Salam kedamaian, salam keindahan. Salam penghubung jiwa dan hati yang suci. Salam mengerat silaturrahim yang murni. Salam bersambut diiringi nafiri. *erkk, apa kaitan ngan nafiri ni? Hahaa...saja nak bagi rima.*
Apa cerita hari ini? Hmm... Cik Kucing Kertas, maaf saya telah berlaku kejam kepada Dearz anda kerana dia suka menyampuk yang bukan-bukan dalam kelas. Tapi, saya masih sayang dia dan mahu menjauhkan dia daripada Jayson. *Mata Jayson merah hari ni... hmmm?*
Kelas saya juga berjalan dengan sangat lancar kerana persediaan yang rapi. Walau bagaimanapun, yang lancar itu gurunya saja. Pelajarnya??? Semua terdiam. Sebab tak faham.. Uwaaa... nampak gaya saya kena buat-buat gagap la lain kali... kalau tak, laju je cakap, sepatah haram dorang tak faham.
Selepas kelas pagi tadi, ada seseorang datang ke sekolah. Pada mulanya saya ingatkan ada pemeriksaan kesihatan, rupa-rupanya ada orang menjual produk kesihatan di samping mengukur tekanan darah dan lemak di badan.
Jadi, saya pun terus ke sana kerana saya memang suka membuat pemeriksaan kesihatan meskipun waktu sakit, saya tak suka ke klinik atau hospital. Tunggu punya tunggu untuk pemeriksaan tekanan darah, saya tertarik dengan barang yang dijual iaitu:: sila rujuk di bawah::
Alat ini namanya LOW FREQUENCY THERAPEUTIC EQUIPMENT digunakan untuk tujuan mengurut. Ia mempunyai beberapa fungsi seperi Gentle Hammering, Continuous Hammering, Accupuntur, Naprapathy (ntah, saya pun tak tahu apa benda ni), Cupping dan Massage. Sekali tengok macam remote aircond pun ada. Dari kiri ada wire yang kelihatan seperti earphones, diikuti dengan wiring board untuk menyimpan electrode, dibawahnya adalah beg simpanan alat ini, kemudian yang macam remote itu adalah main unit atau alat kawalan (memang remote la! duh!) untuk mengawal fungsi akhir sekali electrode yang telah digunakan. Saya mencubanya dan memang sangat best rasanya. Walaupun saya yakin yang saya takkan gunakan sampai bila-bila, tapi dengan sukarela saya telah mengeluarkan deposit RM10 dan mempertaruhkan nyawa RM289 untuk benda alah ni. Uwaa..habis duit ku! Tak apa, secara positifnya saya boleh hadiahkan kepada kedua ibu bapa saya yang tercinta.
Okey, saya sudah beli jadi tiada guna saya menyesalinya. Saya akhirnya berjaya membuat pemeriksaan tekanan darah dan mendapati tekanan darah saya sangat rendah. 101/49. Manakala lemak badan saya berada pada tahap normal iaitu 23.6% bersamaan 11.3 kg. *Okey, seriously I don't understand all of this. Dah itu yang orang tu cakap... :p*
Katanya saya masih boleh tambahkan berat badan sehingga 50kg. Mamma mia! Tak mahu! Cukuplah berat badan yang ada sekarang. Cukup sesuai dengan ketinggianku ini. Peace..
Okey, line internet ini tidak berapa bagus sebenarnya. Chatting saya di Kapa pun asyik-asyik tergendala.
Sampai ketemu di lain hari dan waktu. Salam keceriaan dan salam kebahagiaan buat semua.
Salam.
ps: Esok ada jamuan sempena perpisahan Ustaz Azrin yang dapat bertukar pulang ke semenanjung, juga tanda meraikan kedatangan Cikgu Safri ke SMK Apin-Apin. Hari Sabtu ada makan-makan lagi. Bakar sate! Will be updated later. Daa~~


3 comments:
So sweet bagi kat parents.....belated parents' day kaa??
huhuu..slalu cmtu ah kan? dh beli tibe2 trase..'aaa..bknnyer guna pon!'
syud pny tekanan darah lg rendah.. slalu around 98/- (tahap yg mana org kata spatutnya pitam)
tp elok je mlompat cam kanak2 rebena..hehe..
genetik kot~
klo u ape2 kan my dear Dearz,
i giget la u balik nnt..hohoho..
mwahks utk Dearz...thehehee..;p
Post a Comment