Salam ukhuwah dari tinta yang tidak berdakwat ini.. hmm.. apakah? Abaikan.
080808
Mulanya, tiada yang istimewa dengan tarikh ini melainkan pelajar-pelajar tingkatan 4 saya menduduki peperiksaan kertas Bahasa Inggeris. Pada awalnya saya dikehendaki menjaga kelas 5H sahaja pada pukul 0700-0915, namun memandangkan Cikgu Mony tiada untuk menjaga kelas 4P, saya segera ambil alih untuk waktu 0905-1120... ini kelas saya, saya yang sediakan soalan, jadi saya punya sukalah... hahahaha... memang duk tunggu nak jaga kelas 4P sebab saya sayang 4P. Saya nak 4P berjaya terutama sekali beberapa nama yang akan disebutkan nanti... err, yang selalu disebut-sebut...nasib baiklah, budak 5H ni 'pandai-pandai'. Waktu tak habis lagi, dah siap jawab... kalau tidak kasihan 4P tak sempat nak menjawab kertas 2.
Baiklah, sia nda mo sakap banyak. Tengok aja gambar2 di bawah sana::

Gambar di atas ni, nama dia Jeannyfer Paulus. Gambar bawah pulak, Babra Philip. Mereka antara pelajar harapan saya.
Tak lupa jejaka ini, Emmanuel. Bijak ini budak bah. GF dia siap kasi ayat2 perangsang lagi kasi tampal itu di mejanya.

Gambar ini saya highlight kan kepada jejaka yang berada di antara dua gadis. Nama dia Hendry Aloysius. Hendry ni sangat dedikasi ketika belajar. Penumpuan 100% I tell you. Memang dia akan pandang saya tak pernah lekang. Ada semangat mahu belajar. Cikgu sayang kamu, Hendry.

Ini pula nama dia Shamsahri. Ketua kelas 4P. Awal-awal lagi dia beritahu saya yang dia memang suka belajar Inggeris dan nak belajar Bahasa Inggeris dengan bagus. Dia ni boleh dikategorikan pelajar pandai dan baik serta bagus. Tadi, selepas habis kertas 1, terus dia jumpa saya. Katanya, dia tak dapat jawab. Bila saya check, dapat je. Yang dikatakan tak ikut format, takde pulak. Cuma tak sempat jawab je. Saya yakinkan dia yang dia sudah buat terbaik. Markah tu, bergantung kepada budi bicara cikgu untuk menentukannya."You're worried too much, Sham. Relax and do your paper 2 carefully."
Muka yang masam, kembali ceria. Dan, saya... ehm, hanya Tuhan yang tahu perasaan ini...
Okey, di sini pula, nama dia sering saya sebut-sebut dalam blog saya yang.. yang.. ah, abaikan.. dalam blog saya ini. Dearz bin Alip. Dia ni merupakan pelajar di bawah pemantauan saya. Kenapa saya susah-susah nak pantau dia? Sebab dia rajin dan pandai, kalau... diulangi.. kalau dia tak bertiga dengan kawan-kawan dia; Jayson dan Hezron.
Tengoklah gambar di atas ni. Mereka bertiga ni macam tak boleh dipisahkan. Ke mana-mana pasti bersama. Sampai dalam kelas pun mesti nak bersama juga. Dekat tingkap tu Dearz. Tengah-tengah Jayson diikuti oleh Hezron. Oleh kerana saya kasihankan Dearz dan nak Hezron serta Jayson berjaya juga, maka mereka berada di bawah pantauan saya. Takkan saya nak biarkan Dearz berjaya sorang-sorang. Walaupun Jayson yang paling nakal, bila saya sudah semakin rapat dengan dia, sebenarnya dia bagus dan memang ada niat nak berubah. Ada sesuatu yang menyebabkan dia jadi nakal. Mungkin Syud boleh tolong dia, ya. Terima kasih juga kepada Eme dan Nurie kerana sudi membantu saya dalam projek saya ni.
Tengoklah pula gambar budak-budak ni tekun menjawab. Entah dapat entah tidak. Tapi harap-harap dapatlah. Saya ni kejam, nak A terus. Setakat lulus tak main, sedangkan mereka bukanlah golongan cemerlang pun. Bagus lah. Asal rajin dan dengar kata, saya sayang kamu semua.









Oh ya, sekadar selingan... saya suka 4P kerana pelajar-pelajarnya. Saya suka kelas 4P kerana angin yang tak pernah penat menghembus dingin dari perbukitan... Dari tingkap kelas 4P, banjaran Crocker dari kesayupan... Nyaman sangat.

ps: Sebelum pulang tadi ketika saya sedang berbual dengan Jayson dan Dearz, PK1 panggil masuk ke biliknya... ehm.. saya diberi kata dua... kaunselor sepenuh masa atau guru Bahasa Inggeris. Saya memang bercita-cita nak jadi kaunselor tapi saya sayangkan bidang pengajaran dan pembelajaran. Saya nak dua-dua, boleh? Huhuhu... minggu depan nak tahu keputusan.
Peace!
Salam!



5 comments:
Counselor, babe...Counselor...Counselor...
counselor...guidance n counselor...counselor...CounSelor!!
Ps: u dah kenal the students...u dah built rapport, students nakal2 pun baik dgn u, ape lg...tu dah habis 1st step counseling session dah tu....dun worry about the theories yg pening2 tu..i sendri tak igt, just ikut yg rational je.
kaunselor sepenuh masa atau guru Bahasa Inggeris atau juru kamera..yg mana satu ya nyah..?heheh..tecer ni sgat rajin menangkap2 gambar anak murid2 beliau...
cik uly tepong... meh tecer bahasa nk tegor sket.. anak murid2 beliau? bila masa murid2 kawe ada anak nih... tssk.. tssk.. anak2 murid deh.. hahaha.. hoh! baru perasan akan profesion tambahan yg baru nih.. thanx for tell me that.. wahaaha... dilema nih
y.. thanx.. i've made my decision.. yes i choose counselor...
counselor sepenuh mase best!
x payah ngaja..hohoh
congrats!
Post a Comment