Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

01 July 2008

By the end of the day....

Berurusan dengan kanak-kanak atau awal remaja, sebenarnya bukan minat aku. Memang aku suka jadi guru. Namun, disuruh aku melayan pelajar tingkatan 1... susah sikit melainkan mereka memang pelajar bijak dan senang dibawa berbincang. Lebih-lebih lagi yang manja dan mengada-ngada.
Macam mana cikgu nak habiskan silibus. Baru hari ni rancang nak buat Literature, tiba-tiba terpaksa ubah rancangan kerana 50% daripada pelajar tidak membawa buku yang sepatutnya. Malah, tanpa rasa bersalah mereka tersipu-sipu (kononnya) beritahu cikgu, terlupa. Tertinggal. Tak bawa. Dan 1001 macam alasan lagi. Nak marah?? Dah penat. Sampai satu tahap, cikgu jatuh sakit. Demam. Hanya kerana selalu sangat menjerit memberi arahan.


Kalau tak menjerit, bukan mereka nak dengar. Cakap dengan lembut.... I mean really gracefully...Tunggu masa suara kita akan tenggelam di sebalik suara-suara kecil yang minta diberi perhatian.

"Cikgu, dia ini tolak kerusi saya."
"Cikgu, salin ka?"
(Cikgu telah memberi arahan sebanyak 5 kali untuk menyalin nota yang diberikan)
"Cikgu, buku Comprehension boleh bah?"
(Cikgu kata buku Grammar berulang kali!)

Sakit hati? Memang. Jadi apa caranya?


Ignore them as what I have done today. As I entered the class, they greeted me as usual. After I let them sit down, all I said is "Buka saja buku apa yang kamu ada."
Well, I'm not asking them to copy but I did write some notes on the board.
They still made noises... walking here and there. And I wasn't order them to sit in their place. Sepatah kata pun tak keluar dari mulut cikgu.

"Cikgu, kena salin ka?"
Cikgu diam dan terus menulis.

"Cikgu, itu nota ka cikgu?"
Diam lagi.

"Woi, diamla. Cikgu marah tu."
Cikgu tersenyum tanpa memandang mereka.

Ada yang masih bising.
"Dudukla kamu, Leowens. Nanti cikgu tak mau mengajar lagi."
Cikgu hampir tergelak. Tapi ditahan.

Cikgu sebenarnya kasihan dengan beberapa orang pelajar yang betul-betul mahu belajar. Yang ada potensi untuk berjaya.
Juniavetista, Feanelysiah, Nomie, Dellnivie, Lydiana, Jenelia, Cyril, Nasip
Hanya kerana rakan-rakan kalian yang sering mengganggu kelas dan mengganggu mood cikgu, maka kalian yang menerima tempiasnya. Bukan cikgu tidak mau tolong kamu. Cikgu mau kamu tolong cikgu tolong kawan kamu yang tidak mahu belajar.


Jonatan: Cikgu mahu tolong kamu. Betul-betul cikgu mahu tolong kamu, kerana cikgu yakin kamu mahu belajar. Cikgu nampak keinginan kamu meskipun nama sendiri pun salah eja. Cikgu nampak usaha kamu apabila kamu memandang mata cikgu. Ada sesuatu yang perlu cikgu lakukan supaya kamu boleh sebaris dengan rakan-rakan kamu yang lain.



Huh... tapi, itulah kehidupan seorang cikgu, guru, pendidik. Ini yang cikgu minta, oleh yang demikian, ini yang cikgu dapat. Suka atau tidak, amanah tetap terpikul di pundak cikgu.

Walau apa yang berlaku, cikgu memang kena jalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Meski ada tugas lain, guru tetap guru. Di sekolah mahupun di luar sekolah. Cikgu tetap dipanggil cikgu.

Hanya mengharapkan ketenangan dan hidayah daripada NYA yang Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Berserah semoga segala amanah yang terlaksana berjaya dipikul dengan baik dan mendapat keberkatan dan keredhaannya. Mungkin cikgu sering merungut itu dan ini tentang kalian. But, at the end of the day, you are the light of my life...


2 comments:

Kucing Kertas said...

wohoho...
aku suka catatan kamu..
rase mau jadi cekgu juga..
huuuu~~

Anonymous said...

Heyyy...i loike this!! More entries with pix, sil vous plait.....