Hari Isnin.
23 Mac 2009.
Hari pertama persekolahan selepas cuti seminggu. Dalam seminggu, langsung saya tidak terfikir pasal sekolah. Langsung tidak! Saya berjaya gunakan masa seminggu itu dengan sebaik mungkin untuk tidur, makan dan berborak dengan yang tersayang di alam maya. Yeay! Walaupun dia sendiri sibuk dan tidak dapat meluangkan banyak masa dengan saya, tapi bila berdua rasanya sangat indah.
Hey! Apa ni? Diam... cerita lain...
Baiklah. Fikir dulu sekejap... Fikir... Fikir... Fikir...
Hah!
Minggu sebelum cuti, budak-budak semua menduduki Penilaian Akademik 1. Malang bagi para pelajar saya iaitu kelas 4H, kebanyakan soalan yang keluar, belum sempat pun saya ajar. Jadi, bagi menebus kegagalan saya menghabiskan silibus dengan sempurna, saya telah bertekad untuk mengadakan ujian sekali lagi bagi markah yang hilang. 12 markah kesemuanya.
Jadi, apabila saya memaklumkan kepada ketua tingkatan, Nancy Lianah tentang ujian yang akan saya adakan esok, beberapa orang pelajar memohon untuk diadakan kelas tambahan. Hmm... Yalah, kasihan juga mereka. Mahu belajar tapi tidak faham apa yang cikgu ajar dalam kelas. Mungkinkah cikgu yang tidak pandai mengajar? Oh tidak!
Oleh kerana selalunya Kak Azah akan pulang lambat, maka saya dengan girangnya bersetuju untuk mengadakan kelas tambahan. Namun, setelah dirisik-risik, rupa-rupanya Kak Azah mahu pulang awal. Alahai... Kak Piah juga! Adeh... Mahu batalkan kelas, rasa macam tidak sampai hati. Maka, saya bertekad untuk terus berada di sekolah sehingga sesi petang tamat dan pulang dengan Kak ZahN. Sekali sekala, apa salahnya.
Pada mulanya saya beritahu Nancy yang saya akan adakan kelas sebaik sahaja sesi persekolahan tamat. Kemudian, saya beritahu Warney bahawa kelas akan bermula jam 1.30 petang dan sila jemput saya apabila semua sudah bersedia. Saya tunda ke jam 1.30 sebab mahu bagi peluang kepada mereka untuk berehat sekejap dan makan tengahari.
12.50 p.m. - Pelajar berpusu-pusu pulang. Saya intai untuk melihat gerangan pelajar 4H... Tiada kelibat. Saya ke meja Kak Azah dan Kak Azah maklumkan yang Nancy sudah kembalikan pasu bunga kelas mereka (Kak Azah guru kelas 4H). Dalam hati, 'janganlah mereka suka hati tak mahu ikut dan akhirnya saya terkontang kanting tak ada kerja menunggu orang yang tak hadir'.
1.05 p.m. - Akhirnya nampak Nancy dan Sarlene juga Aisyah.
Tanya mana yang lain - tidak tahu, cikgu. Semua sudah pulang.
Adeh! Habis berapa oranglah ni? - entah. Kami saja mungkin, cikgu.
3 orang sahaja? Ok, 4 jika Warney datang sebab Warney kata dia mahu pulang ke asrama dulu.
1.30 p.m. - Masih 3 orang. Ehm... tiga pun tigalah... Ke kelas 1P memandangkan 1P tiada pelajar.
Nampak pula Dexter dan Kenny baru sampai. Mungkin baru lepas makan. Bagus! Ada lima orang sudah. Berbaloi lah juga saya tunggu. Beberapa minit kemudian, Warney pun sampai. Hmm.. Oklah, daripada tiada langsung.
Kak Sal masuk kata nak guna kelas. Aisehmen... di mana ya? Perpustakaan? Macam tidak seronok, walaupun mereka beria-ia mahu belajar di sana. Laman Pintar? Ada cikgu petang guna. Ahah! Bilik UBK! Ini yang bagus jadi guru UBK, boleh guna untuk tutor pendek. Hehe... Mujur juga masa saya masuk, cikgu Ken tiada.
Ketika saya memberi tunjuk ajar kepada mereka, bersungguh-sungguh mereka berenam mahu menimba ilmu terutama sekali Dexter. Lebih-lebih lagi apabila saya beritahu yang ujian lepas, dia peroleh markah tertinggi. Lagi bersemangat dia mahu belajar dan lagi bersemangat setelah saya beri tugas kepadanya untuk menolong kawan-kawannya memahami apa yang kami belajar memandangkan dia lebih cepat tangkap. Baiklah semua. Mulai hari ini, Dexter telah menjadi pelajar kesayangan saya yang seterusnya.
Begitu juga dengan Aisyah dan Nancy. Warney pun mencuba untuk memahami walaupun kadang-kadang dia sendiri tidak faham. Sejuk hati saya tengok mereka yang bersungguh-sungguh. Segala penat dan letih tidak terasa. Kenny juga berusaha. Nasib ada rakan-rakannya yang sudi menolong. Sungguh, seronok tengok mereka belajar bersama-sama kemudian bersorak gembira apabila dapat menyelesaikan masalah yang diberi. Dexter siap puji diri sendiri lagi kerana kepantasannya menangkap ilmu yang saya ajarkan berminggu-minggu, berkali-kali.
Pada awalnya saya sangka, dalam setengah jam lebih habislah kelas tambahan saya memandangkan mereka tidak ramai. Sedar tak sedar, 2 jam lebih berlalu. Wah!! Saya bangga dengan diri sendiri sebab berjaya membuat kelas tambahan dalam keadaan yang santai; bersila di atas lantai saja, dan saya langsung tidak kisah dengan masa yang berlalu walaupun saya sendiri menguap dan keletihan. Sudah tentulah, saya tidak tunjuk pada mereka yang saya mengantuk dan letih. Sedaya mungkin saya tunjukkan minat saya untuk mengajar mereka.
Untuk pengetahuan, latihan yang saya berikan kepada mereka berenam adalah sebahagian daripada ujian esok! Hah! Kan senang kelas saya. Rajin datang kelas, datang bertanya... ujian akan menjadi senang-sesenangnya...
Haih!
Salam
Peace.
p/s :: Sedikit bosan malam ini *dan hampir terlupa untuk cetak contoh tag nama* (terima kasih kerana ingatkan saya malam tadi... sayang awak) sebab dia tiada untuk menemani malam-malam seperti biasa. Ada urusan kerja di luar. Uhuhu... Tidak mengapa, 3 hari saja. 3 hari saja... Adeh!


1 comment:
sibuknya cikgu neh...
Post a Comment