Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

05 April 2009

Ulangtahun


Salam hari minggu... oh, esok kerja. *sigh*

Semalam, seharian tidak dapat online sebab lappy buat hal lagi. Kali ini, lagi teruk dan dahsyat. Tidak boleh buka langsung sepanjang hari. Lebih kurang jam 5 petang pula, talian elektrik terputus sehingga malam. Dalam pukul 4.30 lebih baru kembali disambung. Semuanya gara-gara ribut dan hujan lebat pada sebelah siang. Tapi, bagus juga. Sekurang-kurangnya, lappy saya boleh berehat. Kasihan dia. Malam sebelum itu, saya online dari jam 8 sampai jam 6 pagi. Penat mungkin. 

Hari ini, 05.04.09 - saya baru mendapat SMS daripada adik saya. Ulangtahun perkahwinan kedua orang tua saya yang ke 25!

SELAMAT ULANGTAHUN UMI DAN PAPA. SEMOGA TERUS BAHAGIA DAN BERSAMA HINGGA AKHIR HAYAT.

Encik Mohamad Yusoff bin Ibrahim
Puan Mariam binti Ismail

Bukan saya tidak ingat. Saya ingat sangat-sangat pada bulan April adalah ulangtahun perkahwinan Umi dan Papa. Bulan yang sama, ulangtahun kelahiran Umi dan Syafiqah. 



Ehm... bercerita tentang adik bongsu saya, semalam kami berbual di telefon. Beria-ia dia suruh saya telefon dia. Katanya Umi yang suruh. Saya pun telefonlah, sekali Umi kata dia yang sebenarnya suruh Umi bercakap dengan saya, minta duit. 

Dia mahu beli kredit telefon dia semata-mata untuk berSMS dengan kawan lelaki. Adeh! Adik aku sudah pandai sekarang!

Bersungguh-sungguh dia suruh saya pujuk Umi belikan kredit untuk dia. Dia ingat saya senang makan pujuk dia? Lagi saya larang adalah. 

Yalah, saya sendiri mula kenal cinta monyet pun masa Tingkatan 5. Dia baru Tingkatan 3. Yark! Sudahlah tak tahu siapa yang dok berSMS dengan dia. Ehm.. seriau seriau. 

Akhirnya saya buat keputusan. Ok, boleh saya bagi duit untuk top up, berlandaskan syarat. Jangan gatal mahu bercinta. Kawan sahaja. Jangan lupa belajar, jangan abaikan pelajaran. Peperiksaan pertengahan tahun nanti, ada sebiji E... papa akan pegang telefon sampai habis PMR!

Argh! Mengantuklah pula. Sayang saya pun tak online malam ini. Dia ada kerja luar di Johor sampai Rabu nanti. Kalau dia ada, mahu tidur pun tak jadi. Hehehe...

Kepada kawan-kawan di Semenanjung, mari sini dekat-dekat. Saya mahu buat anda cemburu...

Kami cuti hari Khamis (cuti peristiwa) dan Jumaat (Good Friday!) :D

Salam 
Peace. 



 

6 comments:

intoxicated_lover said...

Cis!!!

Cuti ye kamis n jumaat???

Cis!! Cis!! Cis!! Dan Cis!! lagi!!!

sya said...

kt sane pn ada cuti good friday ek? ooooo

NSMY said...

cyeda; peace :D

sya : ada.. sabah sarawak ada cuti good friday sbb sini ramai kristian. huhu

s.c.h.u.l.t said...

perghh..ade sayang~ jelesss

tak pasal2 jeles tang lain..hahaha :p

Nuts said...

kakak bole je bercinte...hikss..:P

NSMY said...

che nad: kakak dah besor... ehehe...