Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

06 July 2008

Bacholerette Party 2008

Masa sekarang menunjukkan jam 6.51 petang dan saya masih belum sembahyang maghrib lagi. Cuma mahu melaporkan bahawa selepas isyak nanti akan berlangsung majlis makan-makan para gadis (dan seorang isteri orang) di rumah kami. Pada awalnya ini merupakan rancangan Kak Zah dan Kak Azah. Namun, setelah disound oleh Cik Aziz bahawasanya rumah 3A masih belum membuat apa-apa majlis lagi, rancangan itu bertukar. Kami, selaku penghuni rumah 3A akan membuat satu majlis kecil-kecilan. Maaf Cik Aziz, majlis ini hanya untuk penghuni rumah 3A, 5A dan 5B sahaja. Mereka yang berkeluarga akan dijemput selepas kedatangan bayi Kak Fizah nanti.

Kami akan menghidangkan signature dish Kak Fizah iaitu ayam goreng berempah dan juga nasi lemak (separa masak.. lupa nak gaul daa!) serta sambal ikan bilis yang Kak Zah buat. Ikut rancangan, saya yang nak buat tapi kerana saya tertidur dan hari makin petang, maka rancangan itu berpindah kepada Kak Zah.

Oh ya, kami menerima seorang penghuni baru yang akan menetap bersama selama lebih kurang 3 bulan. Ikin namanya. Seorang guru pelatih dari UMS... (otomatik gugur title aku sebagai gadis paling muda di Taman Dato' Rizalman dan di SMK Apin-Apin... Huhuhuh!!)

Okeh, mahu solat maghrib sekejap. Lepas ni saya sambung...

*******************************

I am back!!... *eeii... connection ni buat hal lah pula. Sekejap jadi, sekejap tak jadi.*

Mana saya berhenti tadi?
Oh, jadi si Ikin ni cuma guru praktikal saja. Pada awalnya dia memohon untuk tinggal di flat guru. Tapi tak ada flat kosong. Jadi, Cikgu Hamid merangkap PK 1 datang kepada Kak Piah;

"Sofiah, kita ada guru praktikal yang sedang mencari tempat tinggal. Kalau dia tumpang..."

"Rumah dorang! Rumah saya tak boleh, dah penuh..."

Huhuu... Kak Piah kejam. Cikgu Hamid pandang saya. Saya jadi serba salah.
"Aarr... ehmm..."

"Boleh, cikgu?"

"Arr.. ok.. okey. Boleh, tak ada masalah." Masalah! Suka hati saya je cakap tak ada masalah. Habis tu, Kak Zah dan Kak Fizah kata apa nanti? Tapi, mulut dah setuju. Mahu atau tidak, terpaksa juga terima kedatangan dia.

Maaf ya, Kak Fizah. Terpaksa dia berkongsi bilik dengan Kak Fizah. Bilik Kak Fizah ada katil saiz king. Bilik saya katil bujang saja. Heheheh....

Baiklah, lupakan pasal Ikin ni. Majlis makan-makan malam ni...

Sekarang jam 7.40 malam.
Tetamu belum sampai lagi.
Tadi saya sedang menggoreng kacang untuk dimakan bersama nasi lemak. Ingatkan saya sudah menggoreng secukupnya. Rupanya-rupanya tidak, jadi saya bercadang untuk menggoreng lebih sedikit. Malang tidak berbau... kami kehabisan gas memasak! Nasib baik semua sudah selesai, cuma kacang itu sahaja. Ehmm.. jadi lah tu. Lagipun kacang goreng tak wajib. ohohoh... esok kena telefon pakcik gas.

Ehm.. apa lagi? Rasanya tunggu sahajalah acara malam ni... Mungkin akan di update di sini. Mungkin juga di entri yang lain.
Sampai ketemu.
Salam
Peace.

No comments: