Marilah kita sama-sama memanjatkan seribu kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana telah menjadikan hidup kita lebih sempurna daripada yang kita sangkakan... Amin..
----------
Hari ni bermula seperti sediakala. Tiada yang istimewa tentang kehidupan seorang guru, melainkan menghadapi karenah para pelajar yang 'istimewa'. Kelas aku bermula sebaik sahaja perhimpunan mingguan tamat. Namun, hari aku bermula pada masa perhimpunan itu.
Cikgu Aimah tidak dapat hadir ke sekolah atas beberapa sebab yang tidak dapat dia elakkan. Dari minggu lepas lagi dia dah pesan kepada aku untuk menguruskan segmen perkongsian ilmu sempena Program Selangkah ke Menara Gading. Memanglah aku tak ada masalah... cuma aku bermasalah kerana sering kali tersasul...
"Yang berbahagia, tuan pengerus... err, tuan pengetua...barisan penolong kanan 1, penolong kanan kokurikulum, ketua-ketua bidang, para guru dan para pelajar yang dikasihi..."
Huhuhu...
Masuk kelas 1H, aku memang dah putus asa dengan mereka... Kali ni aku tak suruh dah buka buku apa... aku yang tanya mereka, buku apa yang mereka bawa. Kalau aku suruh bukak buku Grammar, pasti ada yang menjerit;
"Cikgu, buku Comprehension ke? Saya tidak bawa buku Grammar."
Huhuuhuhu..
Dan, pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan...well, kecuali buku yang bercampur aduk..
Kemudian, aku kembali ke bilik guru menyiapkan RPH yang dah dua bulan, aku masih tak hantar lagi... 0920 aku ada kelas lagi dengan 1P pula. Walaupun pelajar ni dikira pandai, namun kadang-kala aku tak boleh kasi muka sangat. Akibatnya, Alfon dah berani menjawab, walaupun aku tahu dia cuma bergurau. (tangan dia tetap menulis)
"Saya tidak mahu belajar, cikgu."
Selesai, kelas 1P..aku kembali menyiapkan RPH. Akhirnya, RPH berjaya disiapkan. Well, bukan semua tapi sampai esoklah.
Aku ada berbicara dengan Kak Ida tentang disiplin para pelajar. Kesimpulan yang boleh kami buat, sistem pentadbiran pendidikan telah membataskan kerahan mendisiplinkan pelajar. Kalau dulu, guru-guru memang garang. Aku rasa tiada siapa pun tak ada orang yang tak ada pengalaman kena cubit, kena kutil, tarik telinga mahupun kena pulas perut. Kena rotan... itu kalau dah terlalu nakal.
Tapi sekarang, para pelajar dimanjakan. Tak boleh cubit, tak boleh tarik telinga. Tak boleh pukul tapak tangan pun. Semua tak boleh. Takut kena saman dengan mak bapak pelajar katanya. Habis, dulu.. tak ada pun macam tu. Kenapa sekarang? Kenapa ibu bapa sekarang terlalu membela anak-anak. Kononnya anak-anak mereka baik. Kalau baik, kenapa buat hal di sekolah? Kenapa mesti ingkar arahan cikgu? Mana disiplin mereka? Kita dulu yang kecut perut dengar tapak kasut cikgu pun, boleh kena. Apatah lagi mereka yang buat salah... yang langsung tak berdisiplin.
Budak-budak sekarang sangatlah manja. Aku pun tak faham. Tak faham kenapa ada ibu bapa yang melarang guru-guru mengajar anak-anak mereka. Bukannya nak membunuh mahupun mencederakan. Cuma nak memberi pengajaran dan tatadisiplin. Aku rasa dulu, tangan siapa tak merah kena pukul dengan pembaris? Mesti ada. Tapi, tak ada pula kes saman menyaman, atau ibubapa jumpa guru, marah-marah.
Apa lagi aku nak komen? Apa yang mampu guru-guru lakukan adalah membebel. Itu saja cara yang selamat (silap bicara, tak selamat juga!). Perlu diingatkan, memang kata-kata yang berterusan akan membuatkan remaja mudah ingat. Ya! Mudah ingat, cikgu si polan yang banyak mulut tapi tak mengajar (macam mana nak mengajar kalau bising.. lagi cikgu mahu bising!). Ingat, cikgu si polan yang suka bagi membebel, mulut laser... itu saja yang mereka ingat, kemudian dijadikan bahan ejekan ketika mereka berkumpul di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
Dah tak reti nak hormat guru. Malah rasanya perkataan hormat itupun belum tentu mereka mampu memberi tafsiran yang tepat.
Penat aku membebel di sekolah, kat sini pun masih mahu membebel?
Tidak, aku tidak membebel kat sekolah. Aku lebih suka gunakan sarcasm.... Hehehe..
"Tak ada buku? oh, rumah awak yang belajar rupanya. Tak apalah, biarlah. Nak buat macam mana kan?"
"Tskk...tssk.. cantik boxer (merujuk kepada pelajar lelaki yang sengaja memakai seluar di bawah paras pusat dan sengaja memakai baju bersaiz kecil)," lalu dia berpaling.
"Eh, cikgu nampak ka?" Segera dibetulkan baju dan seluarnya.
"La, bukan kamu memang kasi saya tengok ka? Saya ingat tadi ada pertunjukan fesyen dalam kelas ni?"
"Alalaa.. kuku ni kan untuk gali tanah kebun ya?"
Tersipu-sipu, lalu disembunyikan jari yang mempunyai kuku panjang.
"Setahu saya, kita ada lima jari kan? Kamu punya tiga saja? Kasian ya?"
Begitulah karenah pelajar aku. Lepas ni aku nak sentuh pasal rambut pula. Cuma tak jumpa ayat yang paling sinis... Jadi, para pelajar ku sekalian terutama pelajar lelaki 4P dan 4H, nantikan aksi cikgu merosakkan rambut kalian...
Hahahaha.... gelak jahat dan dengki...
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


No comments:
Post a Comment