Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

22 September 2008

Mari belajar mengira

Salam buat kalian yang membaca.
Mari kita belajar mengira.
1... SATU
2...DUA
3...TIGA
4...EMPAT
..... hari lagi nak balik!!! Yea!!!
Hati saya tengah panas-panas tak berapa nak mendidih sekarang ni sebab saya tak boleh nak buka Kapasitor. Saya tak tahu kenapa, tapi asyik-asyik keluar Cannot find Server. Tak boleh kenapa? Sedangkan saya boleh buka friendster juga blog ini. *kalau tak, sudah tentu saya tak menaip di sini dan menghabiskan masa lepak di Kapasitor saja. *
Hari ni saya ada cerita lucu yang tak kelakar dan cerita sedih yang tak syahdu.
Cerita lucu yang tak kelakar adalah.. minggu lepas Kak Lai jumpa saya. Kak Lai ini merupakan senior di tempat kerja saya dan dia memegang jawatan sebagai Ketua Bidang Bahasa. Dia telah berkata-kata seperti demikian:
KL: Shahida, saya ada tugasan untuk awak.
Saya: Ya, Kak?
KL: Jadi, tugasannya ialah, sebagai KP awak kena buat pemantauan kepada...
Saya: (terkejut..serius saya terkejut) hah? Saya buat pemantauan? Biar betul kak.. Sepatutnya saya yang harus dipantau.. Isyk.. saya nak pantau siapa?
KL: Pilihlah mana-mana cikgu Bahasa Inggeris yang Shahida mahu pantau. Kalau boleh seorang pagi dan seorang petang.
Saya: Huhuhu... Habislah... Habis tu, saya sendiri?
KL: Itu nanti saya yang pantau Shahida. KP dipantau oleh KB, KP memantau guru-guru lain.. Tak apalah, ini salah satu tugas awak sebagai KP. Pantau saja...Ini borang untuk guru-guru berkenaan.
Kebetulan, Kak Roha berada di sebelah saya. Secara automatik, saya menghulurkan borang tersebut kepada Kak Roha.
KR: Eh, akak mana mengajar dah. Akak kan mengajar tingkatan 3, dia orang cuma banyak buat revision dah sekarang.
Alah... Untuk sesi pagi, saya dah jumpa satu-satunya calon iaitu Carol! Hehehe.. Tak berani ah nak pantau Kak V, Kak Maida or Kalai. Eh? Mana bahagian lucu tapi tidak kelakar tu?
Owh... lucu tidak kelakar itu adalah apabila saya pergi memantau Carol. Maaf, bukan Carol yang beraksi lucu, tapi saya yang terasa geli tali perut sebab.. saya pantau orang??? Kerja saya sendiri pun tunggang terbalik.. ada perasaan nak pantau orang?? Muka macam serius pula tu. Siap berangan lagi.. wah, saya dah 'duduk semeja' dengan pensyarah-pensyarah yang pernah pantau saya dulu...
*Oh, saya baru dapat tahu rupa-rupanya server kapasitor down.. pasal itu tak dapat.. hahahaha*
Sambung... siap bagi komen lagi tu. Proses P&P anda sekian-sekian... hahaha... Wahai hamba tuhan yang bernama Shahida, tidakkah anda terasa mahu lompat-lompat seperti kera terkena belacan kerana anda telah berjaya menjadi pemantau yang berdedikasi tetapi tidak sebagai orang-yang-bakal-dipantau yang komited terhadap hasil kerjanya? Sungguh anda ini... huh!
Harap-harap Kak Lai sampaikan berita untuk saya menjadi mangsa pemantauan beberapa hari sebelum saya dipantau.. RPH tak siap lagi woo!! Oh ya, lepas raya saya akan pantau Mulan pula.
Cerita sedih yang tak syahdu...
Mereka telah didenda. Mereka telah mendapat pengajaran dan ajaran daripada orang yang sepatutnya. Namun, saya kesal sebab mereka seperti tidak ambil iktibar atas apa yang berlaku. Walau rambut ala-ala Korea tu telah dipotong pendek (lagi hensem bah), perangai mereka masih tidak berubah. Saya mahu menangis, tapi tidak boleh. Saya mahu marah-marah lagi, tapi saya tahu mereka pasti tidak suka. Saya mahu bagi nasihat lagi, saya sedar mereka pasti bosan. Jadi, apa lagi yang harus saya lakukan?
Bunyinya agak pilih kasih. Mungkin. Mungkin saya pilih kasih. Tapi saya sayang semua. Yang lain tiada masalah, jadi tiada sebab untuk saya berleter memanjang. Mereka berdua... saya rasa hidup saya sunyi kalau tidak berleter kepada mereka. Rasa tidak lengkap hari saya, kalau saya tidak tahu apa perkembangan mereka. Sudah baikkah? Masih samakah?
Kadang-kadang, sakit telinga saya mendengar kata-kata yang tidak elok keluar dari mulut orang lain tentang mereka. Sebab saya percaya, mereka tidak begitu. Mereka ada sebab untuk semua yang mereka lakukan. Semua orang ada sebab untuk semua perkara yang mereka lakukan. Thing happens for a reason. Ehm.. macam tak kena dengan situasi.. :-?
Saya tahu mereka boleh dan mahu berubah. Cuma masa yang akan menentukan semua itu. Yang penting juga, saya yang harus memberi mereka ruang yang secukupnya. Saya tidak boleh terlalu mendesak mereka, tidak juga harus membiarkan mereka dengan jalan yang mereka sendiri pilih yang mana mungkin akan memusnahkan masa depan mereka.
Bagaimana saya mahu gambarkan yang saya sayang mereka semua? Semua dan saya maksudkan semua yang saya berikan ilmu itu.
Teringat pula cerita Kak Fiza yang bangga-tapi-bukan-nak-riak. Dia bagi tugasan kepada pelajar 1P. Cara-cara menggunakan Microsoft Words. Dia memberi arahan untuk menulis tentang My Favourite Teacher and Why do You like Her/Him? Kebanyakan daripada mereka menulis... Teacher Nur Shahida is my favourite teacher. I like her because she is very kind. Wah! Alhamdulillah... Okey, cukup.
Saya mahu jenguk chatroom sekarang. Entah apa yang si Siberkop tengah merepek. Katanya nak buat tambah genre drama pula berdasarkan cerpen-cerpen yang ada. Ehm.. entahlah, saya pun kurang pasti. Jadi, selamat tinggal kawan-kawan pembaca. Saya mahu ke sana pula.
Salam.
Peace.

1 comment:

Anonymous said...

Server kapasitor down?? Server fotopages ok...apa tunggu lagi??