Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

02 August 2011

Redha saja

Salam.

Saya terlewat sikit untuk mengucapkan ahlan wasahlan ya Ramadan. Alhamdulillah, setakat ini puasa dapat dijalankan dengan sempurna, Insya Allah. Cuma pagi-pagi mengantuk sikit. Sudah jadi kebiasaan saya, kalau sudah bangun pagi, 4-5 jam kemudian baru boleh tidur semula. Kiranya, kalau duduk rumah mertua nanti tiada masalah nak buat sarapan awal pagi. Tak ada istilah tidur selepas subuh. Ngehehe...

Sebelum saya ke niat agenda saya yang sebenar. Ada berita gembira.

YEAY! TIKET KE PERSEMBAHAN WESTLIFE SUDAH SAMPAI.

Opps.. silap. Sepatutnya sudah ada dalam simpanan Yda bebeh tetapi semasa pihak kurier menghantar ke rumahnya siang tadi, dia lupa untuk tinggalkan pesan pada kakaknya. Kurier tu atas nama saya, tentulah kakak Yda bebeh hairan. Sejak bila ada orang yang bernama Nur Shahida di rumah ni? Hehe.. Jadinya, Yda dengan gigihnya menelefon semula syarikat kurier tersebut dan setelah berlaku beberapa salah faham akhirnya pihak kurier berjanji akan menghantarnya esok siang pula.

YEAY!!! Babe, jangan lupa ambil gambar tiket tu dan tag I di FB, okey! Jaga tiket-tiket tu baik-baik. Kalau boleh laminate, buat je. Kalau dapat frame lagi bagus!

Waaaah!! EXCITED! EXCITED! EXCITED! EXCITED!!

*fuuuh... tarik nafas... hembus... fuuuuhhh*

Okeylah. Agenda yang sebenar.

Dulu saya adalah penggemar televisyen. Papa pernah marah-marah sambil berkata 'gantung saja TV tu dileher' akibat daripada ketidakpuasan saya menonton televisyen. Umi pula kata, 'kalau kaklong dah tengok TV, esok lusa belum tentu habis cerita tu.'

Boleh dikatakan hampir setiap masa saya duduk depan TV, tapi sebenarnya tak semua rancangan saya suka...eh, sekejap. Rasanya macam semua rancangan saya tengok. Hahaha... Tabiat suka menonton juga membawa kepada tabiat suka mengalih siaran televisyen setiap kali iklan. Maka dengan itu, tidak hairanlah kalau saya tahu tayangan apa bagi setiap siaran pada waktu yang sama. Perlu diingatkan, dulu-dulu Astro adalah mahal kalaupun murah, sampai sekarang ni pun Papa tak pernah melanggan Astro. Makanya hanya 5 siaran sahaja yang ada di kampung. RTM1, RTM2, TV3, NTV7 dan TV9. Kalau cuti, hampir semua rancangan saya hafal. Hahaha...

Walau bagaimanapun, semenjak bekerja, aktiviti bersama tv semakin berkurangan digantikan dengan aktiviti di depan cik lappy. Tapi.. kalau tengok tv mesti tukar-tukar siaran waktu iklan. Lebih-lebih lagi dengan Astro ni, tekan saja butang info. Balik-balik info, sikit-sikit info.

Eh, panjanglah pula mukkadimah. Jadi, berbalik kepada niat asal nak bercerita adalah tentang drama atau sinetron dari seberang yang disiarkan di siaran baru Astro iaitu Bintang dan Pelangi. Asal-asal menekan butang info hanyalah untuk mengetahui apakah jenis-jenis rancangannya, namun mata saya terpaku tatkala memandang tajuk sinetron 'Ketika Cinta Bertasbih'.

Kedua-dua filemnya telah pun saya tonton sebelum ini. Bukunya sudah lama saya perhatikan tetapi oleh kerana sewaktu saya nampak itu, biayanya tidak cukup maka saya pendamkan sahaja. Naaah, sekarang ada dramanya pula. Sambungan daripada filem 'Ketika Cinta Bertasbih 2'.

Ternyata, Kang Abik tidak pernah gagal membuatkan saya jatuh cinta dengan karyanya. Karya pertama beliau yang mendapat sambutan hangat di Malaysia dan Indonesia; 'Ayat-ayat Cinta' merupakan karya pertama beliau yang saya dambakan. Kemudian menyusul pula kisah-kisah cinta Islamik yang lain namun, saya gagahkan hati untuk tidak membelinya kerana waktu itu kesuntukan duit juga masa untuk terus membaca.

Berbicara tentang 'Ketika Cinta Bertasbih', saya rasa masih belum layak untuk mengulas lanjut tentang bukunya lantaran saya baru membaca di mukasurat 111 buku 1. Itupun dalam format PDF dan berbahasa Indonesia, bukan diterjemah kepada Bahasa Malaysia seperti 'Ayat-ayat Cinta.'

Saya cuma mahu mengulas sedikit tentang filem mahupun drama bersirinya. Tentang bagaimana seseorang yang redha dengan ketentuan dan takdir Ilahi, dapat menerima perjalanan hidupnya dengan penuh tabah dan sabar. Kagum sungguh saya dengan watak Khaerul Azzam yang dilakonkan oleh Kholidi Asadil Alam. Wah.. nama pun islamik. Orangnya pun ganteng pak.. hehehe..

Berusaha mencari jodoh yang diredhai Bu'eh dan Allah. Kalau Tuhan tunjukkan jalan bahawa gadis itu bukan jodohnya, maka dia menerima dengan tenang. Kan senang begitu. Pegang konsep redha dan berserah, maka hidup akan mudah. Akhirnya dia bertemu jodoh dengan Anna Althafunnisa, seorang anak kiai yang disegani yang sememangnya menjadi dambaan hatinya sekian lama. Itupun selepas Anna bercerai dengan Furqan yang lebih daripada Azzam di atas sebab-sebab yang berpunca daripada Furqan itu sendiri.

Kalau dah jodoh~

Begitu juga dengan cubaan Ayatul Husna, adik Azzam dalam menerima dengan redha ketentuan Tuhan bahawa jodohnya dengan Ustaz Ilyas tidak kesampaian. Ustaz Ilyas sendiri berusaha menepis ingatan terhadap Husna setelah berkali-kali memujuk orangtuanya untuk menerima Husna tidak berhasil.

Tapi kan, saya rasa Husna dengan Ustaz Ilyas masih ada jodoh sebab susah benar mereka berdua hendak melupakan antara satu sama lain. Janganlah dengan Furqan. Saya rasa macam tak sesuai Husna dengan Furqan. (woit, drama je pun!).

Hehehehe..

Okey kembali serius.

Maka dengan itu, apa pun yang terjadi kita haruslah redha dan tawakkal kepada Tuhan. Jangan menyalahkan sesiapa mahupun takdir kerana ibarat pesan Azzam kepada Anna, sesuatu yang terjadi itu sudah pun tertulis di Lauhul Mahfuz. Setiap detik, di mana kejadiannya sudah direncanakan oleh Allah swt. Jadi kita sebagai umat manusia yang hidup dalam aturannya haruslah menerima segala dengan redha. Samada pertemuan ataupun perpisahan. Seperti yang pernah saya nyatakan dulu, kita hanya membuat kertas kerja sebaik mungkin, berusaha mencari dana atau peruntukan dalam menjalani kehidupan, namun yang akan meluluskannya nanti adalah Dia yang Esa.

Sembang lebat pasal projek apa pun, rancangan apa sekalipun kalau dah Allah swt tak luluskan, maka redhalah. Jangan menuding jari pada sesiapa.


*Entri ini ditujukan khas buat pasangan yang dulu macam romantik habis... namun, jodohnya tidak kesampaian. KFCM dan AH. *

Salam.
Peace.

No comments: