Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 July 2008

Baby

Hari ini 28 Julai 2008... lagi beberapa hari nak masuk bulan Ogos..

Sepanjang hujung minggu ni, banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya dan kami (penduduk taman Rizalman). Perkara yang menyebabkan saya tak dapat nak online seperti biasa, sehingga ada yang bertanya.

Perkara pertama, pada hari Sabtu, sekolah saya mengadakan kursus pembestarian untuk para guru. Kursus yang sepatutnya dijalankan selama lebih daripada 4 minggu cuma dilakukan dalam tempoh sehari sahaja. Itupun, banyak lagi sepatutnya yang kami belajar tentang pembestarian sekolah. Walau hakikatnya agak susah mahu diaplikasi kepada pelajar sekolah Apin-Apin.

Perkara kedua, Kak Fizah dapat 'baby' yang dinanti-nantikannya. MyVi SE hitam. Terpaksa dia dan Kak Fiza serta cik Saufi diiringi dengan anak-anak Kak Fiza; Fakihah dan Afham menyewa teksi ke KK semata-mata nak pergi ambil kereta Kak Fizah. Mereka pergi pada pagi Sabtu dan terus pulang ke Keningau sampai pada pukul 7 lebih. Selepas ni, tak perlu lagi kami menyusahkan sesiapa, atau terpaksa menunggu bas jika mahu ke pekan. Keesokan harinya, kami ronda-ronda sakan dengan kereta baru. Punggah habis barang yang tak dapat dibeli sebelum ni masuk ke dalam kereta.

Alahai, bilalah saya pula nak pakai kereta. Tali entah ke mana, takkan nak beli kerbau kot. Kak Zah, insya Allah akan beli kereta tahun depan selepas berbincang dengan keluarga dia. Ada halangan yang menyebabkan dia tidak dapat nak beli kereta sekarang.

Perkara ketiga, Kak Za (banyak sangat nama lebih kurang sama kat sini) baru bersalin anak ketiga malam Jumaat yang lepas. Bayi perempuan yang diberi nama Nur Syafiqah Irwina bt Shamsuri. Namun, menurut cerita, terdapat komplikasi kepada Kak Za. Ketika bukaan masih lagi 4cm, dia telah meneran dengan kuat sehingga menyebabkan tempat keluar bayi tu terkoyak teruk. Akibatnya, dia tak dapat nak gerakkan kaki walau seinci. Sakit sangat katanya. Kemudian, pada petang Ahad, tiba-tiba dia meracau nak campakkan bayinya ke bawah dan dalam keadaan sakit, dia meronta-ronta.

Sepanjang malam, kami bergilir-gilir melihat keadaan Kak Za. Cik Suri (suami Kak Za) kelihatan sudah keletihan dan tak tahu apa nak lagi nak dibuat. Adik Kak Za yang baru sampai dari Kelantan pun seolah-olah hilang punca dengan keadaan kakak dia. Apa tidaknya, dengan mata tertutup, dia mamah gigi dia sekuat hati, kaki menggeletar kuat, tangan digenggam seolah-olah ada sesuatu. Dua-tiga orang ustaz dipanggil untuk bacakan sesuatu. Yalah, orang baru bersalin, manalah tahu kot ada apa-apa yang tak kena. Lebih kurang pukul 11.30 malam tadi, barulah dia dibawa ke hospital.

Dan, sekejap tadi kata mereka yang pergi Kak Za sudah sedarkan diri. Malah, dia sebenarnya tak ingat apa yang berlaku. Orang meracau, kesakitan, kepanasan memanglah tak sedar apa yang terjadi. Mereka ingat mereka sedang tidur dan merasakan tidur mereka sangat lena dn panjang. Saya dah tiga kali tengok orang meracau macam ni; papa, paklong dan Maksu Za.

Malam ni, bacaan yassin dan al-quran akan diadakan di rumah Kak Za, jadi kami geng-geng bujang dikehendaki menyediakan minuman dan mengemas rumah dia apa-apa yang patut. Oh ya, tadi, Kak Shitah pulang dari hospital bersama adik Kak Za. Anak sulung Kak Za, Syahira a.k.a Kak Ya (6tahun) turut sekali. Sebaik sahaja dia turun dari kereta terus dia depakan tangannya dan mendukung adik kedua dia, Syahmi. Sebak aku tengok situasi begitu. Ibu di hospital, ayah sibuk nak uruskan ibu, nasib baik ada orang sekeliling yang tolong menjaga mereka tiga beradik. Yang bongsu; si newborn Kak Zan yang jaga. Apalagi, dengkilah Aniq, umi dia jaga baby lain.

Okeh, saya mahu sembahyang Maghrib kemudian terus ke rumah Kak Za.

Daa~~ for now. Salam
Peace!

2 comments:

Anonymous said...

Weee...teringat dlm newspaper about SM tanjung Lumpur in kuantan pasal histeria cases tu. Seraaaaam...

s.c.h.u.l.t said...

uih..takutnyer...

tanak beranak..nk caeserian jela cmni.. (eh,cam syud tgh mngandung plak) hehe