Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

21 April 2009

Sempurna atau tidak?

Salam damai  buat semua *tiru Cikgu Linus..:D*

Sekali lagi saya bersiaran daripada sekolah setelah kehilangan semangat untuk membuat kerja. Kerja berlambak dan akan terus berlambak sebab saya terus menangguhkannya. Haih!

Saya baru separuh jalan menyiapkan kertas kerja untuk kursus kemahiran asas pembimbing rakan sebaya. Separuh! Okey, saya tahu saya masih berada di tahap yang menghampakan. Maaf... *tunduk*

Ada banyak lagi kertas kerja yang belum pun bermula, tapi konon-kononnya tersimpan dalam kepala... hotak!

Esok katanya saya kena bagi ceramah kepada pelajar-pelajar SPM di SMK Keningau II. Tapi, saya masih tidak terima surat jemputan. Saya masih tidak terima apa-apa kata putus. Saya juga masih belum  menyiapkan slaid untuk ceramah tersebut. Haih!

Pendek kata, kehidupan saya sangat tidak sempurna semenjak dua menjak ini.

Apakah kehidupan yang sempurna?

Bagi saya, kehidupan yang sempurna apabila dapat melakukan semua pekerjaan tanpa perlu mengeluh dan juga sangat menyukai kehidupan itu. Tapi, saya kerap mengeluh kebelakangan ini dan saya tidak suka... eh, bukan. Saya kurang suka dengan apa yang saya buat sekarang ini. 

Masa saya banyak dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak penting. Menyebabkan saya rasa 24/7 itu tidak cukup. Bukan saya tidak tahu macam mana mahu uruskan masa dengan baik, tapi saya salahkan syaitan yang membutakan mata hati saya untuk menguruskan masa dengan baik. Saya salahkan nafsu saya yang entah apa-apa kerana menjadikan saya seorang manusia yang tidak ada pegangan semangat yang jitu. Menyebabkan juga masa saya berterabur. 

***

Hoho.. baru balik kelas. Sakit tekak saya menjerit. Memberi penerangan namun saya rasa bersemangat untuk mengajar sebab saya bersedia tadi. Lagipun, kelas saya yang ini bagus lah juga. Beberapa orang memberi tumpuan. Yang main-main, memang saya tidak layan langsung. Buat bodoh saja. 

Saya tidak marah. Saya tidak melenting. Cuma saya buat tidak tahu dan diam kalau keadaan mendesak. Hasilnya, mereka mudah faham apabila meraka diam. Mereka mudah ikut sebab mereka tahu saya betul-betul bagi penerangan. 

Saya sudah dapat surat untuk ceramah esok. Hmm... mahu minta tolong siapa hantar? Slaid persembahan tidak siap lagi... Adeh!.. Ok, saya mahu berhenti di sini. Mahu tambah tensi diri. Daa~~

Salam
Peace.

p/s: kenapa saya rasa entri kali ini kucar kacir?

No comments: