Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

14 September 2008

Saja mahu update...

Dua tiga hari yang lalu, saya tidak dapat melayari alam maya di rumah atas beberapa kesilapan teknikal. 

Sabtu (13.09.08)
Kami terpaksa menghadiri kursus dalaman anjuran pihak sekolah di samping bermesyuarat. Pada awalnya, kami serumah merancang untuk ke KK kerana mahu menghantar kereta Kak Fizah untuk diservis, namun kerana kursus tersebut...Kak Fizah terpaksa pergi bersama-sama rakan sekerjanya iaitu Kak Ros dan suami. 

Di sekolah, saya mendapat berita sedih. Perginya ibu saudara bongsuku buat selama-lamanya. Al-Fatihah. Selesai kursus, saya dan geng Taman dari SMK Apin-Apin ke rumah Kak Rosebiah untuk melawat anaknya Jacquine (pelajar Apin2 tingkatan 4) yang demam teruk. Turut sama Kak Sal, Monique dan rakan-rakan sekelas Jacquine. Tersentuh pula hati saya apabila Kak Rosebiah memberitahu yang anak sulungnya, Jackson (pelajar Apin2 tingkatan 5) yang merawat adiknya itu. Buatkan nasi ayam lagi. Ehm... adakah saya sebaik itu terhadap adik-adik saya? Fikir, fikir...

Ahad (14.09.08)
Tiada apa yang menarik, cuma juadah bersahur saya agak kebaratan sedikit... banyak kot. Sosej ayamas berperisa Itali, bersama scramble eggs... tuna spread sos lada hitam. Minuman.. susu strawberi. Tengahari, kami geng-geng bujang dan seorang *isteri orang mula bergotong royong membuat juadah berbuka iaitu keresek dan ayam percik. 

*Kak Su... dah 6 minggu kandungannya. Kasihan dia, terpaksa mengandung dalam bulan puasa tanpa suami tersayang di sisi. Moga-moga permohonan dia untuk pulang ke Semenanjung akan tercapai. 

Itu saja buat kali ini.. Lain kali pula.

Salam.
Peace. 

No comments: