Salam semua. Ini entri kedua untuk 22hb April. Seawal jam lebih 2 pagi, saya sudah pos satu entri. Tapi, saya mahu pos satu lagi entri.
Ingat tak entri sebelum ini berkenaan Cikgu Kennedy menyuruh saya ganti dia jadi penceramah jemputan di SMK Keningau II untuk pelajar-pelajar SPM? Ehm, saya tidur lewat sebab membuat slaid dan praktis untuk ceramah itulah.
Apa yang saya mahu kongsikan di sini adalah perasaan saya.
Sewaktu diberi peluang, saya rasa tidak layak langsung. Lebih-lebih lagi sebagai seorang guru baru rasanya peluang itu datang terlalu cepat. Saya masih menganggap diri saya baru sebab banyak lagi yang perlu saya belajar.
Sudah setahun saya di sini. Sepatutnya banyak sudah yang saya belajar, tapi saya rasa masih tidak cukup. Dalam masa yang sama, saya sebenarnya malas sudah mahu belajar. Macam mana? Ehm...
Jadi, sebaik sahaja kaki melangkah ke atas pentas, lutut saya menggigil. Pandai gegar lutut saya ni bah. Kena pula, thumbdrive saya tertinggal di rumah atau mungkin ada di dalam beg tapi kerana saya terlalu gementar, saya tidak jumpa. Nasib baik, saya bawa laptop sekali. Namun, masalah lain pula. Lappy buat hal di saat-saat begini. Adeh!
Alhamdulillah, saya berjaya mengawal perasaan gemuruh dan terus bercakap tanpa bantuan visual. Huhuhu... sesungguhnya saya sendiri tidak percaya bahawa saya mampu mengawal keadaan. Dalam masa sedang bercakap, berulang kali saya tanya diri sendiri, betul ke Shahida yang sedang berdiri dan bercakap? Bukan kena rasuk atau ada semangat luar masuk ke tubuh saya?
Semangat! Itulah yang saya perolehi sepanjang berkomunikasi dengan para pelajar SMKKII. Saya benar-benar ikhlas dan bersemangat berkongsi masa dengan mereka. Mungkin sebab itu, lama-lama gegar di lutut semakin menghilang. Malah, saya rasa masa cepat berlalu.
Setelah selesai, saya mendapat cenderamata kenang-kenangan, sijil penghargaan dan rezeki yang Tuhan bagi. Terkesima saya sesaat tatkala membaca apa yang tertulis di sijil penghargaan dan layanan yang saya terima.
Hari ini membuatkan saya terfikir. Saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang yang disegani. Mampu mengangkat martabat diri saya daripada manusia biasa kepada seorang yang luar biasa. Tapi, saya sendiri tidak tahu apa yang boleh buat ummi dan papa bangga dengan saya. Saya tidak pasti apa yang akan menjadikan adik-adik saya berada di sebelah saya dan tersenyum. Saya tidak yakin apakah yang boleh membuatkan saudara mara dan rakan-rakan memandang saya dan memberitahu saya yang meraka tidak sangka saya akan sampai ke tahap yang saya capai.
Apabila saya mendapat tawaran ke UiTM dalam bidang pendidikan TESL, saya rasa itulah yang terbaik. Saya rasa saya sudah cukup membanggakan ibu bapa saya. Masih terngiang dalam telinga saya ayat Po'Mudo, bapa saudara kesayangan saya *dan kamu juga spapet... i know~~*
"Tengok, Da. Siapa yang paling cemerlang sekarang? Da atau *sepupu-sepupu saya yang sebaya tapi mendapat tawaran matrikulasi dan pengajian diploma UiTM lebih awal dari saya, tiada nama di sini, maaf*? Walaupun Da lambat dapat tawaran, tapi Da boleh terus sambung degree. Walaupun Da dapat 2A dalam SPM, *** pun dapat 2A, tapi Po'Mudo yakin Da lagi cemerlang sebab Da dari sekolah harian biasa sedangkan dia budak MRSM."
Saya bangga dengan kata-kata semangat dari Po'Mudo. Saya bersemangat untuk terus mengubah kehidupan dan pandangan orang tentang diri dan keluarga saya.
Tiba saat saya mendapat tawaran di Sabah. Kebanggaan untuk kedua orang tua saya meningkat lagi. Di kala ini, mereka yang dulu mendahului saya ada yang terbabas di tengah jalan. Saya sengih saja. Ada yang masih tergapai-gapai. Saya senyum. Ada yang sedang mencari arah tuju diri. Saya diam.
Sekarang, saya terfikir. Adakah saya akan membuatkan ummi dan papa saya sekali lagi berbangga dengan saya? Percayakah orang-orang di sekeliling saya bahawa saya bukan lagi Shahida yang pemalu, pendiam seperti dulu. Saya masih pemalu, sebagai seorang gadis yang memegang teguh adat ketimuran. Tapi, saya tidak lagi malu untuk berubah kepada yang lebih sempurna. Saya masih pendiam, untuk perkara-perkara yang tidak perlu saya hebohkan. Tapi, saya suka mengwar-warkan apa yang boleh dikongsi bersama.
Mungkin belum masa lagi untuk saya betul-betul berbangga, apatah lagi untuk saya mendabik dada. Namun, setakat ini saya percaya. Percaya saya akan jadi lebih baik lagi. Doakan saya.
Kredit kepada: Cikgu Kennedy Alip kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menggantikan beliau dan membuatkan saya bangga dengan diri sendiri. KakZahN yang terpaksa bangun awal pagi untuk menghantar saya ke SMKKII, cik Yus, cik Era dan warga SMKKII. Kawan-kawan yang memberi sokongan juga.
Tidak pernah dilupakan. My Honeybear~~ Terima kasih Sayang sebab temankan saya berjaga untuk menyiapkan slaid dan praktis juga mendengar celoteh saya dinihari tadi. Terima kasih banyak-banyak. Sayang ayang~
*Macam terima anugerah pula. Padahal baru satu sesi ceramah. Huhuu*
p/s: esok ada Seminar Motivasi PMR/SPM di sekolah saya sendiri pula. Saya sekali lagi ditugaskan di bahagian pengerusi acara. Tapi, esok juga saya ada kelas dengan pelajar 1 Intelek... Saya mahu masuk mengajar. Macam mana ya? Ehm..
Salam.
Peace.


5 comments:
tahaniah
rasanya nk first time apun komen kt blog sy... sepatah je? huhuu.. tapi apa2 pun, thank you~
setiap org ada rezeki masing2 kan? di mana pun dicampak pasti dia boleh survive.
cikgu syazmiey boleh bah!
saya tumpang bangga nih. :)
Wiiii im so proud of u!! See... told ya...u CAN DO IT!!
thanks so much babe!
Post a Comment