Assalamualaikum w.b.t...
Semalam, saya selamat tiba di rumah pada lebih kurang jam 5.00 petang. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam itu memang memenatkan tapi tidak mematahkan semangat saya untuk terus berada di alam maya.. Hehehe... Balik-balik terus buka laptop tuuu! Hampeh punya manusia..
Baiklah, kepada yang tidak mengetahui atau yang masih samar-samar, selama seminggu saya begitu sibuk dengan urusan yang perlu diselesaikan. Bermula dengan majlis sambutan rumah terbuka RIMUP raya di sekolah pada 18 Oktober 2008 (Sabtu), saya mula tidak cukup tangan konon-kononnya menguruskan majlis. Kenapa saya kata konon-kononnya? Sebab, saya tidak tahu apa yang saya sibukkan, tapi ternyata saya rasa amat sibuk pada hari tersebut. Mungkin juga kerana saya banyak menyibuk...atau disibukkan.. entah... ehm..
Aktiviti tersebut berakhir pada jam 1 pagi sebelum kami sambung semula pada pagi esoknya. Rumah terbuka bermula pada jam 1 petang dan berakhir pada jam 6 petang. Penat.. memang penat. Geng Taman Rizalman, saya minta maaf sebab tak dapat nak menolong membersihkan semuanya pada malam hari sebab saya terlalu penat dan esoknya saya perlu ke Kiulu pula.
Keesokan harinya, jam 8.30 pagi, saya dan 5 orang pelajar bertolak ke Pusat Kokurikulum Kem Malangang, Kiulu, Tuaran dengan bas yang ditempah khas. Nasib baik dapat juga bas pada saat-saat akhir, kalau tidak, saya tidak tahu macam mana nak buat.
20 Oktober 2008(Isnin)
Bertolak jam 8.30 pagi. Seperti biasa, perjalanan yang panjang, kalau tak tidur, saya lebih suka termenung menikmati pemandangan semulajadi ciptaan Illahi. Sambil-sambil itu, inilah masa untuk saya muhasabah diri. Menoleh ke belakang sekejap untuk mencari hidup yang baru. Cukup pasal saya.
Pendaftaran program sepatutnya bermula jam 2 petang, tapi kami sampai seawal 11.30 pagi. Namun yang demikia, melihatkan kedatangan kami, jurulatih di situ menyambut kami dengan baik sekali. Mereka tidak melengah-lengahkan pendaftaran pelajar-pelajar saya, malah terus memimpin mereka apa yang patut. Saya pula, sebaik saja yakin melepaskan mereka kepada jurulatih, saya terus ke bilik penginapan untuk melepaskan lelah...err.. bukan bilik yang bagus, tapi bagi saya cukup selesa. Cukuplah kalau ada tilam.

Inilah pemandangan indah di belakang bilik penginapan saya dan guru-guru pengiring yang lain. Ada bukit, ada sungai..ada hutan di sebelah kiri..wuuu...
Pada jam 12.30 tengahari, saya tersedar dari lena dengan peluh-peluh yang berjuraian. Panas la.. saya mahu ke bilik air, tapi tak tahu di mana. Sebaik sahaja saya mahu turun ke bawah (bilik terletak di tingkat atas di belakang dewan makan), seorang jurulatih perempuan sedang mendaki tangga, terus saya bertanya. Katanya tandas di bawah hujung sana... erk.. saya tengok ramai pekerja binaan di sana sedang membaik pulih tandas-tandas yang ada.. Macam mana ni? Saya ambil keputusan untuk ambil air sembahyang dulu. Tapi, alamak! Kiblat pula tak tahu ke arah mana... kena turun lagi lah ni memandangkan jurulatih tadi sudah tiada di biliknya?
Sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke tanah, saya nampak ada dua orang sedang mengusung beg masing-masing. Saya kira, mereka merupakan guru pengiring. Jadi, dengan skil komunikasi yang saya ada, saya terus menegur mereka. Menunjukkan bilik kepada mereka, saya kemudian turun semula. Mereka juga turut turun bersama sebab salah seorang daripada mereka mahu keluar membeli apa-apa yang patut. Katanya, dia terlupa nak bawa seluar trek dan kasut sukan. Fuh! Nasib baik saya tak lupa semua tu.
Saya tengok sudah ada beberapa khemah didirikan oleh para peserta sebagai penginapan mereka. Oleh kerana saya tidak begitu mengenali pelajar saya sendiri; ya la, saya guru pagi, mereka pelajar petang; saya ambil masa untuk mengenali mereka semua. Setelah sesi berkenalan, saya meninggalkan mereka.
Apabila semua peserta tiba, mereka dibenarkan untuk bersiap dan makan malam. Kemudian, kami para guru dan kaunselor... oh ya, saya terlupa. Program ini melibatkan para kaunselor yang tetap sebagai fasilitator, oleh kerana ramai fasilitator tidak dapat menghadiri program untuk minggu ini, saya selaku guru kaunselor sekolah telah diberi penghargaan untuk menjadi fasilitator secara bidan terjun. Ehm.. tak kisah pun.
Jadi, sewaktu aktiviti 'Pecah Bendungan', saya dan seorang kaunselor dari St. Patrick, Tawau; Cikgu Maslina menjadi fasilitator. Saya menjadi fasi untuk kumpulan dua bersama seorang fasi tetap iaitu Cikgu Azmi dari KK High School. Rupa-rupanya dia kawan Cik Era. Habis sesi pecah bendungan, minum malam dan tidur!

Peserta seramai 40 orang khusyuk mendengar taklimat sebelum sesi pecah bendungan.
21 Oktober 2008
Setiap pagi sebelum sarapan, peserta dikehendaki bersenam dan berkawad. Kemudian sarapan. Kami para guru dan kaunselor... selagi tak mula aktiviti yang berkaitan, macam tak mahu bangun. Sejukkkk! Grrr...agegeegg..
Aktiviti pertama... Aktiviti Aras Tinggi. Peserta dikehendaki meniti tali yang tergantung dari aras setinggi..hmm.. lupa pula nak tanya berapa kaki. Pada mulanya, aktiviti musang terbang (flying fox)juga sepatutnya ada. Tetapi, akibat banjir besar beberapa bulan yang lepas telah memusnah beberapa peralatan termasuk tempat musang terbang itu. Nak cerita pasal banjir tersebut, seperti yang telah diceritakan, anda nampak gambar di atas? Gambar tersebut diambil dari atas pentas. Jadi, banjir tersebut telah menenggelamkan pentas tersebut. Tak boleh gambar macam mana banjir tersebut.
Macam-macam gelagat boleh dilihat daripada aktiviti ini. Ada yang menangis, menjerit panggil datuk nenek pun ada! Sakan kami gelak. Lagi mereka menangis, menjerit takut tinggi, lagilah jurulatih mengusik menggoyang-goyangkan tali tempat mereka berpaut dan meniti.

Attieryah Fasyah:: kehadiran di kem ni sangat bertentangan. Dia sendiri yang sukarela nak datang padahal budak baik ni. Akibatnya menangis tak berlagu sewaktu melakukan aktiviti aras tinggi. Tapi, cekal juga dia habiskan titian.

Sedang buat persiapan sebelum mereka mula memanjat.

Dari kiri yang sedang memandang kamera: baju merah; Shanen Clarice dan baju putih; Juszianah. SMK Apin-Apin wakil dari Bahagian Keningau.

Evelyn dan Erra Ferra (baju hitam)
Sedang mendengar taklimat keselamatan dan tatacara penggunaan.




Bersiap-sedia untuk memanjat dan meniti.

Khemah di mana para peserta menginap. Setiap peserta satu khemah. Best woo! Jurulatih pusat Ko cakap, kalau cikgu pun nak tidur dalam khemah boleh, tapi... tak apalah.. Dapat tidur dengan selesa, buat apa cari susah, kan? Hehehe..






Cikgu pun nak juga! Tak best lah kalau setakat pelajar saja. Datang jauh-jauh, takkan nak membosankan diri sendiri. Bila lagi, kan?




Selesai aktiviti aras tinggi, mereka menikmati makan tengahari dan solat Zohor. Latihan dalam kumpulan (LDK) diteruskan dengan tajuk 'Gambar diri' dan 'Dimana nilaimu?' LDK biasalah, bosan! Sudahlah Cikgu Azmi buli saya. Ada ke suruh saya yang bercakap? Padahal, jadi fasi pun sebab bidan terjun. Ingatkan sekadar nak tengok-tengok budak ni. Huh! Jadinya, memang hampehlah kalau Cikgu Shahida yang bercakap. Memang hampehlah kalau Cikgu Shahida yang buat rumusan dan huraian. Baca semata-mata. Nasib baik ada modul.
Lepas saja LDK dan minum petang serta solat Asar, peserta bersiap untuk aktiviti rentas berhalangan. Sebelum itu, hujan turun dengan lebatnya. Sekali lagi, dengan 'jasa baik' Cikgu Azmi, kami para guru pengiring yang tidak tahu apa-apa tiba-tiba ditugaskan menjadi pengikut budak-budak ni. Tapi, saya tak kisah. Saya cuma kisah sebab diberitahu di saat-saat akhir. Cakaplah awal-awal yang kami ada tugas. Ini tak, tak tahu apa-apa terus kena buat kerja.
Semua pasal Cikgu Azmi.. dari awal sampai akhir suka buli kami. Pula tu, sukasuki panggil saya Cikgu Apin-Apin... tak tahu namalah tu. Huh!
Untuk aktiviti rentas berhalangan ni, para peserta dikehendaki masuk ke dalam 'kolam diraja' iaitu kolam yang berlumpur. Mereka siap kena duduk bersila dalam air lumpur tu. Sudahlah waktu tu hujan masih lebat. Suka tengok pelajar saya iaitu Erra Ferra sebab dia macam relaks saja bila disuruh duduk bersila. Siap bagi arah-arah lagi ahli kumpulan dia bila yang lain-lain macam tak selesa. Lepas 'kolam diraja', mereka kena merangkak dalam lumpur juga... macam askar tu. Kemudian, 'monkey swing', jatuhkan badan ke bawah, kawan kena sokong.. panjat buluh, dan akhir sekali titian golek di atas kolam air kumbahan. Euww! Kalau jatuh tu.. hehehe...
Selesai semua tugasan, mereka dibenarkan mandi sungai. Kalau mandi di bilik air, tak pastilah hilang ke semua lumpur-lumpur tu. Saya tengok ada yang sampai berlumpur telinga mereka. Kasihan...hahaha.. Seronok tengok mereka mandi sungai, saya pun teringin. Jadi, saya ajak Cikgu Maslina dan Cikgu Syalbiah (Beufort) ke sana. Tak mandi pun tak apa, asal boleh jejak kaki ke sungai. Syiokk wo! Tergelak jurulatih yang menjaga mereka, tengok kami berendam kaki. Cikgu pun nak lepas gian mandi sungai da!




Di sini arus air agak laju lebih-lebih lagi lepas hujan lebat.

Sudah mandi, masa untuk bersiap untuk makan malam dan solat sebelum LDK.

Saya di dewan makan.
LDK malam kedua bertajuk 'Mencari kasih sayang'. Aktiviti LDK ini agak menarik di mana saya mengambil alih seratus peratus kerana Cikgu Azmi mendengar taklimat dari Kem Komander. Oh ya, Cikgu Azmi sebenarnya kaunselor tapi dia memohon menjadi jurulatih di Pusat Kokurikulum Kem Malangang, jadi tugas dia betul-betul dua dalam satu. Kaunselor@Fasilitator dan jurulatih.
Para peserta dikehendaki keluar dari dewan mencari benda-benda yang punya kaitan dan makna dalam hidup mereka. Setelah itu, mereka kena bercerita tentang makna dan barang-barang tersebut. Seronok mendengar mereka bercerita. Ketika inilah, saya boleh nampak. Walaupun mereka ada masalah disiplin di sekolah, tapi kalau diberi ruang dan peluang, mereka sebenarnya berpotensi. Saluran harus betul dan para guru harus memberi sokongan serta kerjasama kepada mereka. Jangan sesekali melemahkan semangat mereka.
Sewaktu sesi ini juga, saya dapat lihat perbezaan antara kaunselor dengan guru biasa. Memang pendekatan mereka sangat berbeza. Seusai mereka harus meletakkan kembali benda yang mereka ambil ke tempat asal. Kemudian, para peserta dibawa ke depan dewan di padang dan mata mereka ditutup dengan kain hitam. Mereka dikehendaki mencari semula benda tadi dalam keadaan mata tertutup dan malam gelap. Pelbagai aksi lucu dapat dilihat. Terlanggar tianglah, kena pedajal oleh cikgu-cikgu dan jurulatih pun ada. Apa tidak, tiada longkang, dikatakan ada. Apalagi, melangkah bagai nak raklah diaorang semua ni. Belum masuk lagi yang salah masuk kumpulan. Hahaha.. terbahak-bahak saya dengan gelagat mereka.
Selepas itu, minum malam dan tidur!
Hoh! Sekali lagi, Cikgu Azmi menjalankan peranan sebagai pembuli. Dia tiba-tiba mengejutkan saya apabila dia suruh kami buat latihan persembahan. Latihan? Persembahan? Apakah? Rupa-rupanya, untuk aktiviti persembahan malam esok, para jurulatih dan kaunselor turut terlibat. Yang saya tak suka, kenapa tiab-tiba?? Kenapa tak cakap awal-awal?? Saya mahu tidur!! Dah tukar baju, kena tukar semula. Hampeh you!
22 Oktober 2008
Wah! Kami bertiga bangun lambat. Lambat sampai sembahyang Subuh pukul 6 pagi. Sempat pula tu sambung tidur, termasuk Cikgu Mardianah, kauselor tetap program. Cikgu Nik (Kota Marudu) kejutkan kami untuk pergi mandi, tapi tak seorang pun nak bangun. Sejuk dan syiok tarik selimut bah! Akibatnya, pukul 8.30 pagi baru boleh betul-betul bangun untuk mandi dan bila nak sarapan, sarapan pun dah dihabiskan oleh pekerja binaan. Padan muka kami! Semua gara-gara latihan persembahan malam tadi. Dekat pukul 1 pagi baru tidur. Hahaha...
Pada masa yang sama, para peserta sedang mengikuti aktiviti pandu arah dan ikhtiar hidup. Oleh kerana mereka tidak memerlukan penglibatan kaunselor dan guru, maka jurulatih yang buat semua. Kami cuma melepak dalam bilik saja. Sambung tidur lagi tu. Hahaha dan hahaha lagi..
Aktiviti ikhtiar hidup, mereka dikehendaki memasak ubi kayu di hutan yang terletak di belakang bilik kami. Jadi, kami cuma mengintai dari tingkap saja. Nampaklah asap berkepul-kepul menandakan usaha mereka berhasil juga akhirnya. Apabila selesai, mereka terus kepada minum pagi. Lepas minum pagi, mereka buat latihan untuk persembahan mereka malam nanti.
Kemudian, makan tengahari dan solat Zohor. Tepat pukul 1.00 petang, kami bertolak ke Taman Seri Puteri di Menggatal sebagai memenuhi aktiviti Ziarah Penyayang. Taman Seri Puteri adalah satu institusi pemulihan untuk kes juvana perempuan. Di sini, kami diberi sedikit taklimat dan lawatan ke kelas-kelas yang ada. Gambar dan temuramah bersama penghuni tidak dibenarkan.
Pulang dari Taman Seri Puteri, para peserta dibawa ke Giant untuk membeli apa-apa yang patut. Ehm..cikgu pula yang lebih-lebih shopping makanan.

Saya di hadapan bangunan Taman Seri Puteri.

Seperti biasa, gambar pahsan sangat tidak boleh dilepaskan. Saya di dalam coaster *tiba-tiba teringat coaster UiTM*
Malam hari, adalah persembahan dari peserta mengikut kumpulan. Semua kumpulan kecuali kumpulan 2 buat tarian tradisional suku kaum KadazanDusun diiringi dengan lagu 'Jambatan Tamparuli' ataupun 'Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu'. Kumpulan 2 menjayakan satu lakonan yang bertajuk 'Keinsafan'. Saya kurang pasti jalan ceritanya sebab suara kurang kedengaran.

Apabila para peserta selesai, tiba giliran jurulatih pula membuat persembahan. Para jurulatih membuat persembahan tarian poco-poco. Budak-budak semua mengikut. Seronok sakan mereka. Seronok ya? Hmm.. tunggu...Giliran guru-guru pengiring dan kaunselor. Guru-guru pengiring yang lain tidak mahu ikut. Segan kata mereka. Tapi, sikap pemalu saya sudah pun dibuang jauh-jauh. Jadi saya segera menarik Cikgu Raffida (KK) dan Cikgu Jeesa (Ranau) yang tidak tahu apa-apa ke pentas. Mereka ni antara guru yang sporting. Kami menari mengikut rentak lagu dari kumpulan Matta bertajuk 'Jatuh Cinta lagi'. Koreografer adalah Cikgu Azri, kaunselor tetap. Saya sekadar mengikut, jadi tak jadi belakang kira. Hehehe... Dalam ramai-ramai cikgu lelaki, Cikgu Azri ni dikira yang paling hensem dan macho lah. Jadi setiap kali seni kata '..dia atau dia, kupilih yang mana' sambil menunjuk ke depan, budak-budak perempuan semua menjerit... 'Saya! Aku!' Siap keluar cari bunga kasi kepada Cikgu Azri lagi!Budak-budak pun turut ikut menari.

Budak-budak ikut menari tarian poco-poco.
Kemudian, aktiviti yang sangat saya tidak suka. Para peserta dibenarkan minum malam sementara kami... semua jurulatih dan guru pengiring serta kaunselor harus terlibat.. mendengar taklimat untuk Aktiviti Burung Pungguk.
Kami diberi taklimat tentang kawasan-kawasan yang akan kami duduk sebagai check point. Saya diletakkan di checkpoint 2 bersama Puan Sri, ketua program dan Cikgu Azmi. Saya rasa dia yang letak nama saya dalam kumpulan dia. Mungkin sebab kami dah mula bonding. Opps... jangan salah faham. Kami rapat sebab dia suka panggil saya Apin-Apin dan suka buli kami semua. Lagi pula, saya adalah guru yang paling muda di situ kemudian diikuti oleh dia. Hahaha...
Buat pengetahuan pembaca, tempat budak-budak ni diletakkan adalah berhampiran dengan kawasan perkuburan Cina. Aduih! Tak mahu cerita dah! Saya menaip entri ini pada tengah malam hampir ke pukul 1 pagi sudah! Berhenti sekarang!
Aktiviti Burung Pungguk tamat pada pukul 3.30 pagi. Alhamdulillah, tiada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Hanya beberapa pelajar yang meniup wisel, itupun sebab kaki kejang akibat kesejukan.
*sambung...saya edit di siang hari ni... *
Sewaktu sedang tidur-tidur ayam, dengan mata yang tertutup rapat, saya telah terdengar orang berjalan di sebelah kiri saya, sedangkan di sebelah kiri saya adalah rumpun buluh dan curam. Cikgu Azmi tidur di sebelah kanan saya di atas tanah, Puan Sri di hadapan saya. Kemudian, kami semua terdengar seperti orang terjatuh ke dalam air. Tempat kami duduk adalah laluan air bukit. Dua kali bunyi tersebut kedengaran. Apabila saya yakin Puan Sri dan Cikgu Azmi bangun, saya turut bangun. Cikgu Azmi menyuluh tapi tak nampak apa-apa. Saya dan Puan Sri dengar bunyi dari arah kiri, tapi Cikgu Azmi dengar dari arah kanan. Ada satu yang saya tak boleh lupa, ketika saya dengar orang berjalan, saya juga dengar orang ketawa sinis di telinga saya. Tapi, saya positifkan diri. Itu adalah suara jurulatih yang bertindak sebagai runner, yang gelihati tengok kami semua terbongkang. Suruh jaga budak, tapi diri sendiri yang tidur.
Lagi satu, yang masih saya hairan sampai sekarang. Kenapa Puan Sri dan Cikgu Azmi panas dan berpeluh tapi saya sejuk dan menggeletar?? Cikgu Azmi telah menakutkan saya dengan mengatakan dia nampak....dia tak sempat cakap sebab saya tak bagi dia cakap. Gila apa nak bercerita pukul 4 pagi pasal benda-benda macam tu? Yang pasti dia nampak sesuatu di atas kepala saya sewaktu saya tidur. Wuuuu....
23 Oktober 2008
Hari ini saya sangat suka. Aktiviti lasak! Oyeah! Mandi sungai! Oyeah! Boleh jadi macam budak-budak! Oyeah! dan Oyeah!
Aktiviti sebenar adalah white water rafting. Dalam bahasa Melayu, rakit air putih..eh.. silap, rakit arus deras. Tapi, sebelum itu peserta dikehendaki melakukan aktiviti keyakinan dalam air terutama sekali kepada yang tidak pandai berenang. Yang penting, mereka harus tahu buat bodyrafting, iaitu mengapungkan badan di dalam air. Saya apalagi! Join, jangan tak join! Seronok! Seronok! Seronok!
Dengan badan yang basah kuyup kami minum pagi. Kemudian, terus bergerak ke pekan Kiulu yang terletak lebih kurang 2 km dari Kem Malangang. Pada awalnya, kami diberitahu yang rakit tidak cukup, maka kami guru-guru terpaksa menarik diri. Tempat Cikgu Mardianah digantikan oleh Cikgu Jeesa. Waaa! Tak aci! Tak aci! Tak aci!
Namun, satu keajaiban..eheheh.. ketika mengemaskini senarai peserta dan nombor rakit yang mereka naik.. kejap, bukan rakit sebenarnya. Tapi bot getah yang orang buat masuk jeram tu... yang boleh muat 8 orang tu. Okey, saya sambung.
Setelah dikemaskini, didapati ada beberapa orang pelajar yang namanya dua kali. Maknanya, bot 1 nama dia ada, bot 4 pun nama dia ada. Jadi, automatik bot tu ada kosong. Apa lagi! Tukar kasut! Yea! Yea! Jurulatih dan guru-guru bertolak dengan trak pikap. Macam PATI lah pula, duduk belakang trak. Jurulatih apa-nama-entah, buat lawak... kononnya kami ni pengutip kelapa sawit. Siap cakap, kalau ada roadblock buat-buat ada IC. Memanglah kena buat-buat, sebab kami tidak bawa apa-apa nak masuk sungai. Semua tinggal di Pusat Ko.
Sampai di tepi sungai pekan Kiulu, kami diberi taklimat keselamatan oleh orang yang berkenaan dari
Riverbug yang bertanggungjawab ke atas kelengkapan
white water rafting. Yang pakai cermin mata, kalau tak nak buka, kena ikat. Apabila saya cakap, saya pakai kanta lekap, Cikgu Saharuddin (Ketua Kaunselor Program Jati Diri) buat lawak, suruh saya ikat. Hampeh!
Apabila tiba masa untuk beraksi, jurulatih mana..saya lupa.. tanya samada boleh tambah bot tak. Sekali dapat! Apalagi, kami para guru yang empat orang cepat-cepat cop bot tu. Saya, Cikgu Jeesa, Cikgu Raffida dan Cikgu Azmi. Hehehe... Kata Cikgu Raffida, kalau naik dengan budak-budak tak syok. Tak boleh nak jerit-jerit sangat. Hahaha..Apa-apa saja.
Sambil meredah arus deras, air tenang yang tak macam tenang, kami berbual. Guide kami bercerita tentang Riverbug, aktiviti rakit arus deras dan tentang pelanggan-pelanggan mereka yang terdahulu. Kami juga banyak bertanya tentang pakej-pakej yang disediakan. Kami berminat ok! Ketika kami sampai di suatu kawasan, kami berhenti mengayuh. Biarkan bot bergerak dengan tenang sambil menunggu bot-bot yang lain. Dalam tengah-tengah berbual tu, saya rasa life jacket saya ditarik dari belakang! Nasib baik saya dah kunci kaki saya kejap-kejap di apa nama entah tu... terjerit kecil saya jadinya. Hahaha.. tidak berjaya menjatuhkan saya ke dalam sungai.


Sekadar gambar hiasan dari laman web
RiverbugYang menariknya aktviti rakit arus deras ni, kita bukan setakat berada di dalam bot dan mendayung kemudian, meredah gelombang-gelombang arus deras atau pusaran yang terbentuk di jeram. Ketika di air tenang yang sebenarnya berarus itu, guide akan dengan sengaja menarik/menolak kita ke dalam air yang pastinya tidak cetek. Oleh kerana saya berada betul-betul di hadapan guide , maka saya yang sering menjadi mangsa. Sebelum itu, guide akan bertanya sama ada mahu terjun atau tidak. Saya tidak perasan soalan dia sebab terlalu asyik dengan keindahan. Atau dia akan pura-pura tunjuk ke tempat lain, kononnya ada monyet atau biawak besar, jadi ketika kita asyik mencari, dia akan menarik/menolak kita ke dalam air.
Cikgu Raffida, Cikgu Jeesa dan Cikgu Azmi sudah terjatuh. Cubaan untuk menjatuhkan saya gagal sebanyak tiga kali. Bukan setakat guide yang cuba jatuhkan. Jurulatih dalam bot lain, guide dari bot lain juga turut terlibat. Hahaha.. saya belum bersedialah. Kali keempat, saya gagal mengunci diri. Maka saya terjunam ke dalam air dan sempat menghilangkan dahaga secara gopoh..Wahaha..tertelan air daa! Terbatuk-batuk saya dibuatnya. Untuk naik ke dalam bot semula, ada caranya, tapi oleh kerana kami bukan profesional, guide akan menarik kami naik.
Setiap kali ada wave, guide akan beritahu kami. Pelbagai aksi kami buat. Antaranya... semua duduk di belakang, jadi bot akan terjungkit tinggi di hadapan. Boleh terbalikla. Kemudian, duduk di sebelah kanan sahaja, ala-ala banana bot dan memang bot tu terbalik. Nasib baik tak terperangkap di bawah bot. Kalau tak, mungkin saya akan panik walau sudah diberitahu cara-cara untuk keluar dari bawah bot. Banyak kali guide cuba terbalikkan bot kami, tapi mungkin berat dengan berat badan Cikgu Azmi.. wakakaka..buli balik! Sempat main perang-perang air. Kami cuba jatuhkan bot lain, tarik peserta-peserta, simbah-simbah air dengan pendayung, tukar penumpang...seronoklah.
Ada satu wave ni memang besar. Yang paling besar lah di situ. Terangkat bot dan air masuk menerpa ke muka. Menjerit seronok wa cakap lu! Dah seronok macam tu, feel pun ada.. apa tunggu lagi! Tak payah orang tarik, terus terjun sendiri. Dua kali saya terjun sendiri. Hahaha.. best! Syiok! Tak puas! Tahu-tahu kami dah sampai ke base camp Pusat Ko.
Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang berakit arus deras tersebut. Selain daripada saya tertelan air, yang mana menurut lawak jurulatih, saya akan sentiasa muda apabila tertelan air sungai Kiulu, tangan saya sakit *masih sakit* terhentak pangkal pendayung ketika mahu naik ke dalam bot dan saya sedikit panik ketika bodyrafting kerana guide suruh ke kanan, tapi saya tidak berjaya berenang ke kiri dan belakang badan saya terlanggar batu.. auch! Patutlah tak bagi bodyrafting ke kiri, air cetek di situ, batuan banyak tapi arusnya laju.
Huh..kalau hendak cerita pasal white water rafting memang tak cukup satu entri. Tapi, tahan saja ya? Baca lagi. Tak habis ni.
Efek pertama saya terjatuh ke dalam air adalah tertelan air dan terkial-kial di dalam air. Apabila saya masuk ke dalam bot, saya dapati mata saya kabur sebelah! Waaa... kanta lekap saya tercabut! Dahla saya terlupa nak bawa cermin mata. Itu sajalah penglihatan saya. Akibatnya, saya buta sebelah selama 2 hari! Tapi seronok punya pasal, saya tak peduli langsung. Tak kecewa pun. Padahal, saya memang tak boleh kalau tak nampak.
Kerana terlalu seronok dan tak puas hati dengan aktiviti yang sekejap itu, kata satu jam... tak sampai pun.. saya dan yang lain-lain bercadang akan datang lagi lain kali. Kami akan mula dari tingkat yang paling atas dan berakhir di
basecamp Riverbug sendiri. Kemudian, kalau dah puas di
Kiulu, dah mahir kendali
white water raft, kami akan cuba di
Padas, Tenom (tempat keretapi tergelincir dan terjunam ke dalam sungai beberapa bulan yang lepas). Kalau di Kiulu, gred risikonya adalah 1-2, tapi di Padas, gred risikonya 3-4. Pernah ada yang meninggal di situ. Itupun sebab kompeni yang bertanggungjawab tidak mempunyai
guide yang betul-betul berlesen. Tapi, insya Allah, kalau kompeni yang menguruskan itu bertauliah seperti
Riverbug, tak jadi apa-apa. Lagipun, mati itu di mana-mana. Semua itu penyebab saja.
Cukuplah ya. Jadi, seronoklah! Balik mandi, tukar baju... Kemudian, minum petang dan peserta harus dengar ceramah AADK pula. Sementara menanti penceramah jemputan, mereka dibenarkan tidur sekejap. Saya dan Cikgu Mardianah mengambil kesempatan tidur di bilik. Oyeah!..Panat bah!
Seusai ceramah, seperti biasa bersiap untuk solat dan makan malam. Kemudian, Infra Merah. Infra Merah ini seperti malam penghayatan. Alah, yang provokasi sengaja tu, lepas tu nangis-nangis macam menyesal. Pada pandangan saya, pendekatan yang digunakan macam kurang efeknya. Berapa kerat sangat yang betul-betul terkesan. Provokasi yang mula-mula macam saya pun terkejut adalah jurulatih akan mencari mana-mana yang sengaja membuat kesalahan. Sebelum itu, mereka dihiburkan dengan tarian dan nyanyian.. Konon-kononnya, tengah seronok tiba-tiba ada yang buat hal. Bila dah jumpa, maka jurulatih akan marah-marah. Memang kecut perut la. Saya pun rasa nak keluar dari dewan sebab takut. Terutama jurulatih Tuan Ray yang memang garang. Tak masuk jurulatih Tuan Salleh yang.. mak oi! Takut!
Bila dah tengok Tuan Ray menangis-nangis kononnya menyesal sebab usaha para jurulatih macam tidak berhasil, saya sudah dapat mengagak. Wahahaha.. kamu kena tipu! Itu taktik sesi Infra Merah tu. Hahaha.. huih! Jahat sungguh saya gelak.
Kedengaranlah beberapa suara mula teresak-esak menangis. Maka, sesi Infra Merah pun bermula. Sudah habis sesi tersebut, tidur time!
Sebelum itu, minum malam. Sewaktu minum-minum, sekali lagi saya kena buli sebab tertelan air dan tercabut mata. Ada juga jurulatih yang kagum sebab saya amat susah untuk dijatuhkan sewaktu white water rafting. Yehehehehe.. Kemudian, seperti biasa, Cikgu Azmi ni macam tak puas hati dengan kami. Dia menyuruh sesiapa, mana-mana dua orang guru perempuan untuk tidur di dewan menemani para peserta. Peserta dibenarkan tidur di dalam dewan yang terbuka sebab hujan lebat telah mengakibatkan khemah mereka dimasuki air. Padang tempat mereka pasang khemah pun lecak.
Jadi, saya memang tak kisah. Maka saya menawarkan diri untuk tidur di situ. Cikgu Syal pun turut sama. Sejukkk mak! Tuhan saja yang tahu. Bangun-bangun, terus sakit satu badan.
24Oktober 2008
Bangun pagi. Sejuk gila! Sakit badan! Rasa macam nak tarik selimut lagi. Waa!... Tapi, saya dan Cikgu Syal berkemas, balik ke bilik dan sambung tidur di bilik sesudah sembahyang Subuh. Hehehe... Sebelum pukul 7, saya sudah mandi sebab tak mahu mandi ketika pekerja binaan sedang bekerja. Macam hampeh!
Berkemas apa yang patut, dan kami terus ke dewan untuk upacara penutup. Maka dengan itu, berakhir sudah Program Perkhemahan Jati Diri Sekolah Menengah Peringkat Negeri Siri2/2008. Kami yang tiba paling awal, kami yang pulang paling lewat. Pakcik bas tersekat di KK sebab kesesakan lalulintas di kala hujan lebat.
Sebelum itu, kami mengambil kesempatan bersalam-salaman, bermaaf-maafan, berpeluk-pelukan dan bergambar sebagai tanda ukhuwah yang telah terjalin di antara kami semua.

Dari kiri:: Cikgu Maslina, Cikgu Nik, saya, Cikgu Farida dan Cikgu Mardianah (kaunselor tetap Program Kem Jati Diri)

Pemeriksaan perbarisan oleh Ketua Unit Sektor Kaunseling dan Pelajaran.

Inilah kaunselor yang terlibat. Dari kiri::
Cikgu Mardianah (kaunselor tetap), Cikgu Jeesa (kaunselor SMK Paduka Mat Salleh, Ranau), Cikgu Raffida (guru pengiring KK High School, Kota Kinabalu) , saya (kaunselor SMK Apin-Apin, Keningau), Cikgu Syalbiah (guru pengiring SMK Bongawan II, Beufort), Cikgu Jalilah (kaunselor tetap), Cikgu Nik (kaunselor SMK Kota Marudu), Cikgu Farida (kaunselor tetap) dan Cikgu Maslina (kaunselor SMK St. Patrick, Tawau).
Di hadapan dari kiri::
Cikgu Mazlan (kaunselor tetap) dan si pembuli Cikgu Azmi (kaunselor tetap merangkap jurulatih program)

Pelajar SMK Apin-Apin::
Shanen, Erra, Attieryah, Evelyn dan Juszianah.
Gambar bawah::
Saya bersama pelajar.




Saya pasti merindui tempat ini. Rasanya kamu, pembaca kalian juga sudah penat membaca coretan panjang saya ini. Maka, dengan ini saya akhiri dengan...eh.. nanti... ada ps di bawah..
ps::
1) Saya, Cikgu Nik, Cikgu Maslina dan Cikgu Mazlan adalah orang Kelantan. Yang lain adalah orang Sabah. Ya! Hanya dari dua negeri ini sahaja.
2) Cikgu Syalbiah dan Cikgu Raffida buat jejak kasih. Mereka merupakan pelajar di UPSI di fakulti yang sama iaitu Sains Sukan, cuma kursus yang berlainan.
3) Cikgu Farida dan Cikgu Nik pula bekas rakan serumah. Jejak kasih di sini juga!
4) Saya sudah tidak menggatal lagi setiap kali melihat lelaki sebab hati saya ke tempat lain setiap masa... Huhuhu.. eheheh..
Peace!
Salam.
2 kata pesan:
Eyyy i nak water rafting jugak!! Sini mahal dowh!!!!
syok bh di kiulu...
Post a Comment