Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

03 September 2008

Tiada tajuk yang sesuai..lantaklah!

Assalamualaikum w.b.t..

Izinkan saya bercerita tentang sesuatu yang mungkin akan membosankan anda semua, para pembaca yang budiman. 

Esok, dua orang rakan sekerja saya akan menghadapi temuduga untuk jawatan tetap. Sebelum ini ada tiga orang sudah melepasi temuduga tersebut. Giliran saya adalah pada minggu hadapan iaitu 10 September 2008 jam 10.30 pagi di IPK Keningau. Ehm, tengahari tadi bilik staf meriah dengan suara kami bergelak ketawa menahan perasaan cuak di hati masing-masing. Sibuk dok menghafap PIPP, nama-nama menteri, peristiwa semasa dan yang paling lucu berkaraoke lagu sekolah dalam bilik staf. Bergema suara mereka yang nak kena temuduga esok. Hahaha... Rileks, girls!

Saya sendiri sibuk mendapatkan tandatangan dan pengesahan tuan pengetua untuk urusan temuduga nanti. Oleh kerana saya ada kelas, jadi borang-borang yang perlu ditandatangan, saya tinggalkan saja. 

Usai kelas, N beritahu yang tuan pengetua mahu jumpa saya. Cuak juga rasa di hati. Yalah, saya mana pernah dipanggil oleh pihak atasan walau di mana saya berada. Silap-silap, orang pun tak kenal siapa saya. Entah kenapa saya rasa macam ada sesuatu yang ingin disampaikan. Tidak terlintas langsung pasal borang-borang yang saya tinggalkan. 

Apabila saya melangkah masuk ke bilik tuan pengetua dan dipersilakan duduk, tuan pengetua memulakan bicara. Mengenai jawatan saya sebagai kaunselor sepenuh masa.

Saya akan memegang jawatan tersebut secara sah, insya Allah, pada tahun hadapan. Walaupun bergelar kaunselor sepenuh masa, saya dibenarkan untuk mengajar jika itu yang saya mahu. Betul kata tuan pengetua, apabila hak mengajar ditarik balik, secara langsung hubungan dengan pelajar juga akan hilang.

Hilang di sini bermakna, keakraban mungkin sekadar kaunselor dengan klien. Bukan lagi pelajar dengan guru. Jika anda menjadi guru, anda dapat mengenali setiap tingkah para pelajar anda. Anda mampu untuk mengasingkan yang mana yang boleh dibanggakan dan yang mana untuk diberi perhatian. Ini kerana anda mempunyai masa dan ruang untuk melihat setiap potensi yang ada dalam diri pelajar anda. Berlainan dengan kaunselor sepenuh masa yang tidak pernah mengajar *maaf ya*, anda harus ada rapport yang kuat supaya anda dapat mengenal pasti kes sebenar untuk setiap klien anda. 

Mungkin anda punya banyak teori dan praktikal yang boleh dilakukan bersama para pelajar namun apalah gunanya jika anda tidak mengenali target anda. Untuk mengenali target, pergaulan sehari-hari dan cuba menyelami *empati* keadaan pelajar/klien anda adalah sangat penting. Sebagai contoh:

Saya punya pelajar yang sering datang lambat. Alasan yang sering digunakan adalah rumah yang jauh. Kalau saya tidak punya empati, saya tidak akan terima alasan tersebut. Mana mungkin rumah yang jauh dijadikan alasan untuk datang lambat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Namun kerana empati, memahami dan merasai cara hidup mereka, saya boleh terima alasan tersebut. Perlahan-lahan saya akan gunakan kuasa saya sebagai guru dan pengalaman-pengalaman yang lalu sebagai pengajaran untuk mereka terapkan dalam hidup mereka. Alhamdulillah, ada pelajar yang terkesan dengan cara saya. Dia yang dulunya sering datang lambat, sudah boleh sampai awal. 

Ada satu kelas yang saya ajar, waktu P&P diadakan di perpustakaan. Selagi saya tak panggil, tak ada seorang pun yang akan menjengah turun. Kerana terlalu lama bersabar *ya, pelajar suka hati permainkan saya kerana kesabaran saya*, saya telah memberi amaran palsu. Sesiapa yang nak belajar, sila muncul sebelum saya muncul. Kalau tidak, pintu akan ditutup. Hasilnya, belum pun pintu perpustakaan dibuka, mereka sudah berbaris di depan pintu. Suka hati saya melihat mereka, lebih-lebih lagi mereka yang pada mulanya saya anggap sebagai pengacau dalam kelas. Di sini, saya dapat mengenal pasti siapa sebenarnya para pelajar saya. Di manakah mereka patut diletak tarafkan dan sebagainya. 

Jadi, berbalik kepada jawatan saya sebagai kaunselor sepenuh masa. Saya sudah punya tugasan pertama walaupun jawatan saya belum disahkan. Dalam tempoh seminggu dua ini, saya dikehendaki membuat program motivasi secara ringkas kepada pelajar tingkatan 5. *Nasib baik tingkatan 3 berada di sesi petang di bawah kendalian Cikgu Kennedy*. Saya memang tidak punya masalah. Saya cuma perlu dekati mereka dan selami perasaan mereka. Kenapa mereka malas dan tidak bermotivasi? Apakah yang mereka cari dalam hidup mereka? Mungkin senang cakap, mahu laksanakan? Ehm, doakan yang terbaik untuk saya dan mereka nanti. 

Cukuplah tentang itu, saya mahu bercerita tentang puasa. Hari ini masuk hari ketiga kita umat Islam berpuasa. Pada hari pertama, kami berbuka puasa di rumah Kak Nah. Hari kedua, Kak Fizah bawa balik laksa penang yang dia masak bersama Kak Ros *rakan sekerjanya*, dan hari ini saya cuma berbuka dengan nescafe dan onde-onde serta kurma. 

Pasar Ramadhan di sini cuma ada satu saja iaitu di Taman Luagan. Terpaksa akui, pasar Ramadhan di sini tidaklah semeriah pasar Ramadhan di semenanjung. Mungkin kerana faktor penduduk yang mana kebanyakan mereka adalah beragama Kristian. Orang tempatan muslim memang tidak ramai. Kalau pun yang ramai, kebanyakannya adalah orang semenanjung yang bekerja di sini *ramai guru*. 

Menurut jiran tetangga ku, puasa-puasa yang lepas mereka berniaga di tapak yang disediakan. Waktu itu, memang meriah sebab kebanyakan juadah yang dijual adalah juadah yang sangat jarang atau tidak pernah dijual di Keningau melainkan di bulan Ramadhan oleh orang semenanjung. Sebagai contoh, nasi kerabu. Ah! Saya rindu nasi kerabu di kampung saya!

Untuk bulan puasa tahun ini, saya berharap saya dapat menghabiskan terawih dengan sempurna. Itu saja azam saya. Kalau pun tidak cukup 30 malam, sekurang-kurang saya melaksanakannya dengan penuh keikhlasan. Ah! Bila lagi saya nak ke masjid kalau bukan masa terawih? Bila lagi saya mahu betul-betul sembahyang terawih? 

Dulu, banyak sangat alasan dan kekangan. Kononnya jaga adiklah, umi pergi terawih, adik tiada orang nak jaga. Apabila adik dah besar, saya pun dah agak dewasa, seganlah pula sebab orang kampung tidak tahu kewujudan saya *alasan padahal tiada kaitan pun*.  Apabila belajar di uni, alasan yang dibuat pula, masjid jauh, tak ada kenderaan, nak buat assignment. Kononnya nak buat sendiri di rumah, jawabnya setakat tiga malam. Malam seterusnya langsung tak ingat nak beribadah. Jadi, sekarang? 

Gelakkan nafsu jahat Shahida. Kamu sudah tidak punya alasan lagi. Tiada kenderaan? Eh, bukankah jiran tetangga kamu ramai, tumpang saja. Banyak kerja? Tipu! Kamu memang penipu besar, wahai Shahida kalau kamu kata kamu banyak kerja. Kerja tidak berfaedah banyaklah. Moga-moga saya dapat sembahyang terawih dengan sempurna. Amin. 


Baiklah, sampai di sini sahaja coretan ringkas saya. Sampai ketemu lagi. 

Salam.
Peace.



2 comments:

Kucing Kertas said...

semoga berjaya! hehe..

Anonymous said...

Babe...Hows d interview?
Sorry i tak selalu online these days...avoiding someone...heheee, but will b YMing soon..