07 November 2009

:(

Assalamualaikum...

Sejak dua menjak ni, saya rasa macam tak ada perasaan nak kemaskini blog. Tapi tangan rasa macam ligat nak menaip. Mahu menyudahkan cerita-cerita yang terbengkalai pun rasa macam tidak ada idea yang sanggup datang menjengah.

Lebih mengecewakan, sambungan "Diari Seorang Perindu" seakan teruk terbengkalai. Idea yang dulu segar, sekarang hilang entah ke mana. Bukan saya tidak ingat jalan cerita Amer, tapi untuk menjadikannya unggul seperti episod-episod yang sebelumnya seakan menguji kesabaran saya. Saya boleh berbangga setakat ini dengan 9 episod yang ada. Namun, untuk episod yang seterusnya? Takkanlah setakat 10 episod saja? Drama radio pun tak lepas, inikan pula novel.

Dalam banyak-banyak hasil tulisan saya, "Anak Si Kupu-kupu Malam" berjaya menarik ramai pengkritik dan menerima pujian yang saya sendiri tidak pernah minta atau duga. Lebih memeranjatkan, mendapat review daripada Ketua Seksyen Bahasa Melayu, Encik Syahar Azizan.

Satu-satunya novel pendek yang berjaya saya siapkan "Kisah Azzarin" pula, saya tak berani nak tunjukkan pada sesiapa pun. Saya tidak pasti kenapa, tapi saya memang tidak punya kekuatan untuk memberi sesiapa pun baca Kisah Azzarin. Mungkin kerana serba sedikit kena dengan batang hidung sendiri. Ahaks, dah sendiri tulis mestilah banyak yang syok sendiri.

Sekarang ni pula gatal tangan nak tulis biografi sendiri... betullah syok sendiri. Yang ini pun tak pasti nak terbitkan atau tidak (samada di Kapasitor ataupun dibukukan) kerana ianya adalah kisah benar yang direka. Hmm.. macam mana tu ya?

Kisah pertama yang saya cetakkan di atas kertas bertajuk "Ikatan" hilang ke mana. Salah saya sendiri sebab tidak membuat salinan. Semuanya kerana terlalu teruja untuk menyerahkan manuskrip yang tidak seberapa itu kepada Allahyarham Prof. Dr. Othman Puteh waktu itu. Saya ingat lagi watak utamanya, Ilham dan Ikram@Aki. Dua beradik yang tidak pernah tahu mereka bersaudara. Setakat itu saja yang saya ingat. Oh oh... saya ingat satu lagi babak yang menjadi punca mereka tahu mereka sebenarnya bersaudara. Apabila Aki kemalangan jadi Ilham bawa ibu dia melawat Aki selepas itu naluri seorang ibu dan selebihnya adalah sejarah... Ada juga terselit kisah cinta 3 segi (hahaha.. kalau dah cerita melayu).

Ehm... tiba-tiba saya rasa seperti mahu mengimbau kembali kisah Ilham dan Aki. Tapi saya akan rasa bersalah terhadap Amer, Hajar dan Lin. Tak lupa kisah E'En dan Joshua pun belum tamat. Haih, entahlah.

Lagi beberapa hari cuti sekolah. Sebelum ini alasan sibuk dengan kerja, kemudian saya menjadi manusia yang sepertinya tiada arah tujuan kerana tiada tugasan khusus yang boleh menyibukkan saya. Kalau pun ada semuanya yang masih boleh ditangguhkan (???). Saya lebih sibuk dengan kerja yang tidak sepatutnya saya susahkan diri dan seterusnya menyebabkan saya terpaksa menyusahkan orang lain. Semuanya kerana sayang.

Sebenarnya hari ini kalau boleh malas nak cerita tentang sekolah. Tentang budak-budak, kawan-kawan atau apa-apa saja kecuali diri sendiri. Saya mahu manjakan diri sendiri. Bercakap tentang diri sendiri walaupun orang kata saya syok sendiri. Saya mahu letakkan diri saya di atas berbanding orang lain seperti sebelum ini. Saya mahu pentingkan diri sendiri buat sekejap waktu cuma. Saya dan diri saya sahaja.

Tapi... sememang cerita diri saya agak membosankan.

Okey, okey.. sebenarnya saya nak meluah perasaan tapi tak tahu pada siapa. Bukan tak ada yang sudi mendengar, ramai yang masih mendengar saya bercakap yang bukan-bukan. Cuma hari ni saya bukan nak membebel. Saya nak beritahu semua orang yang saya masih mahu menulis. Ya, saya mahu menulis tapi saya tak ada kekuatan. Saya mahu hantar karya saya ke media. Saya mahu ada buku sendiri. Dulu target saya sebelum umur 25, saya mesti ada sebuah buku di pasaran. Tinggal sebulan lebih saja lagi untuk saya lakukannya. :(

Saya tahu ramai kawan-kawan yang menyokong terutama sekali kawan-kawan di Kapasitor. Saya tahu ramai yang akan tolak saya ke hadapan. Tapi entahlah... macam saya perlukan lebih daripada sokongan. Apa ya? Takkanlah nak suruh orang lain yang buatkan untuk saya. Betullah cakap umi, saya ni macam pahat dengan penukul. Sekali orang ketuk, baru bergerak. Ketuk pula kena kuat-kuat. Kalau lemah lembut punya ketuk, memang tak terukirlah hiasan pada kayu.

Hmm... itu saja.

Salam.
Peace.

03 November 2009

Saya tidak boleh tidur lagi

Salam... Malam ni atau lebih tepat awal pagi ini (12.20 am) saya dalam mood memuatturun gambar. Segala macam gambar yang saya rasa macam menarik, semua saya masukkan. Tapi maaf, tiada cerita yang menarik.

Eh, kejap... Hmm... OK, cerita menarik tiada. Tapi hati saya tertarik untuk berkongsi satu perkara. Sikit sahaja, tentang pelajar-pelajar SPM. Ketika di sekolah, ada beberapa orang pelajar yang memang biasa datang jumpa dengan saya untuk motivasi dan galakan. Kali ini mereka datang bertanyakan apakah yang booleh mereka lakukan sebagai persediaan SPM yang cuma tinggal lebih kurang 13 hari tolak hujung minggu.. aih, saya pula yang berdebar. Yalah, mereka sudah saya anggap seperti adik sendiri semuanya. Kalau boleh, kalaulah saya ni mampu memang saya akan bantu semua. Tapi, saya cuma manusia biasa. Setakat yang terdaya itulah yang dapat saya lakukan.

Selamat Berjaya buat kalian! Cikgu sayang kamu semua! Oh oh... saya kena bagi nama pelajar yang datang jumpa saya tadi sebagai penghargaan dan juga tanda sokongan cikgu kepada kamu semua...

Terima kasih dan cikgu yakin dan pasti kamu boleh : Ricky, Ryn dan Breculine. Menyusul kemudian, Hendry dan Jekiol.

Pelajar-pelajar lain: Ali, Nellson, Nasiruddin, Nasrul, Donna, Jacquenne, Vensonle, Darry, Julizah, Martina, Beverley, Shamsahri, Alex, Firdaus, Alta, Zul Qaifee, Cugiah, Chrisley... ramai lagi yang cikgu lupa nama atau memang cikgu tak tahu nama kamu... tapi wajah kamu cikgu kenal. Selamat berjaya. Ingat, masa depan terletak pada telapak tangan kamu semua.

Dearz, Hezron dan Cyril yang hari tu cikgu tahan kamu dan tak pasal-pasal terpaksa dengar cikgu membebel panjang... sungguh-sungguh cikgu harap kamu berubah. Sebab cikgu percaya kamu sebenarnya ada peluang untuk berubah. Kalau bukan kamu yang tolong diri sendiri, siapa lagi? Kamu bukan tidak pandai... cuma perlu rajin lebih lagi. Jayson... cikgu nampak sedikit perubahan dia. Mungkin ada guru lain akan menyangkal kata-kata cikgu tapi cikgu tetap percaya pada kamu.

Richard, Heldy... cikgu mungkin kurang mengenali kamu. Tapi perbualan kita pada waktu itu sedikit sebanyak buat cikgu yakin. Kamu juga mampu. Cikgu tahu kamu perlukan sokongan, kamu mahukan perhatian... nasihat cikgu, sokong dan perhatikan tingkah kamu dahulu sebelum mengharap sokong dan perhatian orang lain. Cikgu... sentiasa ada di belakang kamu andai kamu perlukan.

Kenapa ramai pelajar lelaki sahaja ni? Hehehe...habis dah tu saja yang selalu tertangkap dek mataku. Pelajar perempuan selalunya baik-baik dan tiada masalah. Jika ada pun... mereka tak mahu kongsi dengan guru macam saya. Perempuan vs lelaki. Siapa yang tahan dihentam? Mestilah lelaki kan... ;)

Baiklah, baiklah. Saya kata hanya mahu muatturun gambar sahaja kan? Tengoklah...

CUTI-CUTI OGOS 2009

Buaya comel penunjuk arah _ Cuti-cuti di Sandakan.

POW CAMP - Prisoner of War Camp (Sandakan Camp)--- sedih baca cerita askar-askar yang kena tahan dan seksa oleh tentera Jepun. Biarpun bukan askar Tanah Melayu, tapi perjalanan askar British dan Australia ni memang meruntun jiwa. Oleh itu, hargai lah sejarah.

Di Sepilok.

Pelangi Gerimis Senja di KK. *Boleh buat tajuk puisi ni*

Peperiksaan Akhir Tahun 2009 (4Progresif dan 1Intelek)

Eh eh, makcik ni. Termenung pula dia ya?




4 Progresif






1Intelek

Saya rasa 'cantik' di sini.. hahaha...

*Nak tayang baju baru sebenarnya..ngehehe*

Kebosanan sebenarnya lalu mengambar gambar dari tingkat 1 bangunan pentadbiran baru.

Junior dan ahh ahhh... saya pasti pelajar yang di depan tu memang adik Firdaus. Tak silap saya nama dia Fariz.. kan kan? Kalau salah tolong bagitahu saya... Sebab bila dia kata tidak, Junior sengih-sengih sahaja. Siap kamu Junior! Tahun depan siaplah kamu ah...

Lelong lelong! Kereta murah kereta murah! :D





Latihan rumah sukan sudah bermula.



Aktiviti pelajar tingkatan 3. Jangan sampai ada yang pecah cermin dah la..


Saya lupa nama pelajar ni. Tapi setiap kali pandang dia mesti saya teringat kat Cik Puteri Dalila Hamzah... muka lebih kurang sama je.


Sekian. Wassalam.

24 October 2009

debar ini sungguh kencang...

Assalamualaikum...

Salam hari Sabtu kepada semua yang masih sudi melawat dan membaca buah fikiran saya yang kadang kala suka merepek.

Penilaian Menengah Rendah telah pun tamat seminggu yang lalu. Debaran menanti keputusan pula yang mengganggu jantung perasaan. Saya masih ingat sikit sebanyak peristiwa yang pernah berlaku pada saya 10 tahun yang lalu. Masing-masing teruja sewaktu mengambil keputusan masing-masing, begitu juga dengan saya. Cuma pada hari berkenaan, saya lebih tumpukan perhatian pada seseorang... hehehe.. talking about puppy love..yang syok sendiri... :p

Sekarang, debaran saya semakin terasa kerana Syafiqah. Mujur saya tidak mengajar pernah mengajar pelajar PMR tahun ini dan tidak begitu mengenali mereka. Kalau tidak, pasti debaran itu lagi kencang.

Untuk pelajar SPM...ya. Saya betul-betul takut. Saya pernah mengajar sebahagian daripada mereka, saya pernah luangkan masa bersama mereka. Saya berikan masa dan tumpuan saya kepada mereka. Saya mengharapkan yang terbaik daripada mereka.

Memang dulu pernah saya nyatakan, bukan keputusan yang cemerlang yang saya harapkan. Bukan kualiti akademik yang saya mahu banggakan. Saya mahu mereka mengenali diri mereka dan mencari sesuatu yang dinamakan kehidupan yang cemerlang. Saya masih berpegang pada kata-kata saya. Hanya itu barulah mereka boleh mencapai akademik yang cemerlang.

Saya mengenali ramai pelajar SPM. Saya sayang kebanyakan mereka kerana saya tahu mereka ada potensi dan saya cuba sedaya mungkin untuk mencungkil potensi mereka. Cuma mungkin cara saya tidak pernah sama dengan apa yang orang lain fikirkan. Kerana saya bukan fikirkan pencapaian akademik mereka. Saya fikirkan tentang mereka dan apa yang ingin mereka cari.

Saya bukan orang cemerlang dari segi akademik. Terus terang tanpa segan dan malu saya mengakui. Pencapaian akademik terbaik saya di sekolah bagi saya hanyalah ketika PMR. Itupun 5A sahaja. 3B dan 1D.. hahaha... D untuk Bahasa Arab. Adeh! Sedangkan sepupu-sepupu yang sebaya dengan saya waktu itu peroleh 6A dan 7A. SPM? Lagilah.. tak usah cerita panjang 2A sahaja. Kedua-duanya untuk matapelajaran bahasa. Saya kan suka bahasa *Tapi bahasa Arab D!*

Matapelajaran Sains... Saya bangga dapat gred 5C untuk Biologi. Saya ingatkan gagal sebab saya memang lemah dalam subjek Sains. Fizik dan Kimia... syukur tidak gagal. Oh oh.. satu lagi subjek yang saya tidak sangka akan lulus dengan kredit. Matematik. Cikgu Nasir memang pandai ambil hati saya untuk rajin buat latihan Matematik. Matematik Tambahan... jangan tanya.

Masuk Tingkatan 6 Bawah, mula-mula saya dihantar ke SMK Puteri. Aliran Sastera. Semasa disuruh untuk membuat pilihan subjek, ramai kawan-kawan saya memilih ekonomi dan geografi. Saya pula, tanpa fikir panjang, dengan tidak sabarnya saya pilih Sastera dan Sejarah. Dengan asas sastera yang sedikit tapi berbekalkan minat berkarya yang sungguh mendalam waktu itu, saya nekad untuk tekun belajar supaya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang saya minat. Kononnya, Bidang Seni Lakon Layar (Penulisan Skrip).

Seminggu di SMK Puteri, saya dan beberapa rakan mendapat surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri. Penempatan kami di SMK Puteri dalam Aliran Sastera adalah satu kesilapan. Kami dikehendaki melaporkan diri di SMK Ismail Petra dalam aliran Sains. Pada masa yang sama, beberapa orang rakan yang lain sudah pun mendapat panggilan ke IPTA. Saya mengambil masa lebih kurang 4 hari untuk membuat keputusan.

Memang saya tidak mahu ke aliran Sains. Serik. Penat. Bukan minat. Tapi, nasib baik saya buat keputusan bijak untuk teruskan juga perjuangan di Tingkatan 6. Apa-apa pun, saya tidak mahu berhenti belajar. Susah macam mana sekalipun, kalau dah takdir saya untuk berjaya melalui STPM, maka saya akan teruskan. Setahun berlalu, seorang demi seorang rakan meninggalkan alam persekolahan menuju ke alam universiti dan politeknik. Saya terkesan. Debar. Takut. Mana keputusan untuk saya?

Setelah melakukan beberapa perbincangan dengan papa, saya membuat rayuan ke UiTM untuk panggilan kedua bagi kursus Pendidikan TESL. Tamat tingkatan 6Bawah, saya berjaya membawa diri ke Pahang!

Dan sepanjang tempoh belajar, saya gembira. Tiada yang lebih seronok melainkan menghabiskan masa bersama rakan-rakan di UiTM. Suka duka, tawa riang semua ada di sana. Pertama kali saya betul-betul berjauhan daripada keluarga, saya nekad. Tamat pengajian, saya akan pastikan keluarga tidak lagi berada dalam kesusahan. Saya bukan pelajar cemerlang tapi akan saya pastikan saya tidak terkandas. Saya mungkin bukan pemegang takhta pelajar senarai dekan. Tapi saya pastikan keputusan saya tidak menyebabkan keluarga saya sengsara. Itu hala tuju saya sekarang. Untuk keluarga saya.

Saya juga mungkin bukan pelajar aktif ko-kurikulum, tapi apa yang diwajibkan saya sertai. Dengan harapan saya membanggakan keluarga. Tak banyak, sedikit. Saya bukan pelajar cemerlang... tapi saya tahu hati saya cemerlang. Saya tahu cita-cita saya untuk keluarga menjadi saya seorang yang cemerlang dalam hidup dan saya bangga dengan pencapaian yang ini.

Saya bangga kerana saya kenal siapa saya, dari mana asal usul saya dan saya mahu pastikan tiada siapa boleh ketawakan asal usul saya. Saya mahu menongkat langit tanpa melepaskan bumi. Saya mahu mendabik dada tanpa perlu memijak yang dibawah. Saya memegang amanah harapan keluarga dan saya akan tunaikan. Sekurang-kurang untuk hentikan gelak tawa menghina. Dan saya peroleh lebih daripada yang saya harapkan.

Sekarang, saya masih memandang ke bawah dan saya juga boleh mendongak ke atas. Saya boleh berada di mana jua saya mahu. Mengutip pasir di bumi atau memintal awan di langit. Ada kala saya tersungkur ke bawah namun saya boleh bangkit dan terus terbang kembali. Ada kala saya terlalu leka terbang tinggi, demikian saya cepat tersedar dan kembali berjalan di bumi. Itulah pencapaian terbaik saya dan saya bangga.

Begitu juga dengan para pelajar saya. Saya cuma mahu itu daripada mereka. Tidak guna mereka berjaya akademik, terbang tinggi tapi tidak tahu untuk pulang ke bumi. Tidak guna mereka merendah diri dan tidak tahu untuk terbang. Saya mahu mereka punya keyakinan untuk mengubah kehidupan. Ulang dan ulang kali saya nyatakan. Mereka bukan sesiapa tapi boleh menjadi apa jua yang diingini. Berlandaskan syarat... YAKIN DAN PERCAYA DIRI.

Bukan saya untuk pastikan SPM mereka cemerlang. Tapi saya yakin, Tuhan hadirkan saya ke sini untuk menjadikan mereka yang terbaik kerana mereka memang yang terbaik. Saya bukan seorang pakar tapi saya tahu setiap baris kata yang saya tuturkan, menjadi penentu jatuh bangun mereka. Samada mereka terima atau tidak, bukan urusan saya. Itu urusan mereka sendiri. Untuk jatuh atau untuk bangun.

Orang boleh kata saya perasan sendiri. Mereka perlukan saya. Seseorang yang boleh duduk berbual seperti rakan. Bukan guru, bukan kaunselor. Itu yang mereka perlukan. Yang boleh cuba memahami detik seorang remaja. Bukan yang menghukum. Insya Allah dan Alhamdulillah... ada yang percaya dengan saya. :)

Saya bukan Shahida yang dulu. Bukan yang hanya percaya pada diri sendiri. Saya percaya pada semuanya. Saya percayakan mereka.

Kepada semua pelajar SPM yang kenal cikgu atau tidak, yang pernah cikgu ajar atau tidak, yang pernah dengar kata-kata cikgu atau tidak, yang pernah bergelak ketawa, menangis duka bersama cikgu atau tidak...
Boys and Girls! Love yourself and you will find your true love that is your highest achievement. I found mine... YOU!



Salam sayang buat kalian.

17 October 2009

Ukurlah baju tapi..

Assalamualaikum...

Syawal sudah hampir ke penghujung. Kemudian, Zulkaedah pula yang bakal menyusul. Ingatkan sempat puasa ganti dan puasa enam di bulan Syawal. Nampak gayanya macam hampeh. Berbaki dua hari lagi untuk diganti. Hujung minggu memang tak dapat nak diganti. Godaan makanan di rumah... hehehe...

Saya ada satu perkara nak dikongsi bersama. Kalau sudi, tinggalkanlah komen yang menyedapkan hati dan perasaan saya selaku tuan rumah. Bukannya apa. Perkara yang ingin saya kongsi ni pun sudah lama menyesakkan jiwa saya, jadi kalau komen pun ala-ala menghentam, lagi parah, kan? *ehem ehem*

Serius semacam saja? Apakah perkara yang penting itu? Penting sangat kah?

Remaja dan cita-cita.

Saya tak pasti, adakah mereka yang saya jumpa sahaja berfikiran negatif atau memang budak-budak sekarang suka berfikiran negatif atau mungkin juga memang SEMUA manusia berfikiran negatif? Siapa boleh beritahu saya? Rata-rata pelajar yang bertemu dengan saya, apabila bercerita tentang masa depan dan cita-cita jarang sekali yang berpandangan jauh. Malah kalau tidak keterlaluan, amat sedikit. Daripada 10 orang pelajar yang berjumpa dengan saya, hanya seorang dua yang ada cita-cita melepasi awan di langit -- perumpamaan, bukan bercita-cita mahu mencapai awan. :p

Apabila ditanya, kenapa hanya pekerjaan yang tidak seberapa (bukan merendahkan sesuatu kerja taraf rendah, tapi bukankah cita-cita itu harus tinggi?) dipilih? Jawapan yang diperoleh adalah "Saya tidak tahu nak jadi apa lagi. Itu saja yang mampu saya lakukan."

"Saya tidak pandai. Untuk apa saya pilih kerja yang tidak setaraf dengan kemampuan saya."

Betul, kata orang "ukurlah baju di badan sendiri". Kata saya pula, "sekarang sudah lain, macam-macam fesyen ada. Baju besar orang kecil boleh pakai, baju kecil orang besar pun boleh pakai."

Saya minta pandangan anda yang bijaksana.

Salam.
Peace.

14 October 2009

Rumah yang dibuka pada hari berkenaan (2)

Sambung-sambung...

Keesokannya, bangun pagi, basuh muka... KakZah panaskan kuah laksa sambil-sambil berborak dan berehat menonton tv di ruang tamu kami menanti kedatangan yang lain untuk sarapan Laksa Penang lebihan semalam. Sarapan laksa penang OK! Nasib tak sakit perut. Lepas makan kami borak-borak lagi, kemudian dalam lebih kurang 12 tengahari lebih, selepas solat Zohor, masing-masing mandi (bagus kan anak-anak dara ni...*bukan semualah, tapi saya termasuk...hehehe*) dan bersiap untuk kegiatan menjelajah dan menyerbu ke rumah orang lain pula setelah rumah kami diserbu semalam. Setiap perbuatan mesti ada balasannya kan? Hehehe...

Jam 1.30 lebih kami bertolak ke Kampung Merampong ke rumah Cikgu Wan Azli, guru sekolah KakFizah (Gunsanad2). Kalau ikutkan KakPiah dan KakYam haruslah mengikut kami bersama (saya, KakZah, KakHa, KakFizah dan Yus; satu kereta), tetapi KakPiah katanya segan mahu ke rumah cikgu Wan kerana dia kenal cikgu Wan tapi cikgu Wan tidak jemput dia padahal mereka bertemu sebelum itu di mana padahal cikgu Wan sudah wakilkan KakFizah... jadinya, KakPiah cuma akan ikut untuk rumah yang seterusnya. Itu mengikut perancangan.

Disana, dijadikan cerita rupa-rupanya anak perempuan cikgu Wan adalah salah seorang peserta kem Prostar tempoh hari. Comel budak tu. Saya lupa nama penuh dia. Saya tidak tahu sampailah cikgu Wan sendiri yang cakap, “Ni, anak saya cakap..’tu cikgu kem dia’..”

Setelah makan nasi satu senduk yang dikongsi 4 (sebenarnya nasi yang dikukus dalam daun apa-entah; cara orang Dusun), dan berborak-borak dengan cikgu-cikgu G2 yang ada, kami bergerak ke rumah seterusnya iaitu rumah sepupu saya. Ehm.. bukan sepupu dekat lah, sepupu jauh, Ustaz Zakri anak Po’Ngoh Pa. KakPiah sudah menanti untuk ikut dari belakang. Dari Merampong, kami terus ke Taman Juta, Keningau. Dari hujung sana sampai hujung saaaaaaaana. Yang lucunya saya tidak ingat rumahnya di lorong mana. Saya tahu tamannya, jalannya tapi lupa lorongnya. Jadinya, kami masuk semua lorong yang ada sampai jumpa sebuah rumah lot tepi dengan sebuah kereta MPV Grand Livina putih... Itupun saya turun intai dulu, takut-takut salah rumah. Bila tengok ada anak dia.. ok, Kompem! Haha...

Saya makan nasi impit dengan kuah lodeh dan buah manggis yang manis. Sedap! Lama tak makan manggis dan kuah lodeh hasil tangan selera Kelantan.

Sudah selesai, kami gerak pula ke Taman Luagan. Ke rumah KakRos, juga cikgu G2. Signature dish KakRos yang masing-masing mahu cuba adalah cendol. Selalunya laksa penang, tapi oleh kerana kami hampir jemu dengan laksa akibat kebanjiran laksa di rumah maka cendol itulah yang jadi sasaran kami. Saya sudah hampir tumbang atau dengan erti kata kurang sopan, saya mengantuk kerana terlalu kenyang dan penuh. Ohya, ada saya bagitahu? Saya telah memakai korset dan girdle bagi mengelakkan saya makan banyak. Makanya, perut saya cepat penuh. Eh eh.. :D

Destinasi seterusnya rumah KakKama cikgu Bingkor pula di Taman Jutaya 1, diketuai oleh KakYam. Kali ini kelima-lima kami hanya memandang tanpa sebarang perasaan terhadap makanan yang dihidangkan. Maaf kepada tuan rumah. Bukan tidak mahu makan, kecur juga tengok ayam masak merah.. tapi apakan daya kapasiti kami tidak mampu menanggung lagi. Saya memang lelah selelahnya. Hanya KakYam dan KakPiah yang meneruskan agenda makan-makan.

Kami tunggu masa nak balik ke rumah saja. KakPiah ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke rumah cikgu Wan kerana ada pesanan maut daripada cikgu Wan melalui KakFizah. Kenalah dia pergi, bersama KakYam. Heheh.. Kami terus pulang. Lagipun sudah lewat petang. Solat Asar pun belum lagi. Malam nanti ada lagi. Rumah KakFiza untuk “kita-kita aje.” Sebelum masuk ke dalam rumah, singgah sekejap di rumah KakFiza tengok menu dia untuk malam ini.. wahh! Sambal udang bersama petai, ayam masak lemak dan spageti! Kegemaran ku itu! Semua-semua lah! Wah wah... ini tak boleh jadi. Harus mengosongkan perut sekarang juga. Hahaha... dan dan juga waktu itu saya rajin untuk bersama-sama KakFizah dan KakZah menebas dan membuang pokok ubi keledek di belakang rumah yang semakin menutupi longkang. Adalah dua-tiga biji ubi keledek yang boleh ditarik keluar.

Selepas solat Isyak, kami pergi menunaikan kewajipan manusia untuk makan. Huhu... saya memang tak lepas peluang makan sepuas hati. Sedap bah! Lepas makan nasi, makan spageti pula. Lepas tu makan manggis, lepas tu rambutan, lepas tu durian... waaah... Ponuh ponuh! Balik rumah terus terbongkang... eh, tak juga sebenarnya. Tapi agak kepenatanlah.

Akibat makan yang tidak berhenti, sepanjang minggu ini saya tidak dapat mengawal selera makan saya. Di kantin sekolah pun, saya makan tak pandang orang dah. Kena pula hari Isnin tu kantin hidang sambal udang dengan petai juga. Esoknya saya makan lagi nasi kerabu yang dibeli dari si Zubaidi sambil-sambil tu saya makan jeruk yang dijual oleh KakSal. Hari ni, Rabu saya makan nasi bersama daging masak kicap dengan tauhu telur dan dua bji telur rebus dimakan bersama kicap sahaja. Hahaha... gila ni selera. Belum dikira di rumah. Di rumah sendiri saja, 3 hari berturut-turut makan durian. Tadi saja, baru selesai makan malam dengan KakZah, cicah budu campur tempoyak yang KakJulia bagi. Tak sampai sejam, si Masnih (pelajar saya) hantar SMS jemput ke rumah terbukanya. Saya pergi dengan Elyna dan KakIda sekeluarga. Saya makan lagi pulut dengan rendang ayam kampung.... Adeh adeh... hahaha...

Oklah.. penat sudah menaip. Gambar-gambar nya tidak terambil. Kalau diambil pun macam tiada rupa yang menarik untuk pandangan mata.


Salam.
Peace.

p.s.: Terima kasih semua di atas jemputan dan terima kasih yang sudi memeriahkan rumah terbuka kami. (tahun depan macam pakai katering saja... siapa nak jadi sarjan chef kalau KakPiah sudah pindah kan kan? Hahaha.. )