Saya? Oh, tidak payah tahulah...
Huhuhu... Saya berkeadaan sangat tidak bagus. Tidak bagus ini cikgu semenjak dua-tiga hari. Ada kekacauan dan kecelaruan minda sedikit akibat daripada tekanan perasaan yang sengaja dicipta. Ahaks.. Ok, ini tidak kelakar. Tekanan perasaan dan kecelaruan minda adalah bukan perkara yang kelakar.
Saya okey saja sebenarnya. Cuma... sebagai manusia biasa adalah masa-masa yang mana mood kurang elok, perasaan kurang bagus, hati kurang tenang, jiwa kurang tenteram. Yang tidak sedapnya, saya sudah pandai emosional. Kenapakah?
Baiklah, kita lupakan pasal hati, jiwa dan perasaan ini. Nanti akan buat saya semakin kacau.
Jom kita bercerita tentang sekolah.
Hari ini, sekali lagi sekolah menjadi tuan rumah untuk satu pertandingan peringkat daerah Keningau. Untuk kali ini ialah Pertandingan Forum Remaja. Saya bertindak sebagai pengacara majlis untuk Majlis Perasmian.
Kacau! Kacau! Hancur lebur!
Manakan tidak. Skrip dibuat setengah jam sebelum majlis berlangsung. Dan acara bermula sebaik sahaja tamat pertandingan pada jam lebih kurang 12 tengahari. Adeh! Sepanjang pagi saya termenung, konon mahu buat kerja. Tapi macam hampa saja. Fail berlambak di atas meja tapi hanya seminit dua saya sentuh kemudian, semuanya saya buat tidak tahu sebaik sahaja rakan saya meminta saya memindahkan lagu yang saya ada ke komputer dia. Dengan erti kata lain, sebaik sahaja saya buka cik Lappy, maka kerja saya kembali tergendala. Hampeh!
Jadinya, bukan setengah jam sebelum tapi lebih kurang 45 minit sebelum acara perasmian barulah saya terhegeh-hegeh membuat skrip. Jam 11.20 saya masuk ke kelas 4H, bagi penerangan sedikit sebanyak tentang struktur bumi.
Hah! Ini ada cerita.
Sewaktu saya menuju ke bilik UBK, saya terpandang seorang pelajar yang saya rasa sangat saya kenal. Sangat-sangat saya kenal tapi saya jadi terkesima sekejap dan saya terus terlupa siapa nama dia padahal saya memang sangat-sangat kenal dengan dia. Saya pandang rakan di sebelahnya iaitu Hezron barulah ingatan saya kembali pulih.
Dearz rupanya! Dia sudah potong rambut. Lain sangat. Memang saya terpegun sekejap. Terdiam barang sejenak sampai dia bersembunyi sebab saya pandang dia semacam.
"Hensem," perkataan yang keluar daripada bibir saya sambil tersenyum kepadanya. Tersipu-sipu dia keluar dari persembunyiannya.
"Hensem ka cikgu?"
"Macam inilah. Hensem. Kemas. Jayson mana?"
Kemudian, Jayson menjengah dari tingkap. Mereka berada di perpustakaan ketika ini. Dearz dan Hezron di luar manakala Jayson di dalam.
"Durang takmo masuk tu cikgu, escape tu."
"Jayson, kamu pun dah potong rambut! Tapi, panjang lagi tu. Kasi samalah dengan Hezron, Dearz."
"Nda mo la cikgu. Nanti sama macam Mawi. Nda hensem. Cikgu nda suka Mawi kan?"
"Tak apalah. Biarlah cikgu suka Mawi ke tak. Kalau kamu kasi pendek lagi, hensem tu bah. Saya suka apa."
Aaahh~~ Perasaan lega apabila melihat mereka mula mematuhi undang-undang sekolah. Sikit pun tidak mengapa janji ikut.
Kemudian, ketika saya melangkah masuk ke 4Harmoni. Saya mengawal diri. Saya tahan diri. Saya pegang bibir saya daripada bergerak. Saya tunggu sehingga mereka selesai beri ucap selamat.
Saya tahan...
"Semua murid berdiri."
Saya sabar...
"Selamat sejahtera..." saya pusing membelakangi mereka. Bibir saya bergerak sedikit.
"...cikgu."
Saya ketap bibir.Tarik nafas. "Dd.. " saya tidak dapat bersuara, lalu saya gunakan isyarat tangan menyuruh mereka duduk.
"Cikgu, ketawa saja kalo cikgu mo ketawa," Blexby bersuara sambil tersenyum panjang. Yang lain pandang saya semacam.
Kehkehkehkhekehkehkehkehkehekhe... *masih dalam kawalan*
"Hehehe... terima kasih kerana benarkan saya ketawa."
Kenapa saya ketawa? Eheks... bagi saya ruang tarik nafas dulu. Aaaaaaahhh~~
Satu kelas... semua pelajar lelaki... yang hensem, yang tidak berapa hensem, yang kurus, yang gemuk, yang tinggi, yang rendah... semua pelajar lelaki... berambut pendek sudah! Pendek yang potongan 1-1-1. Ehehe... kerja Kak Azah pada sebelah pagi sebelumnya kerana terlalu geram dengan anak-anak dia yang bermacam-macam fesyen rambut, lepas tu kerja sekolah pun tidak siap. Hah! Jawapannya potong itu rambut!
Hahaha...
Memang kelakar tengok semua satu kepala. Hah! Baru betul kalau sebut satu kepala. Semua sama. Eheks. Macam askar-askar kecil pun ada.
Buat pengetahuan semua, oleh kerana ramai pelajar yang suka hati membuat fesyen rambut sendiri. Ala korea lah, ala punk lah... macam-macam, maka dengan itu ketika mesyuarat PIBG yang lepas, semua telah sepakat untuk menetapkan dan menguatkuasakan potongan 1-1-1 bagi semua pelajar lelaki dan bukannya 4-2-1.
Sedikit demi sedikit operasi dijalankan oleh pihak unit displin dan guru-guru kelas. Tingkatan 1 katanya sudah habis kena tebas. Sekarang ini, operasi untuk pelajar tingkatan 4. Kemudian, akan beralih kepada pelajar tingkatan 5. Sesi petang sudah lama berjalan. Sebelum mesyuarat PIBG lagi.
Yang bagusnya, apabila semua sudah nampak sama, maka yang lain sudah tidak segan mahu ikut. Kalau tidak, rasanya semua main tolak-tolak. Selagi tiada kawan mereka yang memulakan trend, tiadalah yang akan ikut. Apa-apa pun semua sudah kemas. Macam dalam kem PLKN pun ada. :p
Lebih kurang jam 11.55 saya bergegas turun untuk majlis perasmian. Habis sahaja saya mengarut di depan tetamu-tetamu dan peserta Forum, saya pandang jam. 12.30 tengahari. Masih sempat untuk masuk semula!
Semalam saya buat urusniaga dengan Kak Azah. Hari ini saya ada 2 masa (11.20-12.20) untuk kelas 4H, kemudian diikuti dengan masa Kak Azah pada 12.20 -12.50 tengahari. Tetapi saya terpaksa ke dewan pada jam 12 untuk majlis perasmian. Jadinya, saya tukar. Saya serahkan sementara jadual 12 -12.20 kepada Kak Azah dan saya ambil jadual 12.20-12.50 Kak Azah sekiranya saya sempat.
Alhamdulillah, saya segera bergegas ke kelas. Masuk, ambil nafas sekejap, buat kuiz spontan sekejap. Saya pandang jam lagi. 12.45 tengahari. Ehm... pelajar sudah tidak mampu dikawal. Saya pandang mereka semacam.
Saya jarang marah sebenarnya. Saya susah mahu marah. Saya rasa saya tidak pandai marah. Saya hanya pandai membebel. Jadinya, saya sengaja tahan mereka sepuluh minit selepas loceng berbunyi untuk membebel.
"Cikgu, janganlah begitu."
"Kamu tidak suka cikgu marah-marah?" tenang dan lembut saja.
"Tidak."
"Jadi?"
"Bah... kami tidak buat cikgu marah lagi."
Dalam hati... saya senyum walaupun saya tahu itu cuma kata-kata daripada seorang remaja lelaki yang tidak tahan kena bebel. Bukankah lidah itu lebih bisa daripada patukan ular.
Setelah meninggalkan beberapa pesanan buat mereka walaupun saya sendiri tidak menaruh harapan yang tinggi kata-kata saya akan diingati, saya suruh mereka kutip buku nota. Siap atau tidak, itu bukan urusan saya. Saya cuma mahu tahu berapa orang yang ada buku nota selama empat bulan memasuki tahun 2009.
Alahai~~
Baiklah, malas sudah mahu cerita. Ada cerita bagus, nanti saya kongsi lagi.
Salam.
Peace.


4 comments:
oke~saya suka entry ini part u pusing blakang,then u suruh budak2 tu duduk pakai isyarat tgan jo..kalo i..tak terkawal oke~terus sembur gelak golek2 sito..ngeh3...menampakkan kesabaran yg tulus mulus..hohoh..
haih...teringin nak jd cekgu...huu
ala..patut buh pic~ :p
*mau tgk jayson!!* :D
sayam: u memang... suka gelak golek kat orang..
syud: nnt ek sy amek gmbr dia pastu sy pos kt sini...
a'ah..mo tgok hezron jugak shaz!
diorang mesti comel kan. :D
Post a Comment