Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 June 2008

Yeay!!! Akhirnya...

Akhirnya aku berjaya membeli laptop baru... Akhirnya aku berjaya online tanpa rasa bersalah atau rasa kekangan yang teramat sangat hanya kerana aku meminjam laptop orang. Yang penting, aku boleh lupakan segala perkara yang aku tak suka nak ingat dengan sentiasa bersama laptop ku ini... hehehe..

Namun begitu masih ada keburukan apabila aku ada laptop sendiri dengan talian internet yang tak mahal ni.... (tak silap RM5 je sebulan untuk setiap laptop.) Aku jadi lupa nak makan, lupa nak buat kerja hakiki, aku lupa nak buat kerja lain selain surfing internet, dan yang paling parah... kadang-kala aku lupa nak sembahyang... huhu... setan sungguhlah.. nasib baik juga aku tak lupa terus... kalau tak, baik aku buang je laptop ni... (akibat lupa makan, perut aku dah berkeroncong). Aku tahu, perkara ni sekejap je... lepas ni aku pasti akan boring dengan semua ni. Waktu tu aku rasa, laptop banyak masa tersadai... atau.. mungkin sebaliknya.. tiada siapa yang tahu...

Semalam atau kelmarin (budak-budak selalu gelakkan aku setiap aku sebut 'semalam', bagi mereka, 'semalam' tu malam tadi. tak pernah jumpa istilah semalam sebagai 'yesterday'), aku, Kak Zah, Kak Piah, Kak Roha, Kak Azah, Kak Era, Kak Su dan Yus telah ke Kota Kinabalu dengan dua buah kereta; kereta Kak Azah dan kereta Kak Era.

Tujuan utama ke sana; kak Azah nak hantar adik sepupu dia yang dapat tawaran ke UMS, manakala Kak Era nak kena hantar kereta dia untuk diservis. Aku ikut sekali sebab alang-alang ke sana, aku boleh beli laptop. Kak Zah pula nak tengok kereta yang nak dibelinya nanti.

Kami bertolak dari rumah pada lebih kurang pukul 7 pagi. Aku dan Kak Zah naik kereta dengan Kak Era dan Kak Su. Kami bertolak sekali sebab Kak Era tak tahu jalan nak ke pusat servis. So, Kak Piah akan lead jalan.

Oleh kerana Kak Era adalah seorang pemandu amatur, maka sepanjang perjalanan kami... banyak bunyi yang terhasil...

"Era, apasal masuk kiri? Era, anjing tuh! Era...."

Kak Era pulak jenis yang suka buat lawak... maka, dalam duk saspen cam tu pun.. masih lagi gelak-gelak. Sudahlah jalan ke KK melalui Tambunan sangatlah mencabar... Ambil jalan kampung pulak, boleh tersasar masuk lumpur... mulalah, Kak Era pun...

"Huu... habis kereta aku kotor."

Oleh kerana Kak Azah adalah tergolong dalam golongan pemandu yang mahir, maka dia telah meninggalkan kami yang bergerak dalam kelajuan 60-90 km/j.

"Try antar mesej ke Cik Azah, jangan lupa wei pemandu amatur ni..."

Seketika, kereta Kak Azah diperlahankan.

Sampai di Gunung Emas, Kak Era bersorak. Dengan rasminya, dia memberikan kedudukannya sebagai pemandu kepada Kak Su. (Itulah sebab Kak Su ikut). Di puncak Gunung Emas, cuacanya memang sejuk dan aku memang tak tahan sejuk ni... Walaupun berseluar jeans yang tebal, aku masih kedinginan. Macam manalah Kak Su dan Kak Zah yang berbaju kurung?

Dengan Kak Su sebagai pemandu, maka perjalanan menjadi lebih mencabar. Perlu diingatkan bahawasanya Kak Su adalah seorang pemandu F1 wanita SMK Apin-Apin... dengan jalan yang berliku-liku... ada selekoh patah lagi, lori F1 jugak... memang aku kecut perut. Tapi, okeylah daripada Kak Era yang sering terbabas masuk jalan orang... huhuhu... sorry kakak-kakak sekalian.

Kereta kami berpisah di Bulatan Moyog, di mana Kak Azah mengambil jalan ke kanan, kami terus ke bandar KK. Berpandukan peta yang diberikan oleh Kak Piah, kami mencari Perodua Service Centre dan sampai di sana pada pukul 10 pagi. Ada kejadian lucu, tapi tak payah ceritalah. Lucu tapi memalukan...

Lama jugaklah servis tu, dalam pukul 12.30 tghari baru siap. Dalam tengah menunggu tu, Kak Zah sempat melihat kereta yan ingin dibelinya. Proton Saga Aeroback tahun 2002. Okeylah, enjin masih best, dalamnya pun bagus lagi. Tapi ditawarkan dengan harga RM 16, 500. Kak Zah nak minta kurang lagi memandangkan dia perasan ada kemek di pintu sebelah kiri. Hhehehehe..

Lepas servis selesai, kami terus cari Karamunsing Complex atau Kak Era menyebutnya sebagai Kamarunsing... Tak tahulah, dia tersilap sebut atau memang sengaja dia sebut begitu. Oleh kerana kami ni masih baru di KK, kami tersilap jalan. Patut masuk Jalan Nenas, kami masuk Jalan Kolam. Nasib baik Jalan Kolam, bukan dalam kolam!

Sampai di Karamunsing Kompleks, aku terus keluarkan duit dan cari kedai. Aku memang tak nak fikir panjang sebab aku dah lama fikir tentang pembelian ini. Lagipun aku spend 3k, harga yang ditawarkan jauh lebih murah dan specs nya sama malah lagi bagus seperti yang aku dok rancang selama ini. Yahooo!!!

Setelah selesai mendapatkan laptopku, Kak Zah dan Kak Su dapat kamera baru. Kak Era beli beg baru, maka kami pun pulang. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Pada awalnya, Kak Era rancang nak ke Pasar Philippines. Tapi, apabila Kak Roha mesej kata nak balik dah. Takut lewat nanti, kabus tebal menyelubungi puncak, susah nak balik. Lagian, sekarang ni selalu hujan petang-petang.

Memanglah kami tak nak ke Pasar Philippines, tapi Kak Su tersesat jalan, jadi kami tersesat sampai ke sana... tak singgah pun atas sebab yang telah dinyatakan. Perjalanan pulang sangat best, sebab kabus mula menampakkan diri. Lawa sangat dan sejuk juga. Hujan juga renyai-renyai.

Sampai di puncak, memang tak nampak jalan dengan lori yang bersimpang siur. Lori potong MyVi...ok! Atas gunung yang curam... huhuh.... perjalanan sampai ke Tambunan, Kak Era ambil alih. Kesian kat Kak Su katanya. Kali ini perjalanan lancar walau kadangkala Kak Era sendiri yang berbunyi.

"Ah, lembu nak melintas. Macam mana ni?"
"Suka hati nenek dia je anjing ni melepak atas jalan."

Sampai di Bayangan, Kak Piah mesej aku tanya di mana kami berada. Sangka kami, mereka risau kami tak sampai lagi memandangkan hujan semakin lebat dan hari semakin gelap. Rupa-rupanya mereka yang tak sampai lagi. Ada di Tambunan lagi. Huhuhu....

"Mesti dorang pegi pasar Philippines ni.. jomla patah balik." yea, Kak Era bergurau sahaja. Gila apa, dah sampai Bayangan nak patah balik ke KK...

Maka, sampailah kami di rumah pada pukul 6.30 ptg, diiringi hujan yang baru lepas lebat.

Hari ni, seawal pukul 7.30 pg, rumah Kak Fiza buat makan-makan nasi lauk kegemaran aku, masak lemak kuning ikan tenggiri... Yummy! Sempena majlis cukur jambul anak keduanya... Ahmad Afham bin Saufi.. ya, aku tahu nama dia adalah nama Afham... kawan aku. Lepas makan, sekali lagi aku dan Kak Zah berserta Kak Su dan Kak Roha keluar. Kali ni kami ke Tamu Ground Keningau untuk cari barang-barang dapur sebelum aku menyusahkan Kak Su untuk ke bank mahu bank in duit kepada keluarga. Seterusnya kami ke Servey dan aku shopping lagi macam tak boleh datang lagi dah.

Sekian terima kasih....

No comments: