Ni tangan ketua acaranya...Shah Rezan. Dia paling akhir kena 'tangkap'. Macam mana diorang buat? Dia cubit kecil-kecil lengan dia membentuk huruf yang diingini. Apabila ditanya, mana dia belajar, katanya cikgu yang ajar. Cikgu mana tak tahu. Tapi, saya rasa dia pernah kena cubit sampai pecah darah macam tu, jadi dia terfikir untuk buat perkara yang dirasakannya menarik. Aduh! Kasihan pelajar ku.
Ini pula lengan Felario (Leo). Pelajar 1P yang saya sayang sebab dia hensem tahap cipan (bagi sayalah) dan pandai tahap kancil. (Huhuu... sungguh cikgu ini bermata keranjang). Saya mula perasan lengan dia semalam. Ingatkan sudah tiada, tapi hari ini masih ada lagi kesan pecah darah tu. Memang susah nak hilang. Makan masa berhari-hari. Apabila saya tanya, apa kata mama dan papa dia, ujarnya mereka tidak tahu sebab tidak nampak. Dia pandai sembunyikan kesan itu daripada ibu bapanya.
Ini lengan Soleh (sudah terang lagi bersuluh). Mula-mula saya ingatkan cuma Felario sahaja kemudian, pelajar lain mula bising mengatakan Soleh juga melakukan perkara yang sama. Malah lagi teruk daripada Felario. Dia cuba melarikan tangannya namun, saya berjaya pujuk dia menunjukkan tangannya.

Akhir sekali, Shafiq. Tapi, kesan pecah darah di lengan Shafiq tidak jelas kerana dia tidak mencubit dengan begitu kuat. Sempat lagi dia buat kelakar;
"I'm a good student, teacher." Apabila saya tanya, tak sakit ke? Hanya Felario yang menjawab tidak. Ah, runsing saya dibuatnya.
Moral of the story:: Janganlah kita sesekali mengabaikan kebajikan jiwa anak-anak muda yang terlalu ingin mencuba sesuatu tanpa memikirkan baik buruk kejadian. Sebagai guru, seharusnya kita beri tunjuk ajar yang terbaik. Memang saya setuju andai kuasa menghukum dikembalikan kepada guru, namun iktibar yang harus diambil jangan abaikan kesan yang bakal diperolehi. Cabaran mendidik anak-anak sekarang lebih berat berbanding anak-anak di zaman kita. Sekarang, mereka lebih terdedah kepada sesuatu yang telus tanpa batasan sedangkan dalam masa yang sama, benteng tatasusila serta norma kehidupan yang luhur makin retak dan meruntuh.
Fikir-fikirkan.
Salam.
Peace.


4 comments:
Waah so weird itu budak2...Sure diorg buat cam tattoo nihh.
er..syud dulu zmn budak2 nakal suke jahit2 palm *sengih*
guna jarum and benang~~
mcm best ah sbb ley tulis nama atas tapak tgn..wakakaka
=)
patutkah aku berasa kagum ngan bdk2 ni? kreatif dan inovatif kah? aiyark..
huhu..sabar teacher shaz..;p
owh...this trend! igt dah takde dah. actually ni dah jadi satu trend shaz. Sejak sy zaman skolah lagi. Mungkin budak2 kat sabah je yg buat. Saranan sy kalau boleh hapuskan tred tu. Dulu di skolah sy ramai yg buat macam tu. Lengan budak2 dalam gambar tu tak berapa teruk shaz kalau nak dibandingkan yg sy pernah nampak. Lengan yang di cubit tu diorang buat sampai luka kemudian tulis dengan pen cair. Meresaplah dakwat masuk dalam daging tu. Dah serupa TATU. Dan yg paling teruk budak perempuan pun ikut sama. Siap letak nama boyfried kat lengan tu. Gejala ni tak elok untuk budak2 apa lagi pelajar. Dulu kat skolah sy, cekgu disiplin memang dah hukum sape2 yg buat benda tu.
Post a Comment