Salam kalian yang membuka dan seterusnya membaca entri saya pada kali ini. Hari ini saya ada beberapa peristiwa untuk dikongsi bersama. Peristiwa lucu, peristiwa menggigil perasaan, peristiwa menakutkan...err... tidaklah takut sangat tapi takutlah juga. Macam-macam ada, seperti kata TokWan "Astro".
Peristiwa pertama yang ingin saya kongsikan bersama. Ingat tidak pada entri sebelum ini saya ada beritahu kalian tentang operasi memotong rambut kepada potongan 1-1-1? Hah! Pagi tadi, seawal 7.20 pagi kami dapati pelajar lelaki lambat masuk ke kelas selepas perhimpunan harian. Setelah kami sampai di dewan yang juga merangkap kantin, rupa-rupanya operasi 1-1-1 sedang dijalankan. Wahhh!!! Suka hati campur geli geleman tengok masing-masing kena cukur. Baguslah!
Baiklah, saya tidak mahu cakap banyak. Sila rujuk gambar untuk keterangan lebih lanjut.
Tebas! Jangan tak tebas!
Tunduk dik? Malu ka?
Azwan Ashley yang sudah menjadi mangsa. Oo... Peace ya?
Masa ini semua buat muka hairan. Kenapa cikgu datang dekat dengan kami? Bukankah tadi cikgu sedang makan?
Kelihatan Richard sebelum dibotakkan *sedang memandang kamera dengan poss yang macam macho*
Kelihatan Richard sebelum dibotakkan *sedang memandang kamera dengan poss yang macam macho*
Kamu semua... Boys, tengoklah kamera ni. Cikgu mo masukkan dalam internet. Blog cikgu.
Sekali semua tutup muka.. malu kah?
Sedang menunggu giliran. Termasuk Junior Gilbert, PRS sekolah. Adehlah! Zzzaap tepat menusuk ke hati cikgu. Sakit bah! Sakit hati.
Richard. Tengok sini bah!
Alalaa... hilang sudah kehenseman dia. Kihkihkih...Saya panggil dia Hero Hindustan. Sebab? Sebab suka bebenar dia buka butang baju menampakkan dadanya yang konon bidang itu. Okeylah, memang tegap pun badan dia. Tapi rasanya tidak perlulah kan?
Masih terngiang-ngiang kata-kata Cikgu Mony.
Tunjuk muka tu bah.. Orang hensem Apin-Apin ni kita kasi masuk buletin sekolah.
Bukan buletin cikgu, blog, internet terus!
Nurie/Syud :Saya masih tidak sempat mahu ambil gambar Hezron/Jayson. Tidak ketemu sama mereka lagi sejak hari itu.
*******
Cerita seterusnya.
Semalam ketika mesyuarat untuk program Elit PMR/SPM, Cikgu Kennedy menyuruh saya menjadi penceramah untuk Ceramah Pengurusan Diri dan Masa di SMK Keningau II. Aaaa.... Apakah? Saya? Kenapa?
Saya kata, bagi masa untuk saya fikir.
Dia kata, peluang bah.
Saya fikir, memanglah peluang. Tapi saya? Diri dan masa saya sendiri pun belum tentu terurus... tidak terurus pun rasanya. Uhuhuhu...
Hari ini, dia tanya saya. Macam mana?
Saya gelak cuak. Memang saya cuak. Mahu tolak, rasa macam rugi. Betullah ini peluang. Tapi mahu terima, rasa macam tidak layak. Eh, bukan macam tapi memang saya tidak layak! Kerja saya banyak yang tertangguh akibat pengurusan diri dan masa yang tidak sistematik dan efisyen. Saya mungkin tahu teorinya tapi saya sendiri tidak mengaplikasikannya, jadi bagaimana saya mahu beri ceramah pada orang? Memanglah mereka hanya pelajar, tapi kalau bab-bab motivasi begini, biarlah yang benar-benar layak. Yang betul-betul ada contoh yang sesuai.
Namun begitu, akhirnya saya kata ya. Aduih! Tapi tidak mengapa. Ada Cik Era dan Cik Yus. Kalau saya segan-segan, malu-malu kambing, saya akan memastikan mereka menjadi mangsa saya. Eheh.
*******
Cerita yang berikutnya.
Kelmarin... dua hari lepas... ketika saya masih mamai-mamai dan KakPiah serta KakHa sedang berbual dalam perjalanan menuju ke sekolah, tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu dentuman yang kuat diikuti dengan henjutan yang agak mengejutkan pada kereta KakPiah. Saya memanglah melatah tak ingat... uhuhu...
Rupa-rupanya tanah mendap terjadi lagi dan kali ini lebih rendah daripada biasa. Biasanya tanah mendap terjadi tetapi tidaklah sampai menyebabkan lubang. KakPiah berulang kali juga mengucapkan rasa tidak senang hati memandangkan kereta dia yang terjurus ke dalam lubang itu.
Tanah mendap ini terjadi kerana di bawahnya merupakan aliran air sungai. Sejak dua menjak ini memang kerap hujan lebat, jadi tidak mustahil aliran sungai yang deras akan menyebabkan pergerakan dalam tanah berlaku dan seterusnya menghakis tanah yang berada di permukaan dan menyebabkan tanah mendap. Sepatutnya buatlah satu lubang konkrit untuk memastikan tidak berlaku pemendapan, tapi kontrator JKR lagi arif mungkin. Ehehe...
Pada hari yang sama, sebelum kami sampai di tempat kejadian dan mengalami kejadian tersebut, rupa-rupanya Cikgu Sufian yang menaiki motor hampir terbalik kerana dia pun tidak perasan akan lubang tersebut. Begitu juga dengan Monica.
Semalam, lubang itu ditampal kembali dengan batu-batuan dan tar.
Pagi ini, dalam perjalanan ke sekolah. Ketika melalui jalan Bingkor By-Pass selepas menghantar KakYam, KakPiah bercerita tentang mimpinya. Dia bermimpi, dalam perjalanan ke IPG Keningau, ada kejadian tanah terbongkah. Dua kali kejadian tersebut berlaku dalam mimpi dia. Selesai dia bercerita, atau dia masih bercerita mungkin... saya sudah lupa, ketika dari simpang Bingkor itu, ada satu papan tanda kejadian tanah runtuh KK-Keningau-Tenom.
Mula-mula ingatkan tanah runtuh di Tenom. Sakanlah KakPiah cakap, mesti pengetua tidak dapat hadir. Ekekeke...
Entah kenapa, hati saya berkata yang sebaliknya. Tidak lama kemudian, saya perasan makin lama kenderaan makin banyak di hadapan, sampailah nampak seperti kesesakan lalu lintas. Terus saya berkata, inilah tanah runtuhnya!
Dua buah lori terpaksa berhenti. Kenderaan ringan masih boleh melalui. Laluan yang mana tanah mendap kelmarin, hari ini telah runtuh sedikit menyebabkan laluan dibuka kepada satu lorong sahaja. Kenderaan berat seperi lori dilarang.
Dan ketika pulang tadi, kami melalui jalan yang sama memandangkan katanya tiada bahaya dan jalan masih dibuka kepada kenderaan awam. Saya sempat mengambil gambar di tempat kejadian. Ketika ini kerja-kerja membaikpulih sedang dijalankan. Dan sebentar tadi, KakZahN yang bersekolah sidang petang memberitahu bahawa jalan sudah pun dibaiki. Ditimbun dengan tanah katanya. Ehm...
Laluan dibuka kepada satu lorong. Kerja-kerja membaikpulih sedang dijalankan.
Walaupun nampak kecil tapi tetap merbahaya andai tidak dijaga dengan baik. Di bawah sana adalah sungai yang mengalir deras.
Oleh yang demikian kawan-kawan, marilah sama-sama kita menjaga alam sekitar dengan baik dan penuh kasih sayang. Yeay! *mode seorang guru Geografi... :D*


2 comments:
hui..kanak2 ito memotong rambut dengan rela hati ka.?ka paksa rela..?
hui kalo paksa rela..habesla budak situkang gunting to0o...adoyai..
huhu...jd penceramah spapetku ni..bangganya..spapet sapa la neh
sudah tentulah tidak suka rela.. si tukang gunting itu? hahaha... sy tidak campur... kehkehkeh... *ntah2 aku gak yg kena kaunseling supaya dia tdk takut ngn kawan2 dia*
spapet sapa kalo bukan spapet kpd spapetku.. ehehee... bangga mode... kembang woo~~
Post a Comment