Beberapa jam yang lalu telah berlaku kejadian 'keluarhitam' ...eh.. blackout di kawasan tempat tinggal kami. Sebenarnya kejadian terputus bekalan elektrik bukanlah perkara yang menghairankan di sini. Setiap bulan pasti akan berlaku kejadian ini.
Ketika anda sedang menonton televisyen.
Ketika anda sedang membasuh baju... err.. pakai washing machine la...
Ketika anda sedang menanak nasi.... electric rice cooker daa!
Ketika anda sedang syok berchatting gosip dengan rakan anda... Huh~ tensen...
Tapi, apa nak buat. Sudah lumrah kejadian bukan-alam-semulajadi di sini. Anda harus sentiasa bersiap sedia. Walau bagaimanapun, selalunya tak sampai 5 minit, bekalan dapat di sambung kembali. Saja je nak main chikuchak! Ataupun, selalunya bekalan akan terputus pada pukul 10 malam ke atas di mana sebenarnya nak suruh masuk tidur!
Begitu juga di sekolah, tengah syok berbual di bawah putaran kipas, auntie Mathilda tengah buat kerja memfotostat, tiba-tiba... ting! Bekalan pun tiada. Tapi sekejap sajalah. Tak lama, tak sampai sejam.
However, nevertheless, thus, walaupun begitu, namun demikian...
Semalam bekalan elektrik di sekolah terputus dari lebih kurang pukul 9.30pagi sehingga...entah, saya pun tak tahu bila ada balik sebab apabila saya mahu pulang, bekalan masih belum dapat disambung. Sampaikan aktiviti untuk PPIM tergendala.. mahu guna LCD sama Laptop, tapi dah tak ada elektrik... terpaksa cari backup plan di saat-saat akhir. Dan terima kasih di atas ingatan tulus ikhlas otak saya ni, teringatkan permainan yang disumbangsarankan oleh encik Syahar Azizan... Buaya biawak! waaahaha.. Amek! Jadinya biayawawak... mula-mula ingatkan nak buat permainan mafia yang macam best tu.. tapi disebabkan kekangan masa, maka terpaksa ditukar. Yang penting, kita enjoy!
Itu di sekolah bertarikh 23.07.08
Hari ini di rumah bertarikh 24.07.08
Pada pukul 6.15 petang, tiba-tiba bekalan terputus. Sudahlah waktu itu saya sedang menggunakan laptop tanpa bateri. Mahu nangis! Risau takut jadi apa-apa kat lappy ni... Sekarang ni tengah menaip dengan keadaan yang berdebar-debar sebab kalau anda membaca entry yang tergantung, makna katanya bekalan terputus lagi!
Dalam pukul 7.00mlm, lampu berkelip-kelip, kipas mula berputar menandakan hayat bekalan elektrik dapat disambung, tapi seperti biasalah cuma terbalik saja... main chikuchak pulak!
Hamba tensen sebab panas... hamba mahu menaip ni... dua kali gak la main chikuchak sebelum dapat dari pukul 7.30mlm sehingga sekarang... (minta jauh terputus lagi!)
Okeh, seperti biasa, mukkadimah Shahida memang panjang. Yang diceritakan sebenarnya, sewaktu bekalan terputus.. peluang untuk berdiri di depan pintu rumah sangat cerah kerana tiada siapa yang akan nampak anak dara ini sedang menginta-ngintai di celah-celah langsir... Tiba-tiba sepoi-sepoi bahasa angin bertiup menyentuh pipi saya yang tidak gebu ini... membawa saya ke suatu perasaan yang... isyk... sob.. sob..
Kampung Baung, Malam... ketika bekalan elektrik terputus...
Perkara pertama yang akan kami sekeluarga lakukan tatkala berlakunya kejadian ini *aisshhh... putus lagi! Nasib baik kali ni pakai bateri, itupun tak full (8.56pm)*
Okeh... sudah bernyawa...tak sampai seminit pun.... sambung!
Perkara pertama yang kami lakukan adalah mengintai rumah-rumah di sekeliling kami untuk mendapat pengesahan status. Manalah tahu, kot-kot rumah kami saja yang kena potong *bil merah atas meja, sebab tu risau... wahahaha.* Tapi, tak pernah lagi rasanya sampai kena potong. Dapat bil merah papa terus bayar walau sedikit.. kot... (dululah, sekarang ni saya akan pastikan bil takkan merah lagi!)
Kemudian, kami akan duduk di luar rumah, sama ada di atas tangga ataupun di pangkin bawah pokok jambu sambil menikmati angin malam, lampu kereta yang berderu-deru di atas jalan raya. Kami akan bercerita apa saja yang mungkin terfikir di waktu itu. Ehm.. waktu ni, macam-macam cerita akan keluar. Entah kenapa, tapi masa ni kemesraan kami sekeluarga akan lebih terasa. Mungkin sebab muka masing-masing tak berapa nak nampak, dah tak malu nak bercerita sangat, luah perasaan. (kami ni keluarga yang pemalu dalam meluahkan isi hati masing-masing...hehehehe)
Pernah pada suatu ketika, Syafiqah tak nak tegur saya. Kononnya merajuk dengan kak long dia. Memang tak bertegur sapa langsung... pandang pun tak. Kalau kak long dia nak pujuk pun, dia mesti jual mahal. Kemudian, bekalan elektrik terputus. Seperti biasa, pelbagai cerita benar, cerita dongeng akan terluah dek isi kepala.. Saya bercerita tentang sesuatu, lupa dah apa... dan, tiba-tiba Syafiqah menjawab..
"Iqah sokong kak long! Iyo doh hok kak long ghoyak tuh..."
Mula-mula perbualan tu tidak ada apa-apa yang tergendala, sampailah saya perasan..
"Eh, umi. Buke ko ado budok tu baloh nga kak long... tibo-tibo dio sokong kak long bakpo?"
"Eh...eh... dok, dok... dok eh... bilo iqah sokong kak long nyo!"
Warrghahahaha... dan kami bergelak ketawa yang teramat sangat malam tu. Keesokannya saya cuba pujuk dia lagi, dan berjaya memulihkan hubungan kakak-adik yang tidak mungkin dipisahkan ini...
Ah! Rindu suasana tersebut dan kampung halaman yang jauh ditinggalkan beribu batu....
Salam
Peace!

1 comment:
syud penah kene black-out mlm hari shaz..wktu nk balik umah..dhlah umah tu 3tingkat..tangga gelap.. mrangkak2 nek atas..hehee
Post a Comment