Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

05 October 2008

Raya saya

Assalamualaikum.. 

Hari ni saya bersiaran dari rumah sewa di Keningau. Al maklumlah, di kampung saya mana ada internet.. eh, ada... tapi di kafe siber lah. Mana buka masa raya, kan? Jadi, hari ini saya mahu bercerita tentang raya saya di kampung. Suasananya, perasaannya...semualah...Sedia? Kalau belum, buka laman blog orang lainlah... peace!

Sesampainya saya di halaman rumah setelah membeli juadah berbuka, saya terus bersalam dengan To'Che yang kebetulan sedang ambil angin di beranda rumah dia. Tanya khabar sihat dia..blablabla... dia pun keluar soalan pasal aku tahu atau tidak tentang pemergian Mo'Suza. Ehm.. sebak sekejap. Kemudian, saya hantar barang-barang ke rumah dan simpan di tempat yang (tidak) sepatutnya sebelum naik ke rumah mok semula untuk berjumpa dengan Mok. Kebetulan, Kak Suria dan Kak Liza ada di sana sedang mengemas kain baju arwah Mo'Suza. Sambil tu, katanya untuk menemani Mok dan To'Che berbuka puasa... Po'Su yang pelawa. 

Dipendekkan cerita, secara tidak langsung, kami sekeluarga juga kena berbuka puasa di situ. Tapi, saya sekadar mengambil syarat, begitu juga ummi sebab kami dah beli banyak juadah berbuka. Cik, Po'Long, suami Kak Liza, suami dan anak-anak Kak Suria pun turut sama. Rupa-rupanya, selain daripada berbuka puasa beramai-ramai, Po'Su nak bahagi-bahagikan kain baju arwah Mo'Suza kepada mereka yang rapat dan pernah temankan Mo'Suza sepanjang berada di hospital. Ehm, saya pernahlah temankan setengah hari... Tak sangkut sangatlah perasaan ini selepas dia pergi. 

Ketika kami sedang memilih dan mengemas kain baju arwah, Kak Liza terjumpa gambar-gambar lama Kak Suria bersama arwah. Mula-mula tengok, Kak Suria cuba buat lawak tentang perubahan fizikal dia dulu dan sekarang. Beberapa minit kemudian, dia mula menitiskan air mata. Lebih-lebih lagi apabila ada gambar dia sedang pakai baju Mo'Suza, Mo'Suza pakai baju dia dan dia baru bercerita tentang baju itu yang sedang dipegangnya. Apabila Kak Liza bagi gambar tersebut, dia menolak... Sudah! Cukup tentang cerita sedih. 

Jadi, seperti biasa pada malam raya, hari terakhir Ramadhan, kami sekeluarga akan berkumpul di rumah Mok berbuka puasa beramai-ramai... Tak semua, tapi yang wajib ada tentulah keluarga aku. Rumah paling 'jauh'. Tak pergi kan, tak manis pula rasanya. Dalam berkumpul tu, tak sah kalau tak bercerita ceriti.. Rupa-rupanya, sepanjang saya tiada di kampung, banyak kejadian yang tak mahu terjadi telah terjadi. Nak buat macam mana.. manusia ni, rambut sama hitam, hati lain-lain... eh, tukar, tukar. Rambut asal sama hitam, tapi seorang cat kuning, seorang cat merah... hehehe..hati? Tentulah sudah terang pakai spotlight lagi mahu suluh pakai lampu kereta.. lain-lain... eh, merepek...

Jadi, raya pertama.

Selepas semua balik dari masjid/surau, seperti biasa juga kami akan berkumpul di rumah Mok sekali lagi. Semua bersalam-salaman..well, cliche di pagi raya... yang memang patut diamalkan.. Pertama kali, saya bagi duit raya kepada To'Che dan Mok... tersengih To'Che. Mungkin dia tidak percaya. Ketika menunggu yang lain-lain tiba, sempat saya membedal stew ayam hidangan pagi raya oleh Mo'Mudo. Itu saja yang termampu dibuat oleh Mo'Muda memandangkan dia tengah mabuk. Selalunya ada rendang, lontong atau soto Mo'Suza... tapi.. ah! Sedih lagi!

Oh ya! Saya dapat makan lontong sebab ummi yang buat berdasarkan resepi yang dicari di saat-saat akhir. Nasib baik tangan ummi ni memang ada kuasalah walaupun sekali cuba. Pakar dapurlah katakan... Sedap!! Kembang ummi kalau dia tahu saya puji dia ni... 

Seterusnya, pada mula kami merancang untuk ke tanah perkuburan. Tapi sebelum itu, kami harus ke rumah Cik dahulu kerana dia tunggu di situ. Lagipula, nak ke kubur kena lalu rumah dia juga. Apabila ke sana, kami dihidangkan dengan makaroni bakar.. Yehuu.. Ini semua gara-gara permintaan siapa entah..saya lupa, samada Kak Liza atau Kak Suria yang nak makan spagetti. Lalu dengan suka citanya saya menyampuk nak makaroni. Kemudian, Kak Suria atau Kak Liza pun kata nak makan makaroni. 

Kepada pembaca yang budiman, makaroni atau spagetti adalah makanan wajib ada pada hari keraian begini untuk keluarga kami yang akan disediakan selalunya oleh Cik. Bukan kerana kami melupakan makanan tradisi, tetapi sudah menjadi benchmark, siapa yang masak apa. Mungkin juga kerana, rendang, satey, ketupat semua tu akan dinikmati di rumah orang lain yang akan kami kunjungi nanti. Jadi buat apa muakkan diri makan benda sama sepanjang hari. Ya dak? Eh, tapi tahun ni kami memang banyak makan western.. hahaha..lantaklah..

Baiklah. Agenda seterusnya. Selesai makan-makan, bercerita-ceriti, bergambar-gambir *eh?*.. kami terus ke rumah saudara mara lain yang biasa kami kunjungi. Kubur tak jadi pergi sebab dah tengahari. Panas... rancangnya awal pagi raya kedua. Usai beraya di sebelah keluarga papa, kamu bergerak pulang ke kampung ummi di Pasir Mas. Di sana, tak ada aktiviti lain melainkan melawat kedua datuk nenek saya. Mek dan To'Ayah. Lepas Asar terus balik sebab pada waktu malam ada rumah terbuka untuk saudara mara di rumah Mok. 

Tapi, malam tu saya tak turut serta sebab letih. Saya duduk di rumah saja. Akhirnya, McNgoh join saya sebab rumah Mok sesak dengan saudara mara yang datang macam askar nak pergi perang... Penuh rumah bah! hahaaha... Selamat! Saya duduk rumah, susun atur gambar di lappy, sambil tengok Nana Tanjung 2.

Masuk raya kedua, sekali lagi agenda nak ke kubur tak jadi sebab hujan sampai tengahari. Saya tak kisah, sebab kubur dekat dengan rumah. Bila-bila saya balik nanti, boleh melawat. Yang jauh-jauh la macam Po'Me, Po'Di, Po'Mudo... eh? Saya pun.. waaa..takpelah..insya Allah..

Masa raya kedua, diikutkan ada dua-tiga orang kawan kata nak datang rumah, jadi saya cuma berada di rumah menanti tetamu. Malangnya, tak seorang pun dapat datang. 

Raya ketiga, ada majlis sambut menantu untuk Kak Liza. Sebelum tu, Cik Eme dan Izyan kata nak datang. Janji dengan Izyan lepas dia datang rumah saya, kami akan ke rumah Noorma. Izyan janji nak datang sebelum solat Jumaat, Che Eme nak datang petang. Petang tak dapat sebab kenduri Kak Liza. Alih-alih Che Eme tak jadi datang... Tak apalah Eme, lain kali ya! Pulang dari kenduri, saya terus hantar sms kepada Izyan kot-kot dia nak datang. 

Izyan balas, dia kata dia dalam perjalanan. Oh, kalau keluar dengan Izyan adalah juga bermakna saya terpaksa menyibuk dalam hal rumah tangga dia... huhuhu... tak suka tapi terpaksa..ampun Yan... Sebaik saja Yan sampai, kami terus bergerak ke rumah Noor.

Berborak punya borak... mereka buat pakatan nak pow saya.. Waaa!! Tapi kawan punya pasal, tak apalah. Jadi, sementara Izyan balik sekejap, saya tumpang solat Maghrib di rumah Noor. Lepas Maghrib kami berjalan kaki saja ke Pizza Hut Taman Bendahara yang betul-betul berhadapan dengan rumah Noor. Pokai juga lah (Bunyi macam tak ikhlas je..ihiks).

Balik dari makan-makan dengan sahabat-sahabat, saya terus pulang ke rumah. Tidak dilupakan bungkuslah satu pizza untuk keluarga. Tapi, baru pukul 9 semua dah tidur. Letih sangatla tu. 

Ehm... dan saya pun mengemas untuk pulang ke Sabah pada keesokan harinya. Ah! Cukuplah sampai di sini. Untuk gambar-gambar raya, nanti saya upload... Malas, mood tengah mengong!

Salam.
Peace!


1 comment:

Anonymous said...

Hahahaaa...my baked macaroni cheese ada dlm my fp...enjoy!!