Habis sudah bermelankolik di bulan puasa. Sesungguhnya saya bersyukur dan terus yakin bahawa antara kami tetap utuh dan teguh. Ecewah. Miangnya bunyi!
Masakan tidak, beberapa jam selepas saya bermelankolik sendirian, si dia menghantar pesanan ringkas. Yang seringkas-ringkasnya. Tapi cukup untuk menyakinkan saya... Tuhan masih mengizinkan perasaan yang ada. Cuma, untuk direalitikan-serealiti-realitinya, belum lagi. DIA kata, nanti dulu. Buat benda lain yang lebih penting dulu. Amin..
Okeylah. Okeylah. Berhenti bercerita tentang hal yang tidak patut ini. Zasss, jom kita ke sekolah. Eh, bercerita tentang sekolah.
Alhamdulillah. Tinggal beberapa skrip karangan lagi untuk ditanda. Tinggal kertas 1 kelas 5P sahaja lagi. Yang lain semua SIAP!!! Kalau bab menanda kertas, rasanya saya memang cemerlang. Cemerlang maksud saya, cepat je boleh siap... sebab tak banyak kelas dan dapat pula kelas yang di belakang-belaaaaaakang sikit. Bukan apa, mereka ni menulis tak panjang jadi, tak adalah susah sangat nak tanda.. Eheh! Downsindrom.. downgraded sungguh cikgu ni. Tssk..tssk..
Apa-apa pun rasanya kali ini kurang sikit sakit jiwa di saat menanda. Bagus. Ada yang dengar cakap teacher. Terutama sekali kelas tingkatan 4. Beberapa hari sebelum ujian berlangsung, ada saya bagi latihan yang berkaitan. Tak pula saya bagitahu itulah yang akan keluar dalam ujian. Namun, hampir sebilangan besar pelajar yang saya yakin memberikan tumpuan semasa proses P&P, dapat menjawab dengan lebih baik daripada biasa. Sekurang-kurangnya memberikan jawapan sepertimana tips yang telah diberikan walaupun bukan 100% daripada mereka sendiri. Yang penting, mereka memberi tumpuan di dalam kelas dan diinterpretasikan di dalam kertas ujian. Syukur Alhamdulillah....
Bagi kelas tingkatan 5, mungkin juga kebetulan beberapa hari sebelum itu mereka didedahkan dengan teknik menjawab jadi yang mana ada di dewan dan mendengar... dapatlah jawap dengan baik.
Oh oh... mungkin sebab saya ada beritahu begini kepada mereka...ehem, ehem..
"Sekarang bulan puasa. Bulan puasa macam ni, doa selalunya makbul. Doa cikgu, sesiapa yang memberi tumpuan dan benar-benar ingin berjaya, Insya Allah akan lulus. Yang lain.... cikgu tak mahu cakap apa-apa... faham-faham sajalah..."
*muka-serius-tak-senyum-cekak-pinggang-punya-gaya*
Hehehe..
Terima kasih, ya Tuhan kerana mendengar doa untuk anak-anak didikku. ^____^
Hari Khamis dan Jumaat nanti akan dijalankan aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Hari raya dan hari kebangsaan kan bakal disambut serentak, jadi bulan puasa juga serentak dengan bulan kemerdekaan. Siap ada perlawanan bola sepak perempuan lagi. *__* Tapi tentunya bukan untuk mereka yang berpuasa. Heh.
Esok kena jadi pengacara untuk minggu kemerdekaan versi guru-guru. Siap ada joget lambak katanya.. hahaha.. lagu Joget Malaysia-lah. Tak pasti jadi ke tidak. Ada sesiapa yang berani berjoget??
Oh ya, ada satu kisah saya nak kongsi sikit sahaja di sini. Tentang seseorang yang pernah saya marah-marah dalam entri sebelum ini. Malam tadi, kononnya sudah berikrar untuk tidak marah, tidak sakit hati, tidak benci orang dan semestinya tidak bengang yang membawa kepada meluah perasaan kepada kawan-kawan yang lain. Namun, kehadiran orang itu pagi-pagi berjumpa dengan saya yang sedang khusyuk menanda kertas dengan girang dan gembira telah memusnahkan mood saya dan menghancurkan ikrar.
Apa tidaknya. Hari tu, saya nak buat sendiri tuntutan, dia kata nak tolong uruskan. Alih-alih, jumpa saya juga tanya itu ini. Haiya, kalau saya yang buat, rasanya awal-awal lagi dah dapat. RM100 boleh buat duit raya maa!!
p/s: Heheh.. tu la Shahida, jangan marah-marah. Esok dah boleh dapat duitku semula... hoyeah! Terima kasih ya. Maaf ya... =D

Salam.
Peace.

No comments:
Post a Comment