Beberapa kejadian telah berlaku dalam hidup saya bermula 2hb Ogos yang lalu. Peristiwa itu merangkumi hal-hal kemasyarakatan, keharmonian dan kedamaian... Macam baca berita lah pulak...
Baiklah, kita mulakan dengan peristiwa 2hb Ogos...SMK Apin-Apin telah berjaya mengadakan program gotong royong RIMUP Perdana 2008. Program bersempena program RIMUP dan juga sebagai satu aktiviti sekolah dijayakan oleh pihak pengurusan pelajar SMK Apin-Apin dengan kerjasama para pelajar, guru-guru dan juga ibu bapa yang turut sama terlibat.
Aktiviti dimulakan dengan acara senamrobik. Para pelajar agak sukar untuk dipujuk melakukan senamrobik. Menyampah betul. Tapi, kalau paksa pun tak guna. Mereka bukan dengar pun. Lagi mereka perli cikgu adalah. Jadi, dengan selambanya, saya selaku guru yang tidak pernah segan untuk menunjukkan perangai yang sebenar depan budak-budak telah memasukkan diri saya di kalangan para pelajar dan bersenamrobik bersama. Walaupun Kak Piah terpekik terlolong bagi arahan suruh mereka ikut senamrobik, saya dan Kak Ha dengan relaksnya bersenamrobik.
Seusai bersenamrobik, mereka dikehendaki berada di dewan untuk upacara perasmian program. Err... bukankah upacara perasmian bagi acara gotong royong diadakan selepas itu? Ketika upacara penyampaian cabutan bertuah? Ehm.. lantaklah.
Jadi, nak dijadikan cerita, ketika Tuan Pengetua bagi ucapan sepatah dua kata, adalah
sekumpulan pelajar yang cuba escape. Lelaki mahupun perempuan, semua sama. Tapi yang paling ramai adalah lelaki tingkatan 4 dan 5. Tingkatan 1 pun dah ada yang berani.
sekumpulan pelajar yang cuba escape. Lelaki mahupun perempuan, semua sama. Tapi yang paling ramai adalah lelaki tingkatan 4 dan 5. Tingkatan 1 pun dah ada yang berani."Cikgu, kami mo gotong royong aja cikgu. Bilalah? Bosan suda nih.."
(penerangan gambar:: cikgu shahida sedang buat road block di sebalik bas untuk mengelakkan para pelajar escape, di gambar yang tidak jelas ini menunjukkan para pelajar sedang melepak di bangunan usang itu, menanti waktu yang sesuai untuk melarikan diri)
Setelah saya cuba berbincang dengan dua-tiga orang pelajar dibawah pantauan saya, akhirnya saya berjaya memujuk mereka untuk tunggu waktu diumumkan gotong royong akan bermula. Kena sogok dengan snek yang sengaja disimpan di dalam laci untuk para pelajar dulu baru dapat pujuk... tapi tak apa, asal kamu dengar cakap cikgu.
Guru-guru dan para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kawasan. Ada yang kena membersihkan kawasan
di sekitar tandas guru dan belakang makmal. Ada yang kena mengecat palang tangga dan palang pagar di kantin, ada yang kena mengutip sampah di persekitaran sekolah. Yang paling best adalah kawasan yang telah ditugaskan kepada saya; menggali parit di sepanjang laluan di belakang dewan sehingga jalan masuk. Di kawasan ini, ramai ibu bapa yang memberi kerjasama memandangkan kebanyakan daripada mereka adalah petani. Mereka sudah biasa dengan kerja gali menggali.
di sekitar tandas guru dan belakang makmal. Ada yang kena mengecat palang tangga dan palang pagar di kantin, ada yang kena mengutip sampah di persekitaran sekolah. Yang paling best adalah kawasan yang telah ditugaskan kepada saya; menggali parit di sepanjang laluan di belakang dewan sehingga jalan masuk. Di kawasan ini, ramai ibu bapa yang memberi kerjasama memandangkan kebanyakan daripada mereka adalah petani. Mereka sudah biasa dengan kerja gali menggali. Saya pun seronok melakukan kerja cangkul mencangkul. Walaupun penat, letih, dan kotor tapi saya sangat suka bau lumpur. Lebih seronok apabila ramai yang mahu membantu. Kanak-kanak (pelajar tingkatan 1) juga bukan kepalang gembira mengejar ikan sembilang yang beranak pinak dalam parit tu.


Setelah merasakan kerja menggali selesai (serahkan saja pada orang lelaki), saya bergerak naik ke atas untuk melihat para pelajar saya. Kelihatan Alend, Shafiq dan Alfon sedang membetulkan tangga kayu di bangunan kayu blok D Tingkatan 1.
Kemudian, saya terus ke bilik guru untuk melepaskan lelah barang sesaat dua sebelum bergerak mencari Jayson dan Hezron (Dearz tidak menghadirkan diri).
Mereka sedang menunggu berus dan cat untuk mengecat palang tangga. Di seberang sana, kerja mengecat telah pun dimulakan. Setelah berborak sepatah dua kata dengan mereka, saya terus mendaki tangga mencari mereka berdua. Manalah tahu dibuatnya perkara yang bukan-bukan. Sengaja mengelak. Saya tak mahu pelajar yang saya ambil berat jadi entah apa-apa.


Ini tangga di seberang tempat budak berempat tadi sedang duduk-duduk. Sharul (kiri) sedang mengecat tangga dan Jayson melakukan tugas setelah dipaksa oleh cikgu Shahida. Oh ya, perempuan bertudung putih dan berapron biru itu adalah seorang guru selaku housemateku, Kak Zah.
Ini adalah Kak Zah my housemate dan Kak Piah my carmate... err.. tumpang kereta dia.
gambar atas
Elyna juga mencuba nasib untuk mengukir nama sebagai pengecat tangga di SMK Apin-Apin.
gambar sebelah
Kak Zah dan Elyna bersama para pelajar berposing sambil mengecat. Err.. kat sini saya cuma ingat Julizah (bertudung), Donna (duduk mencangkung), Shirley ek yg baju kelabu tu. Maaflah, cikgu lupa nama kamu.
Sebenarnya ada beberapa keping gambar lagi yang tidak dapat diupload atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Ada masalah teknikal sikit. Selesai mengecat, kami bergerak ke Dewan Saujana Gemilang a.k.a kantin untuk majlis cabutan bertuah. Pada waktu ini, Kak Zah terpaksa balik sekejap untuk menghantar budak Ikin ke stesen bas. Nak balik KK. Jadi, Kak Zah mewakilkan saya untuk mengambil hadiahnya jika dia dapat cabutan bertuah. Hahahaha...
I only crossed my finger that day would be my lucky day...again. Heheheh.. Maaflah, bukan nak riak. Tapi semenjak percubaan kali pertama meletakkan nama dalam cabutan bertuah, tak pernah tak bertuah. Walau hadiah kecil, yang penting nama saya sentiasa bertuah. :D
Seriously, I did not pray or did something to my tickets.. never. Letak saja, pasti kena cabut. Kadang-kala terfikir juga, mungkin tuah saya di situ bukan di tempat dan waktu yang saya harapkan. Itu yang Tuhan berikan, itulah yang saya terima. Betullah, kita merancang, Tuhan yang tentukan qada' dan qadar.
Jadi, kesimpulannya saya berjaya membawa pulang sebungkus hamper makanan ringan dan biskut. Masih ada di dapur, siapa mahu sila-silalah jengah dapur saya. Heheheh.. Kak Zah tidak ketinggalan bertuah, dan sekali lagi saya naik ke atas pentas untuk mengambil hadiah Kak Zah berupa set barangan plastik berwarna pink. Bekas makanan 4 biji dan bekas minuman beserta bakul cantik.
Saya berseloroh kepada Kak Azah:: "Kalau si Ikin pun dapat, maknanya rumah 3A ni memang rumah bertuahlah. Sila-silalah datang ya."
Sekali tu, telahan saya betul. Nama Ikin dipanggil. Namun, memandangkan namanya dipanggil untuk hadiah utama dan dia pula telah pulang ke KK, maka hadiah itu diberikan kepada nama bertuah seterusnya.
Guess what! Kak Fiza yang dapat hadiah utama tersebut. Yang mana juga merupakan salah satu barang yang aku ingin miliki suatu waktu dahulu. Portable gas stove! Huhuhu... nasib baik jugak bukan Ikin yang dapat. Kalau dia yang dapat, komfem saya akan jeles tahap cipan tak ingat!.
uhuhu... panjang betul cerita 020808 nih. Ehm... saya nak tambah sikit apa yang terjadi pada hari ini yang membuatkan hati saya benar-benar tersentuh.
Saya masih ada kelas dengan pelajar tingkatan 1 walaupun pelajar menengah tinggi sedang menghadapi peperiksaan pertengahan penggal kedua. Jadi, hari ni saya kena masuk kelas 1H. Kelas yang menyeksa jiwa saya. Dahlah kena mengajar selama 3 masa (11.20-12.50). Hampeh! Hampeh! Hampeh!
Ting~
Tiba-tiba saya mendapat idea untuk membawa mereka ke perpustakaan dan meluangkan masa membaca di sana. Si Jonatan: budak kecil yang comot... dia datang kepada saya.
"Cikgu, sia nda pandai membaca."
"Cubalah. Baca dulu. Kalau ada yang tidak faham, kamu tanya cikgu.
"Bah."
Seketika dia datang kembali...
"Cepat dalam bahasa inggeris apa lah cikgu?"
"Fast."
"Bah."
Kemudian, dia datang lagi dengan tersengih-sengih.
"Sia nda tau cikgu."
"Apa yang kamu tidak tahu."
"Sia nda pandai."
Termenung saya seketika. Apalah yang perlu saya lakukan supaya dia tidak tercicir. Saya tahu dia mahu belajar. Saya tahu dia teringin pandai seperti orang lain. Tapi kerana fizikalnya, keadaannya... membataskan segala-galanya.
"Jonatan, kamu cari satu buku yang kamu rasa kamu boleh baca dan duduk sebelah cikgu ni. Hurry up."
Terkocoh-kocoh dia mendapatkan buku yang dirasakannya sesuai, tapi malangnya terlalu berat untuk dia.
"Sia nda pandai baca."
"Cuba dulu. Takkan kamu tidak pandai langsung. Bahasa Melayu boleh baca?"
"Boleh."
"Cikgu, dia baca ABCD PQRS..." seorang rakan sekelasnya berbisik kepada saya. Saya kira rakan yang bagus sebab dia menyokong tindakan saya mengajar Jonatan membaca, bukannya mengejek dia seperti yang lain. Saya sekadar mengangguk tanda faham.
"Jonatan, cuba kamu baca ABC."
Perlahan-lahan dia membaca ABC tapi selepas D terus P. Saya tulis di atas kertas dan menyuruhnya membaca. Lancar sahaja. Kemudian, saya tutup dan suruh dia baca lagi. Tergagap-gagap tapi turutannya sudah betul. Saya suruh dia baca buku cerita kanak-kanak dwibahasa. Mula-mula dalam Bahasa Melayu. Lancar sahaja, tiada masalah.
"Kamu boleh baca tu bah. Tadi kamu kata kamu nda tau baca."
"Bahasa Inggeris bah, cikgu."
"Okey, cuba baca yang ini."
"Sia nda tau."
"Jonatan, jangan cakap sebelum cuba. Cuba dulu. Kalau salah, cikgu betulkan."
Dia mula membaca. Tergagap-gagap dan banyak kesalahan sebutan. Tapi, bagi saya dia sebenarnya boleh membaca.
"See, you can read Jonatan. Dont ever say you cant before you try."
"Kau boleh baca, bah," kawannya yang tadi menyokong.
Loceng berbunyi. Dan saya melepaskan mereka dengan satu perasaan yang tersangat lega meskipun sebelum ini saya bimbang jika saya tidak beri yang terbaik untuk diri mereka dan saya. Saya sakit hati dengan kenakalan mereka, tapi hari ini saya mendapat cahaya cinta baru dalam pekerjaan saya.
Sesungguhnya, sia suka jadik cikgu bah!
Salam.
Peace!





2 comments:
I loike this entry....*sangat suka bau lumpur* hahaha....
btw, touching betul laaa...esp u n jonathan.
hahaha.. lawaks dan juga lucu. nampaknya keadan dulu nda berubah. sama jak.. hehe.
saya sebenarnya bekas pelajar sekolah ni.. sama lemah dalam mata pelajaran bahasa inggeris.. sy masih ingat dengan cg viana n cg maidah, guru BI kitorang.. tekun mengajar. rindu dgn mereka semua.. haha.
good luck...
if there is no people like u're, teaching us, then we're not what we're today.
Post a Comment