Tapi, saya tak kemas pun lagi. Saya masih menghadap lappy kesayangan ini lagi. Padahal di chatroom bukan ada orang sangat pun... Ada tapi macam tak ada topik best yang diborakkan...
Saya rasa nak membebel, tapi saya tak tahu nak membebel pasal apa. Ada benda sebenarnya tapi saya tak tahu macam mana nak mula. Hmm.. apa yang saya mengarut ni? Kejap, nak fikir...
Oh, tadi saya baru beli majalah kesayangan saya dengan harga RM 13.50 sedangkan saya boleh dapatkannya dengan harga RM 9.90... Tak mahulah tangguh-tangguh. Nanti tak sempat beli. Jadi, saya beli juga. Dapat tengok sambungan VCD Santet.. cerita pasal apa? Nak tahu, belilah sendiri... Harhahahaha...
Terlentok jiwang sekejap dapat menatap wajah dan mendengar suara kartunis yang hensem dan macho tahap gaban :: Jakalll... Siapa? Tak kenal? Cari sendiri... Hahahaha...
*sigh* Ya, saya tahu saya sedang merepek.
Esok sudah mahu bergerak pulang. Esok selepas tamat waktu persekolahan dalam lebih kurang jam 2 petang kami, seramai 9 orang gadis dan seorang bakal ibu akan bertolak dengan bas mini yang kami tempah khas ke KK. Oh, tidak.. jangan silap. Bukan bas mini yang macam kat Shah Alam tu. Van Vennette di sini dijadikan pengangkutan awam dan dikenali sebagai bas mini... Di KK nanti, beberapa orang daripada kami (mungkin termasuk saya, tak buat keputusan muktamad lagi) akan keluar jalan-jalan di sekitar bandaraya KK. Yalah, takkan nak membosankan diri sendiri di lapangan terbang selama lebih daripada 12 jam kan?
Inilah cabarannya duduk di Keningau yang jauh dari KK dan tidak punya lapangan terbang sendiri seperti Sandakan atau Tawau. Kalau jadual penerbangan pada awal pagi macam kami semua, terpaksa bertolak sehari lebih awal. Pada awalnya kami nak sewa bilik hotel, tapi bila fikir balik, buat apa membazir. Lagipun satu malam saja.. Tidur saja di surau di lapangan terbang tu nanti.
Apalagi saya nak membebel ya?? Oh ya, ketika sedang melayari alam maya ni dan dalam kepala otak saya sedang membayangkan encik Jakalll.. huhuhu... jadi saya teringat nak buka blog dia. Sekali bersawang gila!. Hahaha... Saya pun kebosanan. Lalu, saya teringat pula majalah kesayangan saya itu tidak saja mempunyai Jakalll tetapi Kartunis Nik sebagai kartunis kegemaran saya dari dulu lagi, jadi saya buka blog encik Nik... wahhh... best! best! best! Ada link di sebelah.
Masih ingat komik 'IN', 'Aku, dia dan Volkswagen', 'Budak Hostel'? Semua ini ditulis dan dilukis oleh kartunis Ubi kalau anda masih ingat. Ha! Dia sekarang aktif di alam maya. Link dia pun ada di sebelah ni. Best juga! Dia ada komik baru, 'Aku, dia dan Test!' Boleh muatturun secara percuma di laman web beliau... *ehem..ehem.. promosi nih, tak ada imbuhan ke? hehehe.. * saya dah... best...
Hoh! Baru saya teringat apa yang ingin saya bebelkan. Beberapa hari yang lepas saya mendapat satu berita gembira daripada salah seorang rakan baik saya. Ya, dia sudah punya buah hati yang konon-kononnya dia nak kenenkan dengan saya... hahaha... sekali dia yang sangkut... Hahaha.. kan saya dah cakap, awak dulu baru saya... Sewaktu dia menyampaikan berita tersebut, saya yang terlebih gembira dan teruja. Setelah saya beri ruang kepada dia dan teman barunya bermesra dari kejauhan..*tak apa, tak lama dah. Nanti dekatlah tu... kamu tu, jaga kawan saya baik-baik ok!*... baru saya perasan yang saya punya satu tabiat yang saya tak tahu sejak bila.. tapi yang pasti sudah lama. Saya pun tak tahu nak kategorikan tabiat ini sebagai tabiat buruk atau baik. Atau tidak berguna langsung. Atau...entah... ada orang kata..macam sadis...
SAYA PULA YANG BERSUNGGUH KALAU ORANG LAIN MENGECAP ALAM BAHAGIA.
Saya overexcited apabila orang minta pendapat saya tentang sesuatu hubungan sedangkan saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana hubungan secara serius. Saya overexcited apabila ada sahabat bercerita tentang kehidupan 'rumahtangga' mereka. Saya overexcited nak korek rahsia percintaan orang lain. Saya overexcited apabila mendapat tahu ada kawan-kawan saya yang punya teman baru dalam hidup mereka.
Sahabat-sahabat saya tahu macam mana gelagat saya apabila saya overexcited. Ya! Terlebih teruja seperti saya yang berada di tempat mereka... Saya terlebih gembira seolah-olah kegembiraan mereka memberi impak yang besar dalam hidup saya dan kesedihan mereka memberi natijah buruk dalam hidup saya.
Saya banyak kali menyibuk dalam hubungan orang lain. Pembabitan awal saya dalam bidang sibuk menyibuk terutama secara fizikal (maknanya saya jadi pengacau orang dating) bermula ketika saya berusia 16++ tahun. Kronologinya::
2001:: Kononnya temankan Juwita ketika dia masih bersama Faisal.
2002:: Kononnya temankan Izyan ketika dia masih bersama Zaidi.
2003:: Entah kenapa, menyibuk dalam hubungan percintaan Nadira dengan bekas kekasihnya dulu. Kalau boleh, serba-serbi saya nak tahu.. macam mana jumpa, macam mana hari berkasih hari ni..etc...Sekali sekala menyibuk dalam aktiviti keluar makan-makan dengan Noorma dan Ijoe.
2004:: Mula menyibuk mahu tahu hubungan cinta orang lain...diri sendiri?miserable...pathetic..
Penyibuk rasmi kepada Izyan dan Humaizi. Berusaha mengorek rahsia kekasih baru Faisal then, now his wife.
2005:: Mula rapat dengan Yda dan menyibuk tentang hubungan persahabatan dia dengan pakciknya yang sekarang bertukar menjadi hubungan percintaan yang paling saya kagum.
2006:: Masih menyibuk tentang cerita orang... termasuk Azuni, Abby....
2007:: Menjadi penyibuk bertauliah kepada Hid dan Hafiz. Selalu kononnya menjadi peneman Hid... sekali dua menjadi penyibuk aktiviti dating Dilla.
2008:: Baru saja berjaya membongkar rahsia percintaan encik boss Jojo dengan Miss Nia dengan konon-kononnya saya teruja apabila naluri saya memberitahu mereka berpasangan. Oh... masih teruja dengan berita yang disampaikan oleh cik *** mengenai hubungan cinta barunya dengan encik ***** (nama terpaksa dirahsiakan buat sementara atas permintaan kedua empunya badan). Juga berusaha mencipta gosip liar di Kapasitor Chatroom tentang kesukaan cik ..... terhadap encik.... (terpaksa rahsia juga demi kesejahteraan rakyat jelata Kapasitor)
Jadi, anda sebagai pembaca... Suka hatilah apa pandangan anda, yang saya tahu saya sudah penat hidup dalam kehidupan begitu. Mujur kedatangan saya ke Keningau menarik saya jauh daripada orang lain. Mujur juga di sini, terutama rakan serumah saya tidak terikat dengan mana-mana lelaki atau perhubungan.. Kalau tidak, entah...
Baiklah. Itu saja bebelan tidak bermanfaat saya. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan::
SALAM AIDILFITRI
buat
SEMUA RAKAN-RAKAN DI SELURUH NEGARA
YANG MENGENALI SAYA
TERUTAMA SEKALI KEPADA PARA PEMBACA BLOG SAYA YANG TIDAK SEBERAPA INI.
SEKIRANYA ADA KATA-KATA SAYA YANG TIDAK SENANG DIPANDANGAN KALIAN, MAAF DIPINTA.
saya cuma manusia biasa yang kadangkala sukar untuk mengawal apa yang patut saya kawal.
KEPADA KAPASITORIAN yang sudi melawat blog hamba ini...
saya memohon SERIBU KEMAAFAN JIKA ADA TERKASAR BAHASA ATAU TERSALAH BICARA SEPANJANG SAYA BERADA DI KAPASITOR TERUTAMA DALAM BAB KOMEN MENGOMEN DAN KETIKA KITA SERONOK BERCHATTING.
sepanjang tempoh seminggu saya bercuti ini, saya tidak pasti adakah saya akan online.
mungkin SEKEJAP ketika lepak di lapangan terbang nanti. Tapi, kalau-kalau tidak..biarlah saya ucapkan salam ini awal. SAYANGNYA nak tinggalkan KAPASITOR walau seminggu... :(
Okey, rasanya sudah tiba masa untuk saya tutup lappy ni. Bagi ia berehat * tak kot...esok mesti saya buka juga sekejap..hahaha..can't live without my dearest lappy*
Salam
Peace


4 comments:
hey..hey..
kalo xde kawan mcm kamo ni, x best la!
bgs ape..u're truly happy for ur fren kan?
dun worry..that time will come soon!
the more u didnt expect it to happen, the more likely it'll happen..;)
am waiting for u to come home babe..;p
hehehhe. selamat pulang ida. btw, citer budak hostel tu pasal sekolah saya sebab ubi tu dulu senior sekolah saya. cikgu sabri, court basketball, tangki air tu semuanya wujud lagi sampai sekarang. senang citer, significant la bila saya baca budak hostel tu sebab saya tengok semua tempat2 tu kat sekolah dulu.
hehehehe. mungkin bila tengok orang lain bahagia, kita pun bahagia. kan kan?
Salam hari raya, ampun maaf dipinta juga andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun ini.
Selamat hari raya babe!
PAkcik?? Heheee...sounds like my bf tu sebaya dgn En ghani plak...tsk3...
Post a Comment