Minggu depan pelajar Tingkatan 3 seluruh negara akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Untuk tempoh itu juga, semua pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan dibenarkan bercuti kerana tidak mempunyai cukup kelas buat mereka. Kelas yang ada digunakan untuk pusat peperiksaan dan pelajar Tingkatan 5. Oleh kerana saya tidak mengajar Tingkatan 5, maka dengan itu secara rasminya saya tidak perlu masuk kelas. Namun begitu, selaku setiausaha saya harus menyibukkan diri untuk Program RIMUP Rumah Terbuka SMK Apin-Apin yang akan diadakan pada 18hb Oktober 2008. Kepada siapa yang sudi menjadi penaja, dialu-alukan. Samada dalam bentuk wang tunai atau pun hamper untuk diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian.
Kemudian, pada 20-25 hb Oktober, saya ditugaskan menjadi guru pengiring kepada 5 orang pelajar lepasan PMR ke Kem Jati Diri di Kiulu, Tuaran. Katanya, tempat itu adalah pusat kokurikulum berhampiran dengan sungai. Di situ ada aktiviti rafting...waahhh!! Suka! Suka! Saya tidak kisah, janji menarik.
Kemudian, dengar kata taman mahu buat konvoi hari keluarga sempena cuti hujung minggu dan hari Deepavali tetapi saya fikirkan tidak mahu turut serta. Panat bah!
Minggu seterusnya, pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Dalam masa yang sama, borang untuk pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya 2009 akan dikeluarkan dan temuduga akan dijalankan pada minggu terakhir persekolahan.
Cuti!...lagi! Yeah!
Itu sahaja laporan saya untuk hari ini. Sekian terima kasih.


1 comment:
Deyyy .. .jgn seronok sgt tu main water rafting tu ... hehehe, jaga2 diri ...
Post a Comment