Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 March 2009

Keajaiban tetap keajaiban. Kita takkan tahu bila ianya terjadi.

Assalamualaikum...

Saya bersiaran dari bilik guru pada jam 1.11 petang. Sedang menanti untuk pulang. Kak Piah tengah sibuk menguruskan kerja dia jadi saya sendiri tidak dapat pulang lagi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Sayang sebab sudi tunggu saya pulang supaya dapat bersama di alam maya. Sayang Ayang!

Sebentar tadi, dari jam 10.30 sehingga 12.00 tengahari, saya berpeluang... *OK, Kak Piah sudah panggil pulang... saya sambung di rumah saja.*

9.51 malam...
Huhuk...
Baru kesempatan untuk menyambung cerita... Mana saya berhenti tadi? Oh, tengahari tadi ya.. Ok...

Jadi, hari ini saya berpeluang meluangkan masa dengan dua orang pelajar kesayangan saya iaitu Dearz dan Jayson. Kali ini saya rasa cukup bertuah sebab dapat berbual dengan mereka tanpa sebarang halangan. Malah, sedaya mungkin saya cuba untuk menjadi kawan kepada mereka. Kami bergelak ketawa, kami bergurau senda walaupun mereka berdua masih malu-malu. Ya, saya kata mereka masih malu-malu dengan saya apabila mereka tidak memandang saya ketika berbicara tetapi tangan lincah menconteng atau membelek-belek buku. Cuma, Dearz sedikit sebanyak sudah boleh percaya pada saya. Harap-harap dia memang percayakan saya. 

Pendek kata, pagi tadi saya memang seronok dapat bersama mereka. Berbual tanpa batasan, berlagak bukan sebagai guru tetapi lebih kepada kakak. Ada masa kami berbeza pendapat dan bertengkar. Ada kala mereka berlawak dan saya ketawa berdekah-dekah. Betul-betul saya rasa yang saya sudah melakukan tugas saya sehabis baik! Tiada yang terbaik melainkan pada hari ini! 

Cuma, telinga saya masih panas dengan cakap-cakap orang tentang mereka. Memang mereka nakal. Memang mereka malas... Saya rasa semua orang begitu dulu. Bukan semua manusia sempurna. Betul! Bukan semua manusia baik. Betul! Bukan semua orang rajin dan pandai. Juga betul! 

Jadi, keajaiban bagaimana yang mereka impikan? Tidak percayakan mereka kepada peluang dan ruang? Putus asa mungkin? Hmm... kalau ikutkan, saya sendiri hampir putus asa. Tapi saya percaya, keajaiban tidak mungkin akan berlaku dalam sekelip mata. Penggunaan ruang dan peluang yang bijak dan tegas amat diperlukan. Saya akui, saya masih tidak bijak dan tegas dalam mengaplikasikan konsep ruang dan peluang kepada mereka. Jadi, apa yang saya lakukan adalah mengajar diri sendiri tentang konsep tersebut. 

Saya bagi ruang dan peluang kepada diri saya untuk mencuba menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling yang terbaik dan hasilnya saya berpuas hati. Mungkin akan ada yang akan kata saya syok sendiri. Biarkan! Untuk seketika, saya biarkan. Sebab kalau saya berikan ruang dan peluang kepada mereka sekalipun, mereka akan kata yang mereka berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan. Padahal orang akan kata mereka syok sendiri kerana tiada lagi keajaiban yang orang lain idamkan. 

Biarkan mereka mengecapi keajaiban mereka sendiri. Bagi ruang dan peluang dan biarkan. Jangan didesak, jangan dipaksa. Kalau betul keajaiban itu wujud, mereka pasti sedar dari lena. Cuma masanya kita tidak pasti. 

Saya sokong kata-kata GenjoSanzo dalam entri Cherry di kapasitor.net. "Cemerlang dalam SPM tidak bermakna cemerlang dalam hidup." Itu adalah dua perkara yang berbeza. 

Mungkin kejayaan bukan milik mereka sekarang walaupun saya juga mengharap yang terbaik. Namun, andai takdir mengatakan kejayaan itu bukan milik mereka, saya tetap menanam harapan yang besar suatu hari nanti mereka akan datang kepada saya dan katakan yang mereka telah berjaya. Apa jua bidang sekalipun. (Tapi tentulah saya harap bidang yang boleh diharap.)

Kami suka kelas cikgu sebab dengan cikgu kami tak tension. Cikgu pandai tarik perhatian kami - 1 Intelek. 
Terima kasih semua! Cikgu juga suka dengan kelas kalian. 


2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

hoho..at least, mereka jadi manusia.. kan ida? :D

oh jadi manusia je xcukup.. manusia yg brguna~ ;)

NSMY said...

yea syud... asalkan mereka jadi manusia yang berguna