Baiklah, saya mulakan dengan salam dan ucap selamat kepada para pembaca sekalian. Hari ini saya bukan mahu bercerita tapi mahu memberitahu sesuatu. Kepada kebanyakan pembaca umum mengetahui nama saya adalah NUR SHAHIDA. Nama yang memberi erti "Cahaya Kesaksian" itu telah dialihbahasakan menjadi pelbagai versi antaranya Ida, Shida, Sahida, Seda dan... eh, itu saja kot sepanjang ingatan saya.
Selain nama sebenar saya, saya mempunyai satu nama pena yang sering saya gunakan di alam maya terutama sekali di Kapasitor.net iaitu SHAZMIEY. Melalui nama ini, saya dikenali sebagai Shaz atau Shazzy (setakat ini cuma encik Syahar sahaja yang pernah memanggil saya sebagai Shazzy sebab dia memang suka menokok tambah -y di setiap nama orang. Contoh, Zinggof = Zinggy, Reason = Reasy).
Apa yang ingin beritahu di sini, saya tidak kisah panggilan macam mana sekalipun yang keluar daripada nama-nama yang telah saya miliki. Tapi, entah kenapa saya menjadi tersangatlah pantang kalau orang salah eja nama saya. Bukan mengada-ngada, tapi entah...saya tak rasa orang tu berbicara dengan saya andai salah eja nama saya... Salah eja bagaimana, anda bertanya? Saya jadi gatal biji mata kalau nama saya dieja sebagai sY- dan bukannya sH-. Saya tidak kisah kalau anda memanggil saya (baca:: ditulis) Seda, Sahida atau Shida.. tapi saya macam tak berapa nak ngam kalau ianya ditukar kepada Syida atau Syahida atau Syaz....
Jangan tanya kenapa.. sebab saya sendiri tak tahu... yang saya tahu, saya tak begitu gemar nama saya silap dieja.. (ramai dah jadi mangsa kena sound.. hahaha..kijam)
Oklah. Itu saja. Harap maklum... Sekian terima kasih.
Salam.
Peace!


3 comments:
O'no....i slalu spell SYAZ....lol..i hope u understand why..
yes.. i understood.. that's y i takmo nama disalah eja.. i xmo dibandingkan dgn org lain dlm hidup u... huhuhu..eheh?
but to err is human ... :)
Biar tersilap sekali, jangan tersilap untuk seumur hidup ...
Post a Comment