Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

03 July 2008

Sayang

Hari ini kita cuba warna biru.
Hari ni tiada cerita yang menarik memandangkan hari ni kelas yang saya masuk kelas yang memeningkan kepala. Nakalnya... Ya Rabbi!. Sebut sahaja kelas HARAPAN, cikgu-cikgu akan tersenyum sinis. Tak kiralah tingkatan berapa, asalkan kelas Harapan.
Macam tak bestlah warna biru jadi saya tukar ke warna kegemaran saya, HIJAU.
Selain daripada masuk ke kelas 1H di mana saya menghabiskan masa selama hampir 15 minit berbual, cuba selami hati pelajar yang tidak menurut perintah, saya kemudiannya terpaksa menghadiri mesyuarat yang sebenarnya tiada kena mengena dengan tugas hakiki saya. Namun, kerana jawatan dan amanah yang dipikul sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris (duh!), terpaksa juga saya hadiri. Padahal saya tak mengajar pun tingkatan 5 memandangkan mesyuarat ni untuk pelaksanaan Seminar Menjawab Soalan SPM. Untuk pelaksanaan Taksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah SPM yang patut diuruskan oleh Ketua Panitia, terpaksa saya serahkan kepada Cikgu Kalai sebab dia yang kenal pelajar Tingkatan 5.

Saya mengantuk sangat pagi ni (02/07/08) sebab malam tadi saya berjaga. Sebab itu saya ambil gambar lori menghala ke arah kereta yang dipandu sederhana oleh Kak Piah. Kalau anda perhatikan langit di hadapan, mendung sangat. Semenjak dua menjak ni, hujan selalu melanda Keningau terutama sekali pada waktu petang. Tapi saya tak faham dengan diri sendiri, kenapa saya tidak memanfaatkan masa itu untuk beradu? Hah! Selalunya saya yang paling laju terbang ke atas tilam sama ada empuk mahupun tidak.

Jawapannya kerana saya terlebih asyik melayan internet ni. Entah bila perkataan bosan akan keluar dari mulut saya tentang internet ini. Apabila saya pandang ke depan, sekumpulan pelajar berjalan kaki dalam cuaca pagi yang sejuk. Langit di depan seperti mahu mencurahkan isi yang disejatnya setiap hari. Kadang-kadang saya kasihan dengan mereka, terpaksa meredah hujan yang kadang tidak peduli kesengsaraan yang dialami mereka. Tetapi apabila mengenangkan perangai mereka yang menyakitkan hati, seperti tiada sebab untuk saya mengasihani mereka jika mereka tidak kasihan dengan diri sendiri.


OK, kita dah sampai di sekolah. Ya, itulah pagar utama sekolah saya. Hmm.. sebenarnya dalam proses penambahbaikan. Jadi, saya tak mahu kata apa-apa mengenai sekolah sulung saya sebagai guru. Better is still waiting in the future.

Majoriti pelajar di sini berjalan kaki. Pada waktu pagi yang cerah, atau kabus menyelubungi pagi, mungkin tiada masalah untuk ke sekolah. Malah, kalau saya seorang pelajar maka saya juga akan berjalan kaki ke sekolah dengan senang hati. Dulu, bukan kah saya seorang pejalan kaki walaupun ramai kawan-kawan yang satu kampung lebih suka menunggu bas. Seronok berjalan ni. Selain daripada menguatkan otot-otot badan, ianya juga bagus untuk mata.. hmm?
Tapi, di waktu tengahari... saya faham betapa seksanya meredah terik matahari. Sudahlah matahari panas, tiada bangunan untuk dijadikan tempah melepas lelah seperti di tempat saya dulu. Sekurang-kurangnya kalau keletihan, saya boleh singgah di kedai makan, atau pura-pura masuk ke dalam kedai untuk membeli dan berdiri di tepi kipas besar. Pelajar-pelajar ini hanya mampu berharap kepada rendang pokok yang lebih kurang satu meter dari kiri kanan jalan yang memantulkan haba panas.

Belok ke kanan, bangunan kayu lama yang mereka panggil Astaka yang dijadikan bangunan kelas untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 menyambut kedatangan tetamu yang hadir. Saya rasa kalau betul mahu dijadikan astaka, maka pelajar perlu dipindahkan ke bangunan lain. Sekali lagi saya tidak mahu tulis banyak sebab semuanya masih dalam proses penambahbaikan. Di hadapan sebelah kanan astaka, bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan hampir 60% siap. Di sebelah kiri pula, bangunan untuk dewan baru 20% siap. Semuanya dijangka siap menjelang pertengahan tahun hadapan.


Okey, kami terlalu awal. Sebab tu hanya van Cikgu Wee saja yang ada.

Kelas terawal dengan pelajar 4H... huhuhu... ini kali kedua saya masuk ke kelas ini setelah berlaku penggubalan jadual waktu yang menyaksikan saya mengajar matapelajaran kegemaran saya sewaktu di sekolah menengah rendah. Satu-satunya guru yang saya ingat adalah Cikgu Saidi. Malah, saya masih simpan buku nota yang digunakan 10 tahun yang lalu. Itulah matapelajaran Geografi. Ya, saya kena mengajar matapelajaran Geografi yang diambil daripada Cikgu Kharazil.
Jangan tertipu dengan tipu helah kamera. Mereka sebenarnya khusyuk menyalin nota yang disediakan awal-awal oleh Cikgu Kharazil. Bukan saya, seorang tenaga pengajar yang berjaya mendiamkan mereka. Menurut cikgu Kharazil, mereka akan diam kalau kita suruh menulis. Tapi, kita yang bercakap, mereka pun sibuk nak bercakap.

Tapi, aku pula yang masalah. Oleh sebab Geografi merupakan matapelajaran yang saya minati, sudah tentu saya nak bagi penerangan yang saya tahu. Oleh yang demikian, penggunaan komputer dan LCD ini sesungguhnya tidak serasi dengan saya. Rasa tidak berkesan teknik pengajaran dan pembelajaran pada hari itu berbanding pada minggu lepas yang hanya menggunakan papan putih dan bercakap. Mereka pun lebih tumpukan pada penerangan saya berbanding cara ini.
Dengan menggunakan teknologi ini, mereka akan menyalin kemudian tidak menghiraukan penerangan cikgu. Tapi andai kita bagi penerangan sambil menunjuk cara, mereka akan ternanti-nanti apa yang cikgu mahu kongsikan. Lebih-lebih lagi bagi matapelajaran seperti Geografi dan Sejarah. Mereka perlukan cerita bukan nota.

Memanglah mereka akan diam. Tapi, faham ke apa yang mereka salin dengan bantuan guru yang amat sedikit? Tahu ke mereka bagaimana mahu mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari? Aku rasa sangat sedikit mereka yang faham.

Ini pula kelas yang aku suka... 4P. Kenapa aku suka? Sebab ada Hendry, Breculine, Cyril, Jeannyfer, Shamsahri, Avi, Jekiol dan beberapa nama yang aku lupa.. yang nak belajar. Errk.. yang bagi 'peace' tu, maaf cikgu lupa nama kamu. Itulah, waktu cikgu mengajar kamu tak bagi perhatian. Sekarang lupa sudah.


Cuba jadi macam mereka ni, yang membelakangi itulah Hendry (oh ya, nasib baik teringat! Hendry minta aku bagi tips belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan..nanti segera cari, Ida!). Ehm.. mesti kamu tertanya. Mereka pandang siapa kalau yang tukang ambil gambar adalah saya? Ha! Inilah salah satu aktiviti yang saya suka, pelajar pun dapat belajar tanpa kekangan. Mereka sedang pandang rakan mereka yang sedang menyampaikan isi perbincangan. Ehm.. Si Patcey dan Babra.

Cik KucingKertas, sila pandang pelajar sebelah kiri. Itulah Dearz. Yang sedang memandang ke arah kamera itu..err... Hezron kah? Lupalah... Yang pakai tie tu Shamsahri.
Dearz, dia nakal. Suka buli saya. Minggu lepas ajak saya tengok wayang setelah saya paksa dia dan kawan-kawannya potong kuku di hadapan saya. Tapi, dia pandai dan mahu jadi pandai. Hanya kerana pengaruh rakan. Pada hari itu, dia mahu menjawab soalan cikgu. Dia mahu buat apa yang cikgu suruh, tapi tidak jadi kerana... malu? Tidak, Dearz bukan pemalu. Tak yakin mungkin. Jadi, sekarang ini saya sedang mencari jalan untuk mengikis rasa ketidakyakinan dirinya. Saya harus... bukan! Saya wajib melakukan sesuatu supaya Dearz rajin dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Bukan sahaja matapelajaran yang saya ajar, tetapi semua matapelajaran yang lain.

Oh, yang berada di sebelah Sham itu Jekiol rupanya. Dia pun serupa sama Dearz. Dari apa yang saya nampak dan naluri saya rasai, dia mahu berubah. Dia boleh berubah. Pada awal kelas, dia seperti tidak suka dengan saya. Namun setelah beberapa temubual dan insiden, dia semakin menumpukan perhatian dalam kelas. Dia cuba mengambil bahagian, tak banyak sedikit dalam kelas.

Ini.. tak perlu ulang. Hendry yang bijak dan baik dan pandai dan saya sayang dia. Oops, jangan buat tafsiran yang bukan-bukan. Saya sayang dia sebab susah nak jumpa pelajar macam dia. Yang selalu bagi respon untuk setiap soalan yang cikgu tanya tanpa perlu menjengkelkan cikgu. Itulah Hendry dan rakannya Breculine. Tapi, Breculine saya pindahkan ke kumpulan lain supaya mereka bekerja dengan mereka yang bukan kawan baik. Mahu cari keserasian yang baru.

Ini... aduh! Errk... mana panadol?
Huh! Jayson, Ricky, di sebelah kanan.. sebelah kiri...err.... maaf, cikgu tak cam. Kamu ni, nak kata nak belajar, tengoklah gaya kamu tu. Rakan-rakan yang lain bersila atas lantai. Jenuh cikgu suruh kami duduk atas lantai. Suka sangat main-main dengan cikgu. Malas dah cikgu nak kisahkan kamu. Suka hatilah!
(Jangan biarkan cikgu kata "suka hatilah!" Itu tandanya cikgu benar-benar tidak mahu ambil peduli tentang kamu)

Ah! Kelas terakhir untuk 02/07/08... 1P. Kelas ni pun aku sayang juga. Sebab ada Syafik, Alfon dan Marcelus yang tidak menjengkelkan. Yang selalu dengar arahan dan ikut arahan. Mereka saja yang betul-betul buat kerja.
Reffendy dan Soleh yang nak belajar dan pandai. Juga Felario yang aku rasa boleh jadi pelajar contoh.. Walau bagaimanapun... hari ini menyaksikan segala perubahan yang aku tak sangka. Felario bukan seperti yang aku jangkakan... boleh tahan nakal juga. Tapi, mungkin sebab dia bosan. Yalah, dia sudah cerdik pandai. Kena belajar dengan mereka yang masih merangkak. Huh!
p/s:: Felario yang berdiri tegak berbanding yang lain.

Pelajar perempuan? Susah nak tafsir mereka ni. Kurang bercakap berbanding pelajar perempuan 1H.

Aduh, cikgu penat sudah. Lain kali kita cerita lagi.. Panjang nih kamu mau baca. Jadi selamatlah ya!

Salam.
Peace!

4 comments:

CiK NaB AnGGun said...

alahai..betuahnye anak murid dapat ticer rajin bercerita tentang kaworg..huhuh..kalaw sy jd anak murid ticer ida..sy pasti akan bg ticer cokelat coki2 tnda sya syang pda cekgu..hahah!

CiK NaB AnGGun said...

adeh..btuah punye cekgu..nnt murid2 rase femos apabila gambar mreka dklik2..hentikan...!!huhuh

Anonymous said...

Aite!! me loike it!!
Walaupon baru few months jd cigu, tp u mcm very experienced in reading students' behavior...syabas2!!

sickchild said...

best gile skolaa. huu rindu siot.