Salam.
Waaa.. mengantuklah pula. Ingatkan konon nak siapkan isi markah budak-budak dalam sistem baru Kementerian Pelajaran Malaysia, SAPS. Tapi terlupa pula nak bawa balik markah budak-budak tu. Habisnya ke sini kerja ku... heee..
Kepada yang bukan guru sekolah kerajaan mesti tertanya-tanya apa menatang SAPS ni. Kalau diperhatikan setiap status para guru di Mukabuku sekarang, rata-rata bercakap tentang SAPS selain daripada bonus setengah bulan gaji yang baru diumumkan semalam (yeay!! Eh, Alhamdulillah~~^__^").
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Itulah dia. Sekarang ni, semua guru wajib memasukkan markah setiap peperiksaan dan ujian pelajar melalui atas talian. Canggih wooo!! (kata orang yang jarang guna online untuk kerja.. tehee).
Habis kalau cikgu tu tak ada steamyx atau jalurlebar? 0__0
Apa-apapun, saya bukan nak bercerita tentang SAPS. Tak ada cerita sebenarnya. Ehm, nak cerita tentang budak-budak ke?
Sekarang ni, pelajar tingkatan 5 sedang menghadapi Excel 2 merangkap Percubaan SPM mereka. Entahlah macam mana dengan keputusan nanti. Masa peperiksaan pun, tak ramai yang datang. Yang ada pun, macam duduk atas bara api. Sikit-sikit nak keluar. Jawabnya tidak. Kalau cikgu risau berlebih pun, tak guna kalau mereka sendiri tak ada perasaan nak berubah. Sedih.
Pagi tadi, masuk kelas tingkatan 4. Ada empat orang pelajar yang lambat masuk. Sudahlah lambat, tak ada salam, tak ada maaf terus masuk. Dah habis waktu baru terhegeh-hegeh nak tanya kena buat apa. Nak marah pun bulan puasa, kering tekak weh. Alih-alih, cikgu dia guna reverse psychology. Tak tahulah jalan ke tak. Entah faham entah tidak.
Bukan reverse psychology mana pun. Cuma tidak tegas seperti selalu. Cakap dengan penuh kelembutan sampaikan saya sendiri rasa nak muntah. Bayangkan macam cikgu sekolah yang baik hati yang menasihati pelajarnya dengan penuh sabar dan penuh kelembutan.... di dalam drama melayu. Ayu lah konon... dalam hati~~
Cikgu dia bukan berlakon, tapi sebab tak larat dah nak marah-marah. Tak jadi apa kalau tegur dengan..normal? Takut juga terkeluar perkataan 'lantaklah'. Ehm, begitu juga. Dah marah-marah ala komander, dah tegur baik-baik sepertinya seorang kakak, dah juga bagi motivasi kononnya macam ahli psikologi. Jadinya, hari ini cikgu jadi pelakon drama air mata... cuma tak keluar airmata. Sikit lagi nak berbuih air liur tahan jelek dengan diri sendiri. Huh!
Well, teacher can be anybody. Refer to Frank McCourt's quote above. Love it to the max!
Nasib baik duk terkenang-kenang nak balik lagi 2-3 minggu. Lepas tu boleh lepas geram makan ikut suka hati. Kemudian, gembira lagi sebab dapat bonus. Siang tadi pun dapat sikit habuan kerja tambahan. (Sila simpan Shahida, jangan membazir). Kemudian, bulan 10 pun tiba. Hoorey!
Oh oh... berkemungkinan seminggu sebelum bertemu dengan cik abang-cik abang yang menjadi pojaan hatiku sejak sekolah itu, saya dan beberapa rakan akan mendaki Gunung Kinabalu. Insya Allah. Wah.. semua impian hampir terlaksana ni. Sungguh gembira diri ini. Semoga tiada berita kurang enak menyusul lewat kantung pendengaranku. Waduh, kayaknya ngomong Bahasa Indonesia?
Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Murahkanlah rezekiku. Sihatkan tubuh badan dan akal fikiran ku agar dapat melaksanakan ibadah dan pekerjaan serta kegiatanku dengan sempurna. Amin..
:D
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment