Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

21 August 2011

Tunggu dan lihat

"The best friends are those who can talk for hours about nothing"
-definitely not from me

Salam.

Sekarang kita telah pun melangkah ke 10 terakhir Ramadhan. Di saat-saat akhir begini baru terasa rindu yang teramat sangat untuk membenarkan Ramadhan berlalu. Tambah-tambah lagi apabila mengenangkan diri yang masih belum sempurna ibadatnya. Hmm..

Genap seminggu lagi, saya akan pulang ke kampung halaman menyambut hari lebaran. Wow, klasiknya ayat. Haha... Tapi, kali ini rasa macam kurang bersemangat sikit. Semalam Syafiqah telefon. Dalam tengah berborak dengan dia, ummi bertanyakan sesuatu. Sesuatu yang sangat-sangat-sangat sensitif. Sesuatu yang tak dapat saya jawab tapi saya akur untuk memberikan jawapan dan akhirnya saya sendiri yang kecewa.

Bukan salah ummi. Selayaknya ummi bertanya tentang keadaan masa depan anak gadisnya. Selayaknya ummi bertanya setelah sekian lama masih tiada berita yang jelas tentang keadaan dan kedudukan anak gadisnya. Selayaknya...

Tapi, entah mengapa saya meradang. Bukanlah meradang sangat. Masih cuba ditutup rasa kecewa dan marah tapi tertinggi suara pada Syafiqah sewaktu memberitahu apa yang ummi mahu tahu. Itupun, bukan jawapan lengkap yang saya bagi. Kerana jawapan yang betul tiada pada saya. :'(

Dan bila mengenangkan hari raya nanti sepertinya saya akan diasak dengan pertanyaan yang sama, semangat untuk beraya jadi pudar. Semangat untuk bertemu sanak saudara juga tiada. Pulang ke kampung, ya. Untuk keluar berziarah... tidak rasa. Rasa macam mahu duduk sahaja di rumah.

Saya tak ingin menyalahkan sesiapa kerana saya masih teguh percaya itu adalah ketentuan Tuhan. DIA belum memutuskan lagi saat ini saya telah mencapai impian dan cita-cita saya. DIA belum mahu berikan apa yang saya inginkan kerana banyak lagi agenda lain yang perlu saya utamakan ketika ini. Kami... saya telah berusaha sedaya mungkin namun jika belum terbuka pintu hati pihak yang lain untuk meneruskan impian, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya berusaha, berdoa dan berserah kepadaNYA.

Selagi hati ini belum terpesong. Selagi nyata dan yakin dengan matlamat. Selagi Tuhan membenarkan perasaan yang ada dalam diri di antara dua insan ini. :-)

Namun, sebagai manusia biasa, perempuan pula tu... nak tak nak memang akan sedih dan kecewa. Tapi bertahan sahajalah. Pujuk diri, lambat-laun akan tiba juga masanya. Ini semua kerja Tuhan. DIA yang Maha Mengetahui. DIA yang menyusun segala perancangan semenjak azali lagi. Setiap kali lemah, setiap kali merasakan saya saja yang dibebani fikiran begini... padahal........................


Fikiran begini sememangnya mengganggu kehidupan saya. Caranya saya sibukkan diri. Sampai satu ketika saya terpaksa.... memaksa diri untuk tidak mempedulikan si dia. Biarkan si dia dengan dunianya, biarkan saya dengan dunia saya. Bila saya lupa, maka saya tidak fikir lagi perkara yang itu. Dan... saya cuma memohon maaf dari kejauhan... Kita tunggu dan lihat apa rencana Yang Esa.

PadaMU Tuhan Maha Esa
ku pohonkan keampunanMU
Tunjukkan arah restuMU
Berikan kami bahagia...


Isyk.. bulan puasa bermelankolik pula dah.

Salam.
Peace.

1 comment:

Unknown said...

ramadhan masih berbaki. mari kita doa sama-sama ye?

ida seorang yang kuar. InsyaAllah, Tuhan tak turunkan dugaan yang tidak dapat ditangani oleh hambanya yang terpilih.

:)