Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

11 September 2008

Saya masih di sini

Sudah hampir tiga hari saya tidak online. Semuanya gara-gara penukaran alamat IP (internet protocol) di sekolah dan meninggalkan kesan kepada IP di taman. Jadi, sekarang saya bersiaran dari sekolah, mengulangi kembali kata-kata saya semalam. 

Semalam (10.09.08) saya menghadiri temuduga SPP di IP (Institut Perguruan) Keningau. Semalam saya ditanya apakah ciri-ciri guru yang tidak profesional. Dengan menuding jari secara sembunyi ke arah batang hidung sendiri saya menjawab, guru-guru yang tidak profesional selalunya masuk kelas tidak menepati masa*ini bukan saya* dan tidak melakukan PnP dengan cemerlang dan berkesan atau bersikap sambil lewa. Itulah saya. Oh, satu lagi, bersikap pilih kasih antara kelas iaitu tidak mahu atau tidak bersemangat untuk masuk ke kelas yang tercorot berbanding kelas yang di hadapan. iayaou!

Bukan saya tidak mahu berusaha, sering kali saya marah pada diri sendiri supaya menjadi yang terbaik daripada yang terbaik. Dahulu, saya punya semangat yang membara dalam apa jua pekerjaan yang saya lakukan. Entah kenapa, sekarang semangat tersebut seperti hilang sedikit demi sedikit. Kalau ada pun, bergantung kepada mood saya ketika itu. 

Saya takut melihat rakan sekerja yang lain bertungkus lumus membuat yang terbaik demi diri masing-masing. Saya juga takut melihat diri sendiri pada masa lampau. Sepertinya saya sekarang ini kononnya terlalu rileks. Ah! Ke mana Shahida pergi? Mana dia menghilang? Apa yang telah dilakukan terhadap dirinya? Apa dah jadi ni?

Saya mempunyai RPH tertangguh selama 2 bulan dan saya masih menaip di sini seolah-olah saya tidak punya kerja. Saya harus mengendalikan kes-kes pelajar ponteng sepatutnya hari ni, dan saya masih di sini. Saya harus mengajar dalam tempoh sejam lebih lagi dan saya masih di sini. Saya perlu menyiapkan segala urusan yang tergendala dan saya masih di sini.

Cukuplah laporan saya yang tidak seberapa ini. Oh ya, saya rasa saya berjaya menghadapi temuduga dengan cemerlang. Lagipun saya tidak ditanya soalan berasaskan fakta semata-mata. Antara soalan yang ditanya adalah:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan modal insan yang terdapat dalam 6 teras PIPP dan apakah yang boleh dikaitkan dengan pelajaran yang cikgu ajar?
2. Terangkan metadologi yang cikgu gunakan untuk pelajar-pelajar cikgu yang berada di luar bandar ini.
3. Huraikan tentang 'kematangan emosi' atau emotional intelligence di kalangan guru-guru dan apakah kesannya terhadap para pelajar?

Soalan yang lain banyak berkisar tentang diri sendiri dan sekolah. Ada ke si penemuduga tu cakap " kahwin saja dengan orang Sabah ni. Tu ramai kat luar, cikgu pilih je."

Huh? Apakah? Memanglah saya nak kahwin tapi tak mahulah dengan orang Sabah. Saya nak balik semenanjung dan mahu menetap di sana. Melainkan.. hehe.. melainkan bakal suami saya tu sanggup ikut saya balik semenanjung. Hehehe... Jejaka Sabah ni boleh tahan comel juga.. ewah! Shahida jangan nak cari pasal, okey!

Okey, apa sebenarnya saya nak cerita ni? Sebenarnya saya pun tak tahu. Jadi, sebelum saya melalut tak tentu pasal-pasal, apa kata saya hentikan di sini saja. Kita jumpa lagi ya!

Oh, tidak ketinggalan saya mahu mengucapkan selamat berjaya kepada wakil kapasitor untuk pembentangan bagi pencalonan di MSC APICTA 2008 untuk kategori Best of E-Inclusion and E-Community.

Salam.
Peace.




2 comments:

Anonymous said...

ehehhe.. jejaka sabah pun kiut juga! auuuuuuu hehhehe....

Kucing Kertas said...

ewah2...
nakal ye! ;p