Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

12 April 2009

ulangtahun April #2

Assalamualaikum dan salam perpaduan serta muhibah kepada semua para pembaca yang sudi membaca dan yang setia membaca...

Hari ini 12hb April. Semalam 11hb April. Sekali lagi, bukan saya terlupa tetapi semalam saya tidak buka laptop langsung. Saya mogok terus dengan laptop. Saya buat bodoh dengan laptop... Ehm.. ok, bukan dengan laptop tapi dengan seseorang yang mana akan menyebabkan saya membuka laptop. Tapi, alih-alih sebelum tidur sempat juga buka sekejap tapi laptop pula mogok dengan saya. Adehla.. Tidak mengapa. Tidur lagi baguslah!

Apa saya mahu cerita? Oh ya, semalam 11hb April. 

Seorang insan yang saya sayangi, yang saya rindui sepanjang hayat saya, yang saya kenang dan ingin saya peluk cium. Kalau saya sedih, saya terus teringat dia dan rasa kalau dia ada dekat dengan saya, peha dia menjadi persinggahan kepala saya. Kadang-kadang saya sengaja letakkan tangan dia atas kepala saya. Bila saya buat begitu, saya rasa selamat, saya rasa kasih sayang dia tidak pernah luntur lebih-lebih  lagi apabila tangan dia mula membelai rambut saya. 

Kalau saya ada masalah dan inginkan perhatian dia, saya akan pergi dekat dengan dia. Saya akan merengek manja. Saya akan bentak-bentak manja sampai dia bersuara.

"Kenapa? Nak bermanjalah tu. Mari sini." lembut dan tenang. Walau ada tawa kecil mengiringi dan ada tawa mengejek, suara cemburu di belakang, saya tidak peduli. Yang saya tahu saya mahu dia. Saya mahu bermanja dengan dia seorang dan saya dapat. 

Saya suka kalau ada orang lain cemburu dengan kemanjaan kami. Saya akan ejek orang yang cemburu. Padan muka! Siapa suruh kamu tidak pandai manja-manja. Siapa suruh kamu hanya pandai naik angin, hanya pandai bentak-bentak kasar. Siapa ajar kamu bersikap kurang sopan. Manja okey! Manja... bukan kurang sopan.

Ah~~ Saya rindu dia!! Saya rindu nak tidur sambil peluk dia. Saya rindu nak tidur di bawah ketiak dia, betul-betul bawah ketiak dia sambil tangan dia peluk saya kuat-kuat. Saya rindu nak mengadu itu ini dengan dia. Saya rindu nak senyum-senyum manja lepas tu picit-picit geram tangan dia yang lembut dan gebu itu. Saya rindu nak dengar suara dia marah-marah. Saya rindu semua pasal dia. 

UMMI! KAK LONG NAK BALIK! 

BUAT UMMI TERSAYANG YANG DIRINDUI YANG DIKASIHI YANG DIMANJAI SELALU..

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 45. 
SEMOGA PANJANG UMUR, TERUS MURAH REZEKI DAN BAHAGIA SELALU. JANGAN CEMBURU DENGAN MAMA JAH SEBAB UMMI ADA KAKLONG DAN ADIK-ADIK... MAMA JAH ADA PAPA SAJA. :P


Ok. Itu saja entri untuk hari ini. Sekian terima kasih.

ps: entri di atas adalah benar belaka. Ya, saya suka tidur di bawah ketiak ummi saya. Saya memang seorang yang super gedik manja dengan ummi... dan eehem... sakit tekaklah pula. Orang yang cemburu dengan kemanjaan saya dan ummi adalah adik-adik saya sendiri. Ekekeke... Mama Jah adalah ibu tiri saya merangkap isteri nombor dua papa dan madu ummi... 

Selalunya kalau ummi ada tanda-tanda cemburu terhadap madunya, saya akan cakap seperti di atas. "So what? Dia ada papa saja. Ummi ada papa dan anak-anak. Anak-anak lagi berharga kan?" Err... ayat saya tidak kejam kan? :D


5 comments:

Cherrybeylla =) said...

lerrrr..ingatkan cite pasal im tadi..huhu


kim salam kat ummi cikgu.dan cakap tahniah ya! :)

Anonymous said...

oke..betol lah dia kata.dia super gedix manja dengan umi dia..sama dengan si capikah.saya ialah saksi kehidupan dia ..huahahah

mak cu is the very super+upper+hiper+gread A+ stronger women in the universel (nah..amik kau..beterabur b.i aku)
i suspek same u la mak cu..uhuh

beliau seorang yg beridentiti pemalu tapi mesra
beliau suke buat lawak jenaka
aku suka beliau.

kepade mak cu..selamat hari ulangtahun kelahiran..semoge panjang umur+terus tabah hadapi dugaan hidup.

hai mak cu..bile nak wat knduri kendare neh..

ahahahah macamlah ini blog mak cu..hoi2,kirim salam kat umi kamo.saya sayang beliau juak.

p/s:mak cu is umi beliau laaaa

NSMY said...

wah wah kemain deme puji umi kawe... kelakar kah beliau? itu kawe xtau.. huhuhu...

meh ambe nak jawab bagi pihak mak cu.. kenduri kendara? mai raya nnt, ada lah kenduri tu.. kenduri raya cam biasa kt umah mok.. kehkehkehkeh... eh, tapi dah tak best dah... kan kan kan? u kena balik la baru best..

Anonymous said...

umi kamu klakar oke.saya suka

x nak lah balik(lupa daratan)ahahah

NSMY said...

sudah! mentang2 dah study obersea... huhuh!