Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

14 July 2008

Apabila Perasaan ini Dikelirukan

Sejak empat lima bulan yang lalu, hidup aku sedikit terisi dengan kekalutan fikiran yang cuba aku leraikan. Walau jauh mana aku pergi, dia sentiasa mengejar aku. Meski pelbagai cara yang aku lakukan untuk dia melupakan aku, ingatan aku pada dirinya tak pernah luntur. Lebih-lebih lagi setelah apa yang telah dia lakukan pada aku sedikit masa lalu. *tak ada apa yang serius, tapi agak serius bagi aku.*

Pada waktu itu, aku teramat yakin. Aku membenci dia. Aku akan lupakan dia. Lebih kurang sebulan kami terputus hubungan, tiba-tiba aku mendapat panggilan daripadanya. Walau dia tidak pernah aku ketemu, nombornya aku padamkan dari telefon tangan aku, YM dia juga aku lupuskan... suaranya tetap aku kenal. Masih, waktu itu aku terlalu membenci dia. Dia tidak layak untuk mendampingi aku. Dia terlalu jijik untuk aku kenali. Jadi, panggilannya aku jawab sambil acuh tak acuh. Malah, aku sempat memerlinya. Mungkin dia terasa hati dan merajuk, sekali lagi kami terputus hubungan. Entah mengapa, kali ini nombor telefonnya tidak aku padamkan walaupun aku memang tidak akan menghubungi dia.

Hampir setahun berlalu, ketika aku memulakan kerjaya di Machang, kegiatan alam maya aku bertambah rancak. Dalam kegembiraan aku bersama ahli kapasitor mengisi masa *atau lebih sesuai ponteng siber*, tiba-tiba YM aku ditegur oleh dia. Sudah tentu aku masih ingat nick dia, kerana aku memang takkan lupakan lelaki yang banyak mengajar aku supaya berhati-hati apabila mengenali lelaki.

Tapi, oleh kerana aku bukan pendendam *can forgive but cant forget* salam dia disambut mesra. Sejak hari itu, kami sering berbual di YM... yang pasti akan berakhir dengan sedikit salah faham. Rentetan kisah lalu yang tak boleh aku lupakan. Aku yang memulakan salah faham itu. Dalam masa yang sama, aku bertambah rapat dengan seseorang yang sama usia perkenalannya dengan dia. Waktu itu, aku menaruh hati pada insan itu kerana hidupnya, dirinya dan apa yang ada dalam dirinya.

Aku mula keliru. Apabila aku cuba fikirkan insan yang menambat hati aku, namanya, wajahnya pasti mengganggu mimpi aku. Siapa sebenarnya yang aku suka? Kenapa aku mesti ingat dia sedangkan insan itu lebih baik daripada dia? Setiap kali dia menegur aku di YM, dia seakan-akan meluahkan perasaannya pada aku. Tapi, sudah pasti aku tidak percaya. Aku takkan percaya apa-apa pun daripada dia. Walau dia mahu jumpa aku, sedaya mungkin aku menolak ajakan dia. Memang aku tak suka dia. Dia pinta peluang kedua, aku beritahu dia aku dah berikan dulu... dia sia-siakan...

Sampailah aku ke Sabah. Tiba-tiba terlintas di hati aku untuk beritahu dia yang aku mendapat tawaran kerja di Sabah. Padahal dia tidak penting untuk tahu semua itu. Sewaktu menyampaikan berita itu, dahi aku berkerut dan tertanya sendiri, apa relevan aku beritahu dia. Aku keliru lagi. Namun, oleh kerana tiada balasan, aku menganggap yang dia berputus asa untuk menjerat aku memandangkan aku jauh di seberang Laut China Selatan. Sekali lagi kami terputus hubungan.

Dalam tempoh tak sampai sebulan aku di Sabah, aku buat keputusan untuk berterus terang dengan insan itu yang aku menyukai dia. Tapi, dah memang nasib aku. Dia bukan untuk aku. Mungkin bukan sekarang. Memang aku kecewa. Tapi, entah kenapa aku tidaklah kecewa seperti mana aku kecewa dia mempermainkan aku dulu. Dengan insan itu, aku masih berkawan. Aku boleh terima hakikat aku, sekali lagi direject untuk kesekian kali oleh insan bernama lelaki.
Hampir dua bulan aku melayan perasaan, bertanya pada diri apakah kekurangan yang ada hinggakan tiada siapa sudi *tolong jangan komen, suatu hari nanti akan ada juga yang sudi... aku tahu..bosan sudah bah dengar kata-kata itu*, YM aku ditegur lagi. Dan, aku gembira. Aku tak tahu kenapa aku gembira. Mungkin kerana di saat aku perlukan seseorang untuk mengisi kekosongan, dia hadir. Dan seperti biasa juga, perbualan kami akan diisi dengan salah faham kerana rasa ragu pada dia masih ada.

Sesuatu menarik berlaku, meski pun aku yang memulakan salah faham itu, dia sedaya upaya memujuk hati aku untuk percayakan dia. Pelbagai cara dia lakukan tanpa putus asa. Katanya, dia sudah penat bermain dengan perasaan. Tak perlu dia permainkan perasaan orang kerana dia tahu sakitnya dipermainkan. Perlahan-lahan, kerak nasi ini menjadi lembut. Aku akur dengan pujukan dia, namun masih ada benteng yang aku bina. *sekali aku tertipu, susah untuk aku percaya*

Dia kembali meluahkan isi hatinya dengan izin aku *setiap kali dia beritahu isi hati dia, aku pasti halang*. Aku terima kata-katanya tapi benteng itu masih kuat, menjadi penyebab salah faham tak pernah hilang. Ada saja sebab untuk aku sakitkan hati dia, atau sebaliknya.
Hati aku juga meronta. Tertanya apa yang dia mahu dari aku, kenapa aku, kenapa?
Dan dia diam. Aku kembali keliru. Berhari dia tidak hubungi aku, dan aku memang takkan sesekali mengalah kerana sikap dia penyebab aku mengungkit kisah lalu.

Kemudian, dia akan kembali menghubungi aku seolah-olah antara kami tidak ada selisih faham. Bila aku buat bodoh, tak layan dia.. dia tahu macam mana nak pujuk aku. Tapi apabila aku terjatuh, dia langsung tidak menyambutnya. Apa mahunya? Kalau sekadar mahu permainkan aku, tak penat ke dia kejar aku berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Kalau betul dia sukakan aku, kenapa susah sangat untuk dia beritahu hal yang sebenar. Setakat berkias, berlapik kata, ya aku faham... tapi, aku perlu kepastian. Aku sendiri penat dipermainkan. Aku penat menanti. Perit sangat menunggu kepastian sedangkan banyak lagi perkara yang boleh aku fikirkan. Aku tak ada masa untuk biarkan seketika perasaan ini, fikir lain kali. Tidak, itu bukan aku.
Rasa yang ada itu terlalu suci untuk aku jadikan bahan sampingan. Aku perlu fikirkan jika aku mahu fikirkan. Dan jika sudah tiba masa untuk aku atur hidup ini, tolong berikan kepastian. Jangan buat aku tertunggu. Jangan biarkan aku jatuh tak bersambut. Jangan jadikan aku tempat kau melepaskan perasaan kemudian, apabila rasa itu singgah di hati aku, kau langsung tak mahu jawab.

Aku bosan hidup begini. Bosan menghadap rasa yang tak pasti...

ps:: Terima kasih fai, nurie, syud, ahmad (ehmm...caha ada ke tadi? kalau ada, terima kasih juga) yang banyak menolong saya meleraikan kekeliruan yang entah bila akan berakhir... Sekarang saya membenci dia, esok lusa... apabila hati ini sejuk... saya tak tahu... saya tak tahu apa yang dia nak buat lagi? Masih mahu bermain dengan kata-kata kemudian buat tak tahu? Atau berterus terang menyatakan perasaan sebenarnya..positif atau negatif... ya atau tidak...

3 comments:

Kucing Kertas said...

urgh? nama_ku tiada? huuu....
gambatte ne!
aku senantiasa disisi_mu..
jadi..cintai lah aku ni haa..;p

Anonymous said...

counseling session thru YM jom!!~

Anonymous said...

Hahaa cintai kucing kertas??!
Namaku jua tiada...menci la