Hari ini kalau menurut orang Sabah selalu disebut hari satu yang mana apabila mereka sebut 'hari satu' bermakna hari pertama dalam minggu itu tetapi selalu saya ambil masa 10 saat untuk faham sebab dalam kepala saya akan terdaftar (register) ayat 'hari Sabtu'.
Cuti pertengahan penggal pertama telah bermula. Cuti seminggu sahaja. Tiada aktiviti yang dirancang memandangkan semua sudah kekeringan dan ada yang punya agenda rasmi tersendiri seperti mengadakan kelas tambahan, mengikuti kursus dan menduduki peperiksaan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan).
Setakat ini, kami cuma terperap di dalam rumah. Literally, terperap. Langsung tidak keluar sejak pulang dari sekolah pada hari Jumaat yang lalu. Sekadar keluar jemur baju saja. Itulah.
Hmm... oleh kerana saya tiada aktiviti untuk dikongsi, apakata kita layan permainan minda yang dihulurkan oleh encik Syahar. Bagus untuk minda dan mata anda.
Salam.
Peace.
Peace.


1 comment:
jgn jd tempoyak..cergaskan diri! aktip2!!
*eceh syuhada..poyo je ckp* ;))
Post a Comment