Ya, anda tidak silap baca. Saya mahu kahwin tahun depan. Insya Allah kalau tiada aral melintang, diizin dan diberkati Tuhan juga kedua ibu bapa.. maka akan berlangsunglah majlis perkahwinan yang selalu saya idam-idamkan selama ini. Paling-paling pun akhir tahun, insya Allah. Amin...
Kenapa?
1. Selepas berkawan dengan Kak Fiza dan Kak Ida yang sering bercerita tentang anak-anak mereka yang comel dan keletah mereka yang mencuit hati. Saya tak sabar untuk menjadi seorang ibu. Bermain dengan anak-anak. Bercerita tentang anak-anak. Berkongsi cerita tentang perangai anak-anak. Juga selepas melihat gambar scan baby pinkyunki. Aloh, comelnya!
2. Setiap kali masuk dapur, sibuk-sibuk di dapur, saya terasa macam ada yang kurang... oh ya! Saya masak, saya makan, saya puji masakan saya sendiri... kan bagus dapat masak untuk orang yang kita sayang?
3. Apabila menonton tv seorang diri, saya perlukan teman di sisi berkongsi pendapat tentang rancangan yang ditonton..
4. Saya mahu diri dibelai dan disayangi lebih daripada apa yang saya harapkan... saya yang bercita-cita besar.
Siapa dia?
Tak perlulah saya sebutkan nama dia. Apa yang penting, dia seorang yang betul-betul ikhlas menerima saya. Dia terima keburukan saya macam mana dia terima kebaikan dalam diri saya. Dia yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan walau apa jua pekerjaan yang saya lakukan. Dia yang kadang-kala suka mendesak tapi desakan dia buat saya tersenyum kerana dia mahu yang terbaik untuk diri saya dan hubungan kami. Dia tak perlu bercakap untuk saya memahami apa yang dia inginkan, dan dia juga tidak perlu mendengar apa yang saya katakan kerana dia memahami apa yang saya mahukan. Bila bergaduh, dia suka ambil jalan mudah mendiamkan diri. Geram, tapi dia sebenarnya tahu bila waktu yang sesuai untuk berdamai.
Dia matang dalam segala hal juga reti untuk berperangai keanak-anakan. Dia hormat maruah saya sebagai gadis. Dia sedar saya bukan milik dia dan sanggup menanti sampai waktunya. Dia yang sering memberi saya nasihat tentang menjadi seorang wanita dan muslimah walau sering kali saya degil untuk menerima nasihat dia. Dia sering menggelengkan kepala sambil tersenyum apabila saya cuba menegakkan benang yang basah, kemudian apabila terbukti saya yang tidak betul, dia cuma perlu berkata, "Jangan degil sangat, boleh?" sambil tersenyum sinis.
Apa lagi? Dia ada bila saya perlukan dia. Dia beri saya kekuatan ketika saya lemah. Dia yang menjadi tonggak hidup saya di saat saya kelelahan. Dia yang menjadi mentor dalam saya melayari perjalanan hidup.
Dia punya kekuatan untuk saya berpaut. Dia juga punya kelemahan untuk saya rujuk. Biarpun dia tidak melengkapkan puzzle hidup saya, kami saling tolong mengisi apa yang kurang. Ah, banyak sangat nak cerita pasal dia. Dialah sahabat, teman, kawan, kekasih, sehati sejiwa. Maka saya cuba untuk menjadi sahabat, teman, kawan, kekasih, sehati sejiwa... tercipta dari rusuk kirinya untuk dijadikan pendamping di sisinya sehidup semati, mencintai diri masing-masing kerana Allah Ta'ala demi melahirkan zuriat pewaris bangsa dan agama yang unggul. Insya Allah.
One thing for sure... dengan berkat doa selamat kalian, restu ayah bonda kami, iringan kalung munajat kepada Yang Esa, kasih sayang kami dibawah lindungan restu Maha Pengasih dan Penyayang yang mengurniakan kami pasangan kami, dari mereka yang terpilih dan sekufu dengan kami... kami akan disatukan suatu hari nanti... Amin.
Salam.
p/s:: pakat2 la doa sebar berita Shahida nak kawen tahun depan dengan lelaki di atas. Masin mulut kawan-kawan, alhamdulillah. Hahaha... kata-kata itukan satu doa... Peace!
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


7 comments:
sayam..siapakah jejaka bertuah itut..
daku sgat gumbira dgar gusip liar ini..
sayam..sila jgn rahsia2 degan sy owkey..crita2..hemsemkah...?kacakkah..?kikiki
AAmiiiiiin.....:)
oh my...
u're getting married before me?
weee~~~~~
congrats..
ah...terpaksalah i tgu giliran..;p
hahahaha.. korang nih...
cik uly tpong ku sayam:: kacakkah? hensemkah? siapakah?
yda:: amin amin amin...
cik kucing kertas:: hahaha... awk pon bukan nk kawen thn depan (yea!)? amin... jom bersanding bersama.. hahaha
Tahniah! Selamat menjadi pengantin baru!
SF
aaa..jelesssssssss..nk kawen gak!!
hahahaa..(syuhada gatal..umo bru 21) ;p
moga bahagie hingga ke anak cucu cicit piot..etc etc~
:) tersangat gembira dgr berita ni. Nurie doakan segalanya berjalan lancar..amin.. hepi tuk cikgu ida. ;D
Post a Comment