Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

08 July 2008

Bangga!




Perlu sambung ke pasal majlis malam hari tu? Tak perlu rasanya sebab tak ada yang menarik kecuali kami makan-makan sambil berbual. Lepas makan, saya banyak mendiamkan diri sebab terlalu kenyang dan mengantuk. Kak Piah seperti biasa, orang yang akan menambah. Saya pun sama *teehehee*. Cuma tak disangka, Kak Azah pun akan menambah sedangkan dia dalam proses mendietkan diri..hahaha...penangan nasi lemak 3A.


Budak yang saya dukung ni merupakan anak sulung Kak Fiza...Kak Fiza, bukan Kak Fizah (housemate). Nama dia Fakihah. Saya suka sangat dia ni sebab dia comel. Susah nak tengok dia senyum, tapi dia memang comel... Susah juga nak dapat dukung dia. Tapi, kalau memang tak ada orang, ada lah rezeki saya nak dukung dia sebab sekarang ni ibu dia sibuk jaga adik baru dia...

Kelas hari ni.. entahlah. Saya rasa teruk sangat. Bukan pelajar yang teruk, tapi cikgu yang teruk. Saya rasa saya telah menghampakan beberapa orang pelajar yang betul-betul ambil kisah tentang pelajaran. Tapi, dalam masa yang sama saya rasa ada beberapa orang pelajar yang membuatkan saya rasa sangat bertuah menjadi cikgu Shahida.

Dearz (4P) datang lambat. Dengan tergesa-gesa dia berlari masuk ikut pintu belakang, tetapi sebaik sahaja dia menyedari keberadaan saya di dalam kelas, dia sempat membrek dan terus ke pintu depan. Dia siapkan diri yang sepatutnya, tunjukkan pada saya yang dia mahu belajar. Malah, jika sebelum ini dia suka menyampuk perkara yang tidak berfaedah ketika di dalam kelas, hari ini dia menyampuk tentang pelajaran. Dia memberi buah fikirannya seperti yang saya minta sebelum ini.

Jonathan (1H), saya tidak tahu apa yang berlaku kepadanya selama seminggu dua minggu lepas. Dia tidak hadir ke sekolah. Menurut ayahnya, dia tidak sihat. Namun, sekembalinya dia ke sekolah, saya nampak ada perubahan pada dirinya. Dia juga seperti Dearz menunjukkan minat mahu belajar. Walaupun dengan kekurangan yang dia ada (tidak pandai membaca dan menulis) namun, dia berusaha untuk menunjukkan pada saya yang dia mahu belajar. Begitu juga dengan Steven. Malah, di sebalik kenakalannya Steven sebenarnya pandai. Dia boleh membaca dengan baik walaupun tidak lancar.

Ah, saya bangga menjadi teacher Shahida... Semoga doa saya untuk mendidik anak bangsa akan termakbul seiring dengan niat ikhlas saya itu. Amin...


No comments: