Okey, aku telah melanggar janji aku sendiri untuk tidak lagi meminjam laptop Kak Zah untuk urusan peribadi... sesungguhnya aku memang tidak dapat menahan rasa gejolak di dalam dada untuk melayari alam maya... huhuhuuhu...gila!
1.26 a.m.
Aku pinjam laptop dia ni bukan saja-saja. Aku tengah cari bahan nak mengajar esok. Dah janji dengan budak2 1P... nak tebus balik lesson minggu lepas yang membunuh jiwa mereka... aku telah memboringkan mereka yang dengar kata kerana mereka yang tidak dengar kata telah menghapuskan mood aku...
Hari Isnin yang lepas, kami dapat jadual baru. Minggu sebelum tu, Cikgu Hamid (PK1) jumpa dengan aku dan tanya, selain daripada bahasa inggeris, matapelajaran apa yang aku boleh ajar. Maka dengan jujurnya aku menjawab, apa saja kecuali Math dan Sains.
Oleh yang demikian, bermula pagi tadi, aku telah rasmi menjadi guru matapelajaran Geografi untuk tingkatan 4. Nasib baik Cikgu Kharazil dah ada semua nota untuk pelajar. Aku cuma tunjukkan, biarkan mereka salin kemudian, terangkan mana yang patut. Hari ni aku sambung daripada bab 5: Sistem Suria dan Kesan Pergerakan Bumi. We had fun! Tak sangka aku masih terer Geografi walaupun dah 9 tahun aku tinggalkan subjek tu.
Selain daripada itu... aku tak tahu macam mana boleh terjadi... but it already happened... Kak Roha punya kerja, maybe. Aku diberi jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris, and I had my first meeting as Head of Panel yesterday... Thanks to Mr. Joseph (former HEP), without him I didn't know how to handle the meeting properly.
Aku rasa guru BI sebelah petang lagi bagus daripada guru BI sesi pagi. The programs went very well. Results increased from less than 50 to 78 students who passed in the latest exam. For morning session, I didn't get the report since the responsible person, Mr. Kalai and Miss Viana were not at the meeting. Dahlah guru BI sesi pagi, mostly non-option teacher... just me and Mdm. Amy...
Morning Session:
1) Me (new) OP
2) Mdm. Amy (new) OP
3) Mdm. Nari
4) Mdm. Maidah
5) Mr. Kalai
6) Miss Viana
Evening Session:
1) Mr. Joseph
2) Mdm. Rosebiah
3) Miss Masroha (new) OP
4) Miss Lee Mui Lan (new) OP
All I can say, apart from me and Kak Roha, all of them are experienced teacher. Meanwhile, Mdm. Amy used to become SPM marker for English paper. Mulan used to teach at primary school before continuing her KPPG. Aku??? Less.. very limited exprienced tiba-tiba dilantik sebagai HEP? Uhhhh... alangkah baiknya kalau Mdm Amy datang sebelum lantikan itu... maka sudah tentu dia yang akan dilantik, bukannya aku.
Sudahlah tu pulak, Cikgu Ken suruh aku buat program Komunikasi Berkesan untuk PRS. Fine,
no hal... tapi cam ne ek? Yda, please help me!!
4 hari aku demam selsema. Macam mana tidak nya! Cuba bayangkan...2 minggu berturut-turut tak berehat betul-betul. Start daripada bertolak dari KB ke KL, flight KL-KK, terus balik Keningau, sampai dah malam. Keesokannya sekolah... 5 hari kerja, lepas tu sambung pulak ke KK iring pelajar pada hujung minggu, balik hari Ahad, pun sampai malam, esok sekolah...5 hari lagi, kemudian tambah pulak sehari... hari Sabtu ada sambutan hari guru... Masa mengajar, aku terjerit-jerit bagai nak rak sampai sakit tekak... hari Sabtu dah rasa kurang sihat, lagi mahu main sukaneka (tak boleh mengelak, para guru diwajibkan menyertai sukaneka kecuali yang mengandung), Ahad demam teruk. Dahlah aku dok sorang-sorang kat rumah. Kak Zah dan Kak Fizah ke KK nak tengok kereta. Terima kasihlah Kak Azah dan Kak Zan yang sudi melawat dan bertanya khabar. Alhamdulillah, hari ni lega sikit.
Oleh kerana permulaan yang bagus hari ni, 4H bagi respon yang bagus, aku dapat mengajar dengan senyuman. Walaupun ada pelajar yang menjadi mangsa aku... hahaha... kena potong kuku yang panjang macam pontianak tuh!... tapi aku lakukannya dengan penuh berhemah. Pelajar 4H, lupa nama... kuku dia memang terjaga rapi.. tapi maaf, ini sekolah, ok? Jekiol, 4P, alalala... cam nak nangis je bila aku suruh potong kuku yang sengaja dicat dengan liquid paper (di sini dipanggil blanko)... ada ka patut? Muka dah hensem, sekali kuku... pengsan!
Aku harap minggu depan aku dah boleh beli laptop since gaji dah masuk.... =)
Cakap pasal gaji, sekolah Kak Fizah dah dapat slip... sekali dia tengok slip gaji dia... RM19,000.00 ++ .... Siapalah yang tak terkejut? Aku rasa kalau tak fikir panjang, mahunya melompat kat situ... tapi kerana tahu itu pasti berlaku kesilapan, maka dia telah bertanya, apa yang terjadi? Kemudian, dia terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk dipulangkan kepada yang sepatutnya. Huih! Kayo ekau kalo betui!
Okeylah, sekarang tepat 2 pagi. Aku kena tidur. Buat-buat lupa pulak esok sekolah. Nampaknya, tak jadilah aku nak bagi budak-budak 1P tengok video... susahlah kalau tak reti IT ni.... dengar lagu je lah yea... daaa for now!
Wassalam...
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
Wiiii u mentioned my name!! Eheheee...wehh 19K?? bole beli kete tuuuhh...eyhh u tak reply my msg??!! about ahern's new novel..huhuu majuklaa camni...tanak tolong u...pffttt :P
ekekekee...pape sms i ye?? insyaallah i tlg, pastu kalau pjg sgt, email me...or facebook me...or fs je...ekkeeke..ok taaaa...miss u!!
Ouhh btw, get well soon aite??!!
Jg kesihatan bek2...it's better if u amik supplement...besok i nak tgk "sepi" with my mum...huhuuu..takde gang muvi lorrr...
Post a Comment