Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

11 October 2008

saya suka membaca

Saya suka membaca. Tidak kira bahan bacaan apa sekalipun saya akan baca hatta surat khabar yang digunakan untuk membungkus nasi lemak. Kerana suka membaca, maka saya terdampar di Kapasitor.net ini. Saya ada cita-cita yang murni lagi suci.
Cita-cita saya, kalau saya sudah ada rumah sendiri nanti, satu bilik saya buatkan khas untuk menyimpan semua buku-buku saya. Kiranya macam perpustakaan mini. Saya nak beli buku banyak-banyak. Saya nak susun buku ikut kategorinya. Sekarang, saya cuma boleh beli sedikit sahaja. Sebab tak ada tempat nak diletak. Ada pun satu rak kecil di suatu sudut di rumah keluarga yang kecil… itupun mendapat ancaman anai-anai.

Kesan ancaman anai-anai terhadap salah sebuah buku kesayangan saya.

Baiklah, saya bukan nak bercerita tentang buku yang dimakan anai-anai. Saja saya nak senaraikan buku-buku yang saya bawa ke Sabah dari Semenanjung sebab terlalu menyesakkan dan risau tidak terjaga kalau berada di kampung. Ada beberapa buah yang belum saya baca lagi. Entah bila nak baca….

Yang berbinding hitam tu buku saya sendiri… tajuknya ‘Kisah Azzarin’.

Saya tak publish kat mana-mana pun… atau di kapasitor sendiri.. Entahlah… tapi novel tu saya sayang sangat… Nak baca, minta dengan saya sendiri.. uhuk.. promo diri sendiri. Kemudian, diikuti dengan buku teks masa saya belajar dulu yang masih saya guna ketika mengajar. ‘Teaching by principles’ oleh H. Douglas Brown.

Seterusnya sebuah buku sejarah agama tentang isteri Rasulullah s.a.w. Saidatina Khadijah a.s. ‘Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi’ oleh Dr. Muhammad Abduh Yamani.

Saya beli buku ni di MPH SACC ketika cuti sekolah bulan lima sewaktu saya ke Shah Alam untuk majlis konvokesyen saya sendiri. Oleh kerana saya jadikan Khadijah a.s. sebagai ikon wanita terulung dalam hidup saya, maka tanpa berfikir panjang saya terus sambar. Menitis airmata tatkala saya benar-benar menghayati pengorbanan Khadijah a.s. Paling terkesan ialah kisah tentang kalung milik Khadijah yang dipakai ketika perkahwinannya dengan baginda dihadiahkan kepada puterinya Zainab. Kalung yang membuatkan airmata baginda menitis kerana cintanya kepada Khadijah a.s. meskipun Khadijah a.s. sudah lama bersemadi.

Next.. eh, diikuti oleh buku ‘Karya Nan Indah’ dari Faisal Tehrani. Secara dasarnya, ianya satu tips atau pembelajaran tentang bagaimana mahu menghasilkan karya yang terbaik dari penulis tersohor ini. Turut diselitkan beberapa buah cerpen beliau untuk dijadikan rujukan. Oh, buku spiral bound itu adalah diari saya yang masih banyak kosong..ehm, menulis diari pun sudah tidak punya masa.


Saya amat jarang/susah nak membaca novel Bahasa Inggeris walau hakikatnya saya seorang guru Bahasa Inggeris. Namun yang demikian, saya amat meminati Cecelia Ahern malah saya mempunyai kesemua koleksi novel beliau. Yang ada bersama saya di Sabah hanyalah dua iaitu ‘Thanks for the Memories’ dan ‘PS I Love You’.



Yang lain-lain ada di kampung dengan harapan tidak diganggu anai-anai.. huhuhu… Umum mengetahui tentang novel PS I Love You, jadi saya takkan ulas. ‘Thanks for the Memories’ merupakan novel Cecelia yang terbaru. Bagi saya, Cecelia seorang yang mempunyai daya imaginasi yang agak tinggi. Novel ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang mendapat memori seorang lelaki yang menderma darah kepadanya. Tanpa mengetahui siapa penerima dan siapa yang menerima darah, Joyce dan Justin tidak mengenali antara satu sama lain boleh tahu tentang hidup masing-masing walau terpisah beribu batu. Seorang di Dublin, seorang di London. Macam déjà vu… nak tahu lagi, cari dan baca sendiri ya..

Buku seterusnya adalah Jilid 1 Lepaskan Kembali Aku ke Laut karya Shaari Isa. Jilid 2 dan Jilid 3 belum berkesempatan untuk dibeli lagi. Ingatkan nak beli sekaligus, tapi orang kedai tu kata tak ada stok lagi. Padahal minggu sebelum tu, saya tengok elok je ada ketiga-tiga jilid. Buku ni saya beli di kedai rasmi buku DBP di Keningau iaitu Sandapak Enterprise.




Setiap kali ke Sandapak mesti saya intai cari.. tapi tak ada juga. Hampeh! Saya belum baca lagi sebab masih ingat lagi kisah daripada novel ini yang didramakan di RTM beberapa bulan yang lalu. Jadi, kalau saya baca pun tentu tak boleh nak menghayati dengan tertib. Ada gangguan daripada drama tersebut. Kerana cerita ‘Lepaskan Kembali Aku ke Laut’, aku suka Kifli. Ihiks.. Dia sangat bagus dan bakal menjadi salah seorang pelakon yang benar-benar berbakat. Bukan sekadar popular… Kalau tak popular pun, dia memang akan jadi rebutan pengarah dan penerbit sebab dia memang bagus.


Okey, yang merah ada tompok putih (tertumpah air gula) itu adalah diari 2007 saya *rujuk gambar barisan buku-buku*. Sayang nak tinggal kat rumah di kampung, juga risau dicuri-curi baca oleh adik saya. Lagipun setakat ini, itulah diari termahal saya… Ahaks… Jangan tak caya, diari itu saja berharga RM70 dibeli di Borders di The Curve. Kawan baik saya juga punya diari yang sama. Ihiks…

Buku yang paling nipis dalam banyak-banyak buku adalah buku oleh Dr. Lim Swee Tin. “Teori dan Praktik: Dinamika Kreatif Penulisan Cerpen” lebih menjurus kepada penghasilan cerpen untuk rujukan pelajar-pelajar sekolah menengah di mana mereka dikehendaki belajar tentang KOMSAS (Komponen Sastera).

Barisan seterusnya, persembahan Andrea Hirata bertajuk ‘Edensor’. Buku ini saya beli tanpa dirancang… saya pusing-pusing kat Popular KB Mall… belek dari satu buku ke satu buku dan apabila dan berpuas hati, saya terus ambil. Ternyata, Andrea Hirata tidak mengecewakan saya. Kisahnya tentang anak Indonesia yang merantau sebagai pelajar di bumi Eropah. Dah lama saya beli, tapi masih tak habis baca lagi.


Kemudian, tengok tajuk semua orang tahu berkisahkan tentang apa. Yap! ‘Ayat-ayat Cinta’ karya Habiburraham El-Shirazy. Dipromo oleh seorang rakan. Pada mulanya saya agak keberatan untuk membeli buku ini. Namun, setelah beberapa lama kemudian, dengan review yang pernah dikeluarkan oleh Cahatomic, saya berjaya membelinya sebagai salah satu koleksi buku kesayangan saya.


Buku seterusnya saya beli bersama buku Andrea Hirata. Main sambar je. Yang ni saya tak fikir apa-apa. Tujuannya, saya nak cuba beli buku tanpa saya harapkan apa-apa daripada penulis ataupun isi kandungannya. Selalunya, apabila saya membeli buku, saya akan beli setelah berpuas hati dengan sinopsis ataupun penulis kegemaran saya. Tanpa melihat sinopsis, tidak mengenali penulisnya iaitu Faizal Dzasrik, saya ambil dan terus ke kaunter. Lagipula, saya mahu mencuba novel yang agak santai. Berdasarkan daripada kulit muka depan yang agak “kekartunan”, saya juga mengagak yang isinya juga agak “kekartunan” dan memang cerita ini agak kartun (baca::lawak). Faizal Dzasrik menggelarkan dirinya sebagai Comedy and Social Lifestyle Novelist. Tajuk novel ini adalah “Ini Suatu Cerita”. Cerita tentang tiga sahabat dalam mencari pasangan hidup. Macam-macam peristiwa berlaku ketika mereka mencari gadis yang sesuai untuk dijadikan kekasih. Yang tak tahan apabila seorang makcik kedai makan nak mengorat Zareen, salah satu watak utama dalam cerita ni. Dalam masa yang sama, sahabat karibnya iaitu Lan cuba mengorat Aida, anak makcik tersebut. Hahaha.. sesuai untuk melepaskan tekanan. Kepada pembaca yang menjaga dan mementingkan tatabahasa dan logik akal..tidak sesuai membaca ini dikhuatiri anda rasa seolah-olah menulis merosakkan bahasa. Ini bukan novel pop yang ayat berbelit-belit jiwang karat atau novel sastera yang pusing-pusing memeningkan kepala manusia yang tidak suka sastera, tapi novel komedi. Budak darjah satu baca pun boleh gelak tergolek.


Buku Torey Hayden baru saja saya miliki selama seminggu. Buku yang bertajuk ‘Beautiful Child’ ini saya beli semasa transit di LCCT ketika mahu pulang ke KB. Alah, kedai yang depan Asian Kitchen tu. Bosan menunggu, saya jalan-jalan dalam kedai tersebut lalu ternampak buku-buku. Memang saya pantang nampak buku. Tengok sinopsis, hmm… buku-buku Torey Hayden ini macam menarik. Kisah benar penulis sebagai seorang guru yang berdepan dengan pelbagai karenah pelajar-pelajar yang digelar pelajar istimewa. Sedikit-sebanyak saya boleh belajar secara tidak langsung daripada Hayden bagaimana mahu menangangi pelajar bermasalah ini. Ada enam siri kesemuanya. Tetapi, oleh kerana mahu berjimat sebelum raya, saya cuma beli satu saja. Lain kali saya akan beli lagi. Saya baru baca sedikit. Tak ada masa yang sesuai supaya saya dapat menghayatinya. Kalau baca bodoh-bodoh tapi tidak menghayati, tak best.


Wah! Panjang sudah! Ingatkan nak cerita sikit-sikit saja. Huhuhu… beginilah saya. Maaf ya! Baiklah buku yang terakhir juga baru saya miliki selama 2 hari dan sudah tentu tidak dibaca lagi. Bertajuk ‘Warkah Cinta Berbau Syurga’ ditulis oleh A. Ubaidillah Alias berkelulusan Al-Azhar. Dikatakan mirip karya Habiburrahman tapi dari pandangan mahasiswa Malaysia. PyanHabib (pemuisi) memberi komen; “Saya bukan ‘pembaca novel’ yang baik tetapi novel ini ‘memaksa’ saya untuk membaca pembuka katanya…. Dan pembuka kata bersurat novel ini ‘memaksa’ saya untuk terus bersantai hingga ke penutupnya yang mengusik.” Sudah tentu saya tertarik untuk memiliki novel cinta islamik ini daripada saya memiliki novel cinta asyik-masyuk yang menggetar jiwa dan mengelirukan para remaja. (ambil komen Zaid Akhtar).

Baiklah, saya dah menghabiskan masa anda membaca entri saya yang panjang lebar ini. Kalau anda berminat, apa lagi… segeralah ke kedai buku yang berhampiran. Sekian, terima kasih.

Sekadar gambar hiasan.









3 comments:

Kucing Kertas said...

entries sy dh boleh komen ok! agaga..

oh btw, buku cecilia yg thanks for the memories tu mcm best je sy tgk smlm kat popular. best btol eh?

Anonymous said...

Oitsss...amboii buat novel reviews ye? Good2...neways, bacelaa steph meyer's....esp twilight, best gils!!

s.c.h.u.l.t said...

syud ade warkah cinta berbaur syurga juga shaz!!! ayat2 cinta dlm bentuk pdf jek..hehe

nak baca tentang azzarin tu shaz!!! one day insyaallah~~ ;)