Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

24 September 2008

2 hari lagi!

Tahun ni kiranya tahun pertama saya akan beraya sebagai seorang yang sudah ada gaji. Dengan erti kata lain, tahun ini merupakan kali pertama saya akan mengeluarkan duit raya. Sudah tidak layak lagi untuk menerima..eh, kalau ada yang nak bagi, saya terima saja... :p

Saya sudah mula berkira-kira bajet yang akan dikeluarkan untuk persiapan raya tahun ni. Macam tak sabar pula nak berhabis duit menghulurkan duit raya kepada ahli keluarga terutama sekali adik-adik saya. Nak tengok reaksi muka mereka. 

Dalam saya gembira tak sabar nak pulang, beberapa kali saya mendapat berita yang kurang menyenangkan. Bermula dengan perginya ibu saudara saya ke rahmatullah. Kemudian, peristiwa di sekolah melibatkan pelajar dibawah seliaan saya. Ada sms saya terima dari sahabat baik saya tentang pemergiaan ibunya juga berita tentang seorang ibu kepada seorang rakan yang dimasukkan ke hospital. 

********************************************************
Buat sahabatku, Noorma Hamzah...

Noor, aku minta maaf banyak-banyak. Sewaktu kau hantar SMS tentang keadaan ma kau, aku tidak tahu bagaimana bagi reaksi sebab aku sendiri baru kehilangan ibu saudara aku. Kemudian, aku terlupa terus untuk bertanya khabar. Kau pun tak online. Aku SMS, kau langsung tak balas.

Lebih kurang seminggu kemudian, jam 0202 aku mendapat SMS dari kau. Ma kau telah tiada. Maafkan aku kawan kerana tiada di sisi sewaktu kau perlukan seseorang. Tapi, kau bernasib baik sebab ada Ijoe, jadi aku harap kau tidak merasa ketiadaan aku. 

Noor, aku sebenarnya masih rasa bersalah. Bersalah sangat-sangat. Bersalah sebab tidak menjadi sahabat yang kau harapkan. Sahabat yang sepatutnya harungi suka duka bersama. Aku kata kau sahabat baik aku, aku mengaku kau yang terbaik dalam hidup aku..tapi aku? Maafkan aku, Noor. Insya Allah raya nanti aku ke rumah kau. Kau marahlah aku cukup-cukup kalau kau mahu sebab hanya kau saja yang berani marah aku, kutuk aku, tengking aku dan kau juga yang sering buat aku ketawa dan gembira. 

*sigh*
*****************************************************
Saya pernah berbual dengan teman serumah, tentang perkara yang berlaku di sekolah masing-masing. Dia cerita tentang sekolah dan pelajar dia, saya cerita tentang sekolah dan pelajar saya. Rupanya teman serumah saya ni, Kak Fizah, agak garang dengan pelajar dia, walaupun di rumah dia seorang yang mudah lembut hati. Dia mengaku, dia suka lepas cakap, marah-marah...silap hari bulan dia laser habis semua pelajar yang bermasalah. 

Berbeza dengan saya yang lebih lembut hati dengan pelajar. Walau marah mana sekalipun dengan pelajar saya, pada akhirnya saya akan berlembut juga. Jarang saya tinggikan suara. Paling-paling pun, saya ugut dengan nada yang lembut yang mana saya tahu cikgu-cikgu lain takkan bersetuju dengan cara saya. Pada saya, mereka remaja yang punya jiwa memberontak. Apa yang mereka lakukan, mereka mengharapkan perhatian dan tindak balas. Sama ada mereka berlaku baik atau tidak baik, tujuan mereka cuma satu..inginkan perhatian. 

Sebagai guru, ada cara yang perlu diambil kira ketika berbicara. Betul, sesetengah guru berjaya membentuk para pelajar dengan cara militari. Ada juga guru yang berjaya membentuk pelajar menjadi manusia apabila dia gunakan kelembutan di sebalik kekerasan. Namun, kita perlu juga mengambil kira situasi dan keadaan pelajar. 

Kalau pelajar itu seorang yang punya sejarah hitam dalam dirinya tanpa kita ketahui, dan kononnya mahu tunjuk garang supaya pelajar takut, saya tak rasa pelajar tersebut akan takut. Mungkin dia akan simpan dendam. Seorang guru harus fleksibel dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru. 

Maaf, saya bukan kata saya guru favourite. Saya tak tahu malah saya sering risau kalau ada pelajar yang berdendam dengan cara saya. Orang kata, suara yang lembut dan bernada rendah kadang-kadang membawa maksud lagi tajam daripada suara yang menengking. Tapi, saya cuba ambil pendekatan bermesra dan memberi sepenuhnya perhatian kepada pelajar saya. Sebolehnya saya mahu layan semua dengan adil. Bukan bersikap pilih kasih. 

Namun, saya ini cuma manusia biasa. Adakala saya terpilih antara pelajar. Mana yang banyak interaksi dengan saya itu yang saya utamakan. Yang langsung tidak bersuara, kadang-kadang saya tidak ingat nama dia. Tapi, saya berusaha untuk ingat nama. Saya masih ingat pesan pensyarah saya. Pelajar akan tumpukan perhatian kalau kita ingat nama dia. Betul... tapi.. ada juga yang ambil kesempatan dengan main-main. Mungkin sebab saya terlalu lembut. 

Ketika berbual dengan Kak Fizah, kami berjaya membuat satu rumusan tidak rasmi. Tentu anda semua pernah dengar "Kamu adalah apa yang kamu makan" atau 'You are what eat'. Eh, betul ke? Tak kisahlah, tapi saya dah tukar peribahasa itu. "Personaliti guru ditentukan oleh matapelajaran yang diajarnya"

Perasan tak masa sekolah dulu, guru Matematik dan guru Sains selalu sangat garang dan tegas ketika mengajar. Tetapi amat mengambil berat apabila diluar waktu mengajar. Cikgu bahasa pula baik hati ketika di dalam kelas. Sporting pun ada. Kalau cikgu Sejarah, suka bercerita. Cikgu Geografi pula kebanyakan daripad mereka lebih telus. Saya berbicara dari pandangan saya sebagai bekas pelajar di sekolah saya dulu dan tinjauan tidak rasmi yang kami lakukan. 


Berita sukacita..Saya cuma nak cerita tentang ini saja.

Dia memberi tumpuan dalam kelas semalam. Dia tunjuk yang dia mahu belajar. Saya tahu dia boleh berubah. Walau apapun cikgu-cikgu lain cakap, saya yakin dia boleh. Rakannya sudah berubah. Sejuk hati saya. Lagi sejuk+cair hati saya apabila terserempak setiap kali pulang dari sekolah, dia berjalan kaki, saya di dalam kereta, dia dan rakannya melambai ke arah saya sambil tersenyum (ya, dengan yakinnya saya percaya dia senyum dan lambai saya..saya perasan? Biarlah...)

Kelas 4H pun, padahal hari ini saya tidak bercadang untuk proses P&P di pusat sumber. P&P dalam kelas saja. Namun, awal-awal lagi mereka semua sudah tercongok di depan Pusat Sumber. Alahai... sejuk hati...

Saja mahu kongsi dengan semua dialog antara saya dan pelajar-pelajar saya pagi tadi:-

Saya: Baiklah, kita sudah habiskan silibus. Hari Jumaat ni, saya mahu kamu bawa buku teks yang ini (sambil menunjukkan buku teks Kemahiran Geografi Tingkatan 4). Kalau tak ada, kamu kongsi, tapi saya tak mahu ada alasan tidak ingat bawa. Saya sudah ingatkan hari ni, kalau lupa juga, siaplah (sambil buat muka marah..saya seorang badut di dalam kelas)... Ada apa-apa soalan mahu ditanya?

Pelajar A: Cikgu, (tersengih-sengih, nada seperti ingin mengenakan cikgu) kenapa matahari bercahaya? 

Saya: (dengan jujur bercerita tentang kejadian matahari).

Pelajar A: Salah tu cikgu. Tuhan yang cipta...
(pelajar yang lain ketawa)

Saya: (senyum) Yalah... betul tu. (masih berlagak jujur) Tapi, apa yang cikgu cakap tu berdasarkan fakta sains. Kalau ikutkan semua benda, Tuhan yang cipta. 

Pelajar B: Cikgu, sia ada soalan... Cikgu suda kawen balum?
(pelajar lain ketawa, saya senyum)

Saya: Alahai kamu ni. Sudah berapa lama saya di sini? Tak tahu lagi ke, saya dah kawen belum?
Kenapa kamu tanya?

Pelajar B&C: Mahu mengurat cikgu...(ketawa disusuli dengan yang lain)

Saya: Ohh... boleh. (dengan selamba). Siapkan sebuah kereta berharga RM 150, 000, banglo 3 tingkat, duit dalam bank sekurang-kurangnya RM 30, 000... (semua ketawa)

Pelajar D: Cikgu, (muka senyum tapi serius) kalau sia ada feri, cikgu mo? 
*pelajar ini adalah pelajar saya yang baik, dengar kata, hensem juga.. oops.. ketua kelas yang bagus*

Saya: (masih bergurau dengan nada selamba) Berapa harga feri kamu?

Pelajar D: (serius) RM 20, 000.
(pelajar yang lain terdiam..kemudian..wooo...)

Okey, tak pernah ada sesiapa yang nak mengorat saya, apatah lagi pelajar. Saya boleh tahu kalau seseorang itu sekadar bergurau *trust my sixth sense so much*, but this particular student made me blushing.. auww...

Saya: (coverline dengan ketawa kecil) Hahaha...awak simpan feri awak untuk buah hati awak nanti... (nasib baik waktu dah habis) Okey, kita jumpa hari Jumaat. Jangan lupa bawa buku Kemahiran Geografi. Terima kasih semua. 
(muka pelajar tu berubah dan pandang ke luar...oh? Okey...err..apa maksud tu? Jangan ada apa-apa maksud.)

*******************************************
Tak sabar nak balik!!

Salam,
Peace.


1 comment:

Kucing Kertas said...

awwww..giler sweet okie student kamo tuh!
he had a crush on u la tu..hehe..
ah..suke..suke!
i love young boys..ngehee..

*erk..tdk2..sy x bermaksud begitu..;p