rasa apa-apa?].
Oleh kerana saya dan Kak Fizah sudah berhabis sebelum ini dan juga kepenatan, kami mengambil keputusan untuk berehat saja di bilik. Tidur! Ustaz Shafie dan keluarga juga telah keluar jalan-jalan sampai malam.
Untuk makan malam, kami makan seafood celup tepung dan ketam masak cili. Yummy! Best! [Tahu dek ummi, sudah tentu saya akan dibebelinya...hahaha].
Dah alang-alang di KK, saya hantar mesej kat Nurie dan Kak Mas. Kak Mas berada di PJ sebab ada konvo katanya. Lebih kurang pukul 7 malam, Nurie telefon. Katanya dia ada di CP. Yea! Nurie, akhirnya kita berjaya untuk bertemu. Rasa macam dah lama kenal padahal itu kali pertama kami bertemu. Best dapat borak-borak dengan Nurie. Kita ngumpat-ngumpat kapasitor[ian], kan. Hahahaha....Thanks Nurie sebab belanja sundae McD. Saya memang terlupa nak bawa beg duit masa turun, kalau tak saya yang belanja Nurie malam tu. :p
Inilah adalah Nurie. (Hehe..Nurie, kalau tak mahu saya letak gambar Nurie di sini, sila beritahu. Saya akan delete...peace!)
Lepas jumpa Nurie, aktiviti kami pada malam tu cuma makan-makan di apartment dan menonton tv. Ehm, mereka yang lain keluar sekali lagi kecuali saya, Kak Fizah dan Kak Zah. Kami geng pokai.
Baiklah. Saya akan sambung kisah percutian kami di entri seterusnya. Panjang sangat daa! Hehehe....
p/s:: Entri sebelum ni saya janji nak upload gambar anak angkat saya kan? [Faisal, saya dah cop dulu kan nak jadi ibu angkat anak awak.. hehehe] Nama masih belum diberitahu oleh papanya.
Comel kan?



1 comment:
shaz dh jmp nurie!!!! bestnyerrrr
Post a Comment