Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 July 2008

Selamat Tinggal Sayang..*_*





Dulu..
aku sering mimpikan dia.
Aku sering angankan dia.
Aku selalu mahu dia.



Kini...
Dia pergi begitu sahaja.
Aku wajib melupakan dia.
Aku wajib meninggalkan memori dan suka duka kami bersama.
Jika aku mahu hidup.
Jika aku mahu seperti yang lain.



Ya Tuhan,
Engkau tahu apa yang aku alami di kala ini.
Engkau Maha Mengetahui setiap perjalanan yang aku lalui.
Kerana Engkau yang menentukannya.


Dan, aku pohon Tuhan..
Tentukan jalan-jalan yang baik.
Berikan lorong sufi yang suci untuk aku merangkak dalam gelap ini.

Secara lahiriahnya, dia sudah tiada. Aku sudah tidak bersama dia lagi. Dia telah hilang dari pandangan aku buat selama-lamanya. Aku tidak mungkin akan bertemu dia kembali selepas ini. Namun, itu tidak bermakna dia terus hilang. Dia sentiasa di hati aku sama ada dia ada di depan mata ataupun tidak. Aku sentiasa menanti detik kehadirannya di sisi aku. Yang membuat aku sentiasa senyum dengan lirikan mata rindunya. Sayup memandang aku minta dilepaskan. Namun aku menolak dengan alasan, dia masih kuperlu.




Kenapa kita harus begini? Mengapa aku yang mesti menanggungnya? Sedangkan dia... terus tersenyum menanti aku menjumpai kebahagiaan yang sering aku ucapkan.




Tak bolehkan andai kebahagiaan itu untuk kita berdua?
Tak bisakah gelak tawa itu selamanya bersama kita?



Aku rindu dia!

Aku mahu dia!

Tapi...

dia bukan untukku.

aku bukan untuk dia.



Aku sayang kau.

Kau tahu itu.

Aku mahu kau.

Kau juga tahu itu.

Tapi senang kau senyum katakan kau bukan milikku.

Tenang saja kau memelukku lalu melafazkan sayang, namun kita tak mungkin bersama.

Apakah maksud kau?





Sudah bertahun kita bersama, bukan senang untuk aku lupakan dia. Lebih sekurun kita berdua, dia tetap di hati. Tapi, aku harus lupakan dia. Aku WAJIB lupakan dia. Kuatkan semangat aku, Ya Tuhanku.


No comments: