Di sini, hari ini saya menulis lagi.
Tapi, saya tidak tahu mahu menulis tentang apa. Tiada cerita menarik pun. Sekejap, mahu berfikir sejenak... hmm...
Oh ya.. saya lupa mahu khabarkan.. Ustaz dan KakYah (jiran sebelah) telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Putera. Nuaim Nasrullah namanya. Nampaknya cukup dua pasang cahaya mata ustaz dan KakYah. Naufal a.k.a abang Papau... eheks... sudah ada geng...
Malam semalam ada majlis cukur jambul Nuaim. Rumah kami dijadikan tempat untuk selawat dan majlis potong jambul memandangkan rumah kami tidak ada banyak perabot. Dari petang kami bergotong royong menggoreng ayam dan potong sayur. Macam bagus pula perasaannya kali ini. Hmm... mungkin kali ini saja.
Ok. Serius, saya tidak tahu nak tulis apa. Jadi, saya berhenti di sini saja.
Salam
Peace.
Peace.


2 comments:
:D pasni kenduri cukur jambul baby sape plak? ;)
shaz ni bila pulak nak timang anak ni? :)
Post a Comment