Assalamualaikum wbt...
Pada entri sebelum ini saya pernah diberitahu yang ada pegawai PPG yang mengetahui tentang wujudnya blog saya kerana saya sering bercerita tentang SMK Apin-Apin. Kawan-kawan sekerja juga ada yang memuji blog saya kerana bercerita tentang perkembangan di SMK Apin-Apin. Sudah lama saya tidak mengemas kini blog tentang sekolah memandangkan tiada aktiviti terbaru yang menarik. Ehm.. ada sebenarnya tapi saya kesibukan dan sering terlepas masa untuk kemaskini.
Hari ini saya mendapat satu pesanan di kotakjerit saya. Seorang pelajar UMS terjumpa blog saya mungkin ketika mencari maklumat tentang SMK Apin-Apin. Dia akan menjalani praktikal di sekolah saya. Dia tanya tentang SMK Apin-Apin dan adakah saya pernah buat entri tentang sekolah. Ada, tapi selalunya apabila ada aktiviti sahaja atau apabila saya berdepan dengan pelajar-pelajar yang menarik dan boleh dibuat cerita.
Bila dia akan mula praktikal, itu saya kurang pasti. Yang saya pasti dia pelajar TESL, berdasarkan blog dia. Thank God, finally there is practical student for TESL. Hope he/she ( I think that person is a he...) will do his job very well and won't disappoint us as English teachers.
Ok, for Pie.
Here is special update for you.
Actually, I am still new at that place. I was posting April last year. So, it was about a year since I got posted in Sabah especially SMK Apin-Apin, Keningau. Well, what do you want to know about SMK Apin-Apin? I am a bad story teller, you know.
Basically, SMK Apin-Apin is a kind of suburb school. Suburb? Macam tak sesuai saja. Ehm... bukan sekolah pedalaman, tapi luar bandar. Macam mana nak cakap ya. Sekolah ini terletak lebih kurang 20km dari bandar Keningau dan merupakan sekolah yang paling hujung dari bandar Keningau itu sendiri menuju ke Tambunan. Kiranya, kalau dari Tambunan, akan jumpa Apin-Apin kemudian, sekolahnya yang terletak di tepi jalan. Mula-mula saya sampai, agak terperosok. Tapi, anda bertuah kerana SMK Apin-Apin sedang mengalami pembaharuan. Bangunan baru sedang dalam pembinaan sekarang ini.
Para pelajarnya terdiri daripada pelbagai peringkat status. Ramai anak guru. Ramai juga anak petani. Malah, most of them are from rural area. You have to mentally ready for your students appearance. I can say that most of them are not really in the mood of studying. They need motivation. They need people who understand their rebel. They want someone who can share everything even the worst part of their life.
Selalunya, guru pelatih boleh uruskan sebab selalunya juga guru pelatih masih dalam proses penyesuaian. Tapi perlu diingatkan, kalau boleh guru pelatih jangan terlalu manjakan pelajar (berdasarkan pengalaman saya sendiri, guru pelatih lebih terdorong untuk mengikut kata pelajar) supaya mereka tidak naik lemak dan mengada-ngada. Yes, they are kind of mengada-ngada. Pie is a man, right? Are you handsome? Hehehe... Be careful if you are... well, if you're not as well... Just be careful... girls here are... ehm... but not all :D
What else? Aaargh.. I'm kinda blur when people ask me to tell them anything about something...
Oklah, saya kemaskini dulu cerita yang tergendala dulu. Apa-apa nanti, kamu mesej saja saya ya. Sebelum itu, mahu tahu... berapa orang yang akan sampai di Apin-Apin nanti? Berapa lelaki berapa perempuan? Subjek?
****
Salam semua.
Rasanya sudah lama saya tidak kemaskini cerita tentang sekolah. Ada sebenarnya cerita yang ingin dikongsi cuma saya tidak berkesempatan.
Bila ya kali terakhir cerita yang patut dikongsi? Ehm... kejap saya fikir dulu. Aemmm....
Baiklah, bermula pada 28 Mac yang lalu. Sekolah telah mengadakan mesyuarat PIBG. Di situ saya ditugaskan sebagai pengacara majlis di samping Cikgu Kharazil. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun pengacaranya macam tidak lancar. Huhuhu... masih gagap. Kehadiran ibubapa amat memberansangkan. Malah menurut rekod, lebih bagus daripada tahun-tahun yang lepas. Semua guru-guru cakap, tahun ini ibubapa sangat bagus. Mereka setia menunggu sehingga tamat walaupun panas membahang. Malangnya saya tidak sempat mengambil gambar kerana sibuk di belakang pentas...errr... tepi pentas sebenarnya. :D
Ini saja gambar yang sempat saya ambil. Hehehe... Saya dan Alin di sebalik skrin laptop.
Pada hari yang sama, pengerusi PIBG Cikgu Justine Dato' Angian telah menyerahkan memorandum pembinaan asrama kepada Yang Berhormat Dato' Ellron Alfred Angin, Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah yang juga mewakili Dato' Joseph Kurup bagi merasmikan majlis pada pagi tersebut.
Beberapa hal telah disentuh terutama sekali hal ponteng yang mana mendapat liputan di Daily Express. Ehm... Aisehmen..
Selesai Mesyuarat PIBG.
Pada 3hb April, sekali lagi ibu bapa berkumpul di sekolah bagi majlis penyerahan rekod ujian pelajar. Kiranya macam Report Card Day. Pada hari yang sama, turut diadakan majlis perasmian Program Elit SPM dan PMR 2009. Sekali lagi saya ditugaskan menjadi pengacara majlis. Kali ini seorang diri dan saya sedang selsema waktu itu. Makanya saya menjadi pengacara dengan nada suara yang.... wiuuu... seksi~~ :p
Seramai 20 orang pelajar PMR dan 20 orang pelajar SPm terpilih untuk mengikuti program ini. Mereka tergolong dalam golongan yang boleh diharapkan untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan datang. Secara amnya, SMK Apin-Apin sedang mengalami peningkatan yang amat bagus sekali. Mula-mula dengan kehadiran ibu bapa pada sesi orientasi tingkatan 1, kemudian diikuti dengan penglibatan ibu bapa dalam hal ehwal pelajar. Amat menggalakkan.
Keputusan PMR dan SPM yang memberansangkan dan membanggakan turut menjadikan SMK Apin-Apin semakin dikenali dan dihormati. Belum masuk hal ko-kurikulum.
Oh ya! Sebelum saya terlupa. Terbaru, SMK Apin-Apin muncul naib johan bagi Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen di peringkat daerah yang diadakan di SMK Sook. Dengar kata ramai pihak lawan yang cuba mencari kesalahan SMK Apin-Apin, malangnya tidak berjaya.
Kedudukan SMK Apin-Apin makin lama makin naik. Dari tempat hampir tercorot dalam 11 buah sekolah menengah di Bahagian Pedalaman, sekarang kita mendaki tempat kelima dalam bidang akademik. Bidang kokurikulum... lagi hebat!
Dua tiga hari ini, semua sibuk dengan mesyuarat. Mesyuarat sana-sini sehinggakan masuk kelas pun tidak sempat. Hal UBK dan PRS pun banyak yang saya tangguhkan.. err... baiklah, bukan salah mesyuarat tapi salah saya yang melengah-lengahkan kerja. Huhu.. Insaf.
Terbaru sebelum saya kemaskini minggu depan, 14hb ini akan diadakan Pertandingan Forum Remaja peringkat daerah. SMK Apin-Apin akan menjadi tuan rumah dan sekali lagi... Ustaz Ghaz la ni.. sekali lagi saya dilantik sebagai pengacara majlis.
Alamak! Saya tidak tahu acara majlis, macam mana saya mahu buat skrip? Adeh! Sempat mungkin Isnin nanti.
Kemudian, pada 18hb pula akan diadakan majlis pembahagian baki wang KWAMP kepada pelajar. Dalam masa yang sama akan diadakan seminar keibubapaan.
Alia ada tanya bila mahu diadakan kem, sebab dia mahu ikut. Yalah! Inilah yang saya mahu dengar. Senang cerita. Tidak perlu susah-susah kena pujuk ke apa ke... Ehem.. ehem.. guru-guru pelatih... ehem... ehem... siap sedia ya. Kalau dapat, sertailah apa juga aktiviti sekolah untuk pengalaman anda walaupun itu bukan tugas hakiki anda sebagai guru pelatih.
Untuk tahun lepas, terus terang saya katakan guru-guru pelatih kurang memberi kerjasama dari segi penglibatan aktiviti di luar waktu belajar. Bukan tidak langsung tapi kurang. Memang kalau diikutkan itu bukan tugas hakiki dan tidak wajib untuk anda. Namun begitu, bergantung juga kepada pengurusan sekolah dan sebolehnya anda kena turut serta supaya apabila anda keluar dan menjadi guru sebenar, anda sudah biasa dengan rutin sebenar seorang guru. Ya, rutin guru bukan sekadar mengajar. ;)
Gambar di bawah adalah pelajar-pelajar yang terlibat dengan Program Elit PMR dan SPM 2009 bersama guru-guru mereka.
Pelajar Elit PMR dan SPM 2009
Salam.
Peace.


4 comments:
I'm a Man...ehehe... Not too handsome... I will teach English. If I'm not mistaken, there are 3 of us will teach there starting June 15... Other 2 will teach Geo/Sej and Science... And I'll try to involve in school activities not like intern students before... Actually I prefer to use Malay in my blog writing...
same here though... hehee.. name je cikgu BI, tapi lebih suka guna Malay.. june 15.. ok. welcome!
pie yg tu rupanya (lepas tengok blog dia)..patutlah mcm penah dgr je nama. labuaness..shaz, jemput la dia join kapa, bakat seni gak tu.
cerita hezron teda ka shaz? napa jayson jak tu? lama nda sa kontek si hez tu oo..
-nurie-
aiks...nurie ni sepa a? ehehe
Post a Comment