Seperti yang telah dijanjikan. Saya telah mengupload gambar-gambir yang berkaitan dengan raya... Untuk spapet kembarku yang jauh diperantauan yang tidak dapat pulang beraya... ku persembahkan buatmu..eceh!
Pemberitahuan:: Foto-foto raya ini telah diambil menggunakan kamera telefon adik lelaki saya. Kualiti kamera telefon buruk saya tidak berapa bagus. Manakala untuk foto-foto yang lain diambil dari kamera Kak Zah dan Kak Ha.
******************************************
******************************************
This is supposed to be our family car for hari raya..however, masih tersadai di bengkel buat tahun ke2..eh, ke3.. entah, berapa lama dah kereta tu tersadai... Kata dah siap..huhuhu
Tiada kaitan dengan raya tapi saja nak letak... Shabby yang ambil gambar ni. Kura-kura peliharaan adik saya yang kesunyian apabila kak long dan abang dia tak ada.. kak ngah dia pula sibuk kerja..kesian...
***********************************************
26hb-27hb September 2008
Selamat tinggal Taman Rizalman. Berkumpul sebelum bertolak ke KK untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu menaiki bas mini yang disewa khas untuk menghantar kami ke lapangan terbang.
Pemandangan yang mengiringi perjalanan kami. Melalui jalan Kimanis.
Antara aktiviti-aktiviti yang sempat dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal 2, Kota Kinabalu (KKIA2).::-
Apabila rasa mengantuk telah hilang, maka aktiviti tidak bermoral ini menjadi agenda utama kami... Habis satu terminal kami jelajah sambil bergambar.
***********************************
Aidilfitri 1hb Oktober 2008 bersamaan 1 Syawal 1429H.
***********************************
Aidilfitri 1hb Oktober 2008 bersamaan 1 Syawal 1429H.
Suasana berhari raya di rumah Mok.
Adik sepupu:: Aliff (Mohd Aliff Haiqal) sedang melancarkan strategi mengepow duit raya dari Mok (Puan Hjh. Meriam)
My ummi (Puan Mariam).. sedondonla ummi dengan langsir..hahaha...eh..
Adik-adik sepupu sedang menonton video di laptop siapa-ntah. Dari kiri:: Shabby (Sabrina Aliya), Hanan (Mohd A*** +eh, lupa nama dia yang satu lagi..Hajar, apa ek? Aku tak ingat+ Hanan), Aqil (Mohd Aqil Hadif), Adam (Adam Aliff) dan Aliff (Mohd Aliff Haiqal).
Aliff, Aqil dan Hanan adalah adik beradik satu mak satu bapak (anak arwah Mo'Suza)... tapi anda perasan tak, Hanan jauh lebih cerah berbanding abang-abangnya. Hahaha
Adam dan Shabby juga adik beradik.
*********
Di rumah Cik.
Baru saya perasan, tahun ni ramai yang pakai tema ungu. Fathul (Reason) pun pernah menyatakan dia perasan yang ramai yang pakai tema ungu. Ehm...?
Oleh kerana gambar-gambar ini diambil dari kamera telefon adik lelaki saya, jadi kebanyakan gambar mengandungi wajah-wajah jejaka.. erk.. ini semua adik-adik sepupu saya. Satu kepala, satu geng dengan adik saya lah.
Maaf ya wahai adik-adik sepupu ku sekalian.. saya promosi wajah-wajah anda di sini.. hehehe.. Kepada para gadis yang melihat.. mereka sudah berpunya.. :(
Eh, ini bukan adik sepupu. Ini papa saya (Encik Mohamad Yusoff) dengan Mok.
Hajidi (22)
Sebelah Mok itu adalah Maliki (20). Duduk di bawah Shafik (15)
Maliki, Mok, Irfan (adik saya::20) dan Shafik.
Muaz (19) . Adik kepada spapet kembar saya;Hajar.
Baihaqi (18..eh, ke sebaya dengan Muaz?)
Aktiviti memujuk duit raya dari Mok.
Shabby... sibuk dia nak bergambar. Cerita Irfan::
Shabby:: Abe Ipe amekla gambar Shabby. Pahtu, Shabby amek gambar abe Ipe pulok deh?
Cahaya itu adalah cahaya makhluk yang keluar selepas tamatnya bulan Ramadhan.. eh, takdelah..Hehehe *sendiri seram ni*...Malam raya pertama.
Sebenarnya nak ambil gambar bunga api tapi tak jelas. Ketika kejadian, jalan di hadapan rumah kami sesak dengan orang yang beraya. Tapi tak nampak juga gambar kereta-kereta yang sedang beratur untuk tunggu turn di U-turn sebab terlindung oleh pokok dan semak samun yang tebal... *ada U-turn kat situ, pasal tu sesak*
Itu saja laporan raya saya. Sekian terima kasih. Wassalam.








2 comments:
dh brpunye xbest ah dok promote shaz.. ;p
Mane baju raye u??
Post a Comment