Salam.
Berkat doa saya semalam, Insya Allah, DIA berikan apa yang tidak saya pinta tetapi apa yang saya perlukan. Cabaran telah bermula kembali setelah rasanya agak lama saya 'menyepi' daripada menerima segala cabaran. Bukan menyepi, tapi sengaja mengelakkan diri. Sengaja mencipta alasan untuk tidak menjadikan cabaran itu satu ujian malah saya sering menganggap cabaran dan dugaan yang tiba adalah satu masalah yang besar.
Tanpa disedari, semakin saya mengelak daripada menerima cabaran, semakin lemah jiwa. Semakin kurang 'daya tahan melawan dugaan'. Saya menjadi semakin bodoh, bodoh kerana silap menilai apa yang benar, apa yang salah. Bodoh kerana salah memberi ruang kepada diri dalam menjalani proses kehidupan. Sehinggakan bila saya tersedar ruang itu semakin sempit dan tiada lagi tempat untuk saya bernafas dengan senyuman. Nafas yang dihela 'berbau' hipokrit.
Alaaahhh... buat ayat dah cikgu ni... Hmm... tak apalah, layan sajalah.
Kadang terfikir. Dulu, saya begitu yakin dengan matlamat dan hala tuju. Apa yang ingin saya capai, Insya Allah selalunya dapat saya genggam. Walau bukan sepenuhnya, sekurang-kurang Tuhan Maha Pemurah dan saya bersyukur di atas segala kurniaanNYA. Namun semenjak kebelakangan ini, saya seperti dibutakan dengan kesenangan yang tidak jelas. Saya dipekakkan dengan hiruk pikuk tawa yang tidak pasti puncanya. Saya lemas dan lalai dalam kehidupan yang dikatakan bahagia.
Hakikatnya, jiwa dan hati saya meronta minta dilepaskan daripada belenggu hipokrasi. Saya bukan orang baik. Tapi saya percaya, saya bukan terlalu jahat untuk tidak menyedari kesilapan sendiri. Cuma, lama untuk saya sedar ada titik-titik noda dalam setiap butir bicara, ada calit kotor dalam setiap senyum yang diukir dan ada bayang hitam dalam setiap langkah yang mengiringi. Saya sudah penat.
Saya mahu kembali menjadi yang dulu. Bukanlah yang terbaik tetapi sekurang-kurangnya jiwa dan hati saya bahagia. Setidaknya, butir bicara saya jujur. Senyuman yang saya berikan pada setiap manusia adalah tulus ikhlas dari hati dan bayang hitam yang mengekori bukan selamanya memadamkan jejak.
Moga di saat-saat akhir Ramadhan ini turun barakah dariNYA untuk diri ini yang hina dan kerdil ini. Ameen..
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


No comments:
Post a Comment