Salam.
Ya, ya... saya tahu entri saya berturut-turut. Apa nak dikata, dah ini blog saya. Suka hati lah.. hahaha...
Saya sedang berusaha mengisi markah ujian 2 dalam SAPS. Tapi, biasalah. Talian internet di Malaysia ni apalah sangat. Kalau tak lambat, selalu terputus. Sekarang ni, masalahnya "Problem loading page". Pffttt... Jadi, sambil-sambil tu kita singgah sini dulu bercerita, ya tak? Eheh..
Sementara menunggukan cik lappy makan (baca: caj bateri), saya menonton televisyen sekejap. 2-3 hari ni tak buka tv langsung kecuali masa nak berbuka. Ingat nak tengok sekilas lalu saja. Tapi memandangkan saya ni pernah ada sejarah menjadi hantu tv, maka sekejap jadi sekejaaaaaap je lagi.. Ngee...
Telefilem 'Mendongak ke Langit' arahan Amor Rizan (ke Rizal?) kalau tak silap saya. Terbitan Cube Film. Ceritanya menarik. Malah sangat menarik bagi saya yang gemarkan kisah kekeluargaan berbanding kisah cinta klise.
*Sambil bercerita sambil terus berusaha masuk ke laman wen SAPS... asyik masalah saja ni... haaa! dapat masuk pun!*
Mengisahkan tentang dua beradik iaitu Azman dan abangnya, Aliff yang berusaha untuk hidup di lorong gelap apabila bapa mereka menjual ibu mereka. Setelah bapa mereka ditangkap polis atas kesalahan memiliki dadah, ibu mereka yang dipaksa melacur dan mengambil dadah mula ketagih. Akibatnya, dua beradik ini hidup terabai dan mencari rezeki untuk sesuap nasi dengan titik keringat sendiri.
Apa yang menariknya, kisah ini adalah yang imbas kembali oleh Azman atau setelah dewasa dikenali sebagai Haziq, kepada bekas setiausahanya setelah segala harta benda dan rumahnya dirampas oleh Zikri, peguam bapa angkatnya yang pecah amanah. Lebih menarik apabila dibongkarkan bahawa, Zikri itu sebenarnya adalah Aliff, abang kandungnya yang dia sangka telah pun meninggal setelah ditikam oleh Rashid, pengedar dadah ketika cuba menyelamatkan ibu mereka yang diganggu.
Pada waktu itu, Azman yang dibelasah teruk oleh kuncu-kuncu Rashid ditemui terdampar di pinggir Sungai Klang oleh Dato' Rahman dan mengambilnya sebagai anak angkat, sedangkan Aliff yang disangka telah pun mati berjaya diselamatkan oleh KakJie, seorang pondan yang sama-sama hidup di lorong gelap yang selama ini banyak membantu. Setelah sembuh dan ibu mereka meninggal akibat dadah, Aliff yang pada awalnya adalah seorang budak yang baik berbanding Azman mengambil jalan hidup yang salah apabila menjadi 'anak ikan' kepada seorang lelaki yang sanggup menjaganya. Di situlah dendamnya terhadap adik sendiri bermula. Dia melihat Azman yang hidup mewah bersama Dato' Rahman dan isteri tetapi melupakan ibu dan abang sendiri yang masih bergelumang dengan noda hitam.
Bagi saya, penamat ceritanya agak tergantung. Haziq kembali mengemis di jalanan dan langsung tiada cerita tentang Zikri yang sengaja 'melemparkan' adiknya ke jalanan atas dasar balas dendam. Saya terfikir... *alah, problem loading page lagi*... sampai macam tu sekali ke dendam Zikri pada Haziq? Sedangkan ketika mereka masih bersama, Zikri@Aliff sangat sayang pada adiknya dan begitu menjaga adiknya. Tapi, kalau harta dan kedudukan menjadi pokok persoalan, tak mustahil adik beradik boleh saling membenci, kan? Lagipun, Zikri pernah mengatakan Haziq lupa asal-usul dirinya yang pernah mengemis dan menjadi anak kupu-kupu malam.
Sedih melihat Aliff yang sanggup mencari tin kosong untuk makan. Tambah menyedihkan ketika dia dan Azman bergaduh apabila Aliff mengambil keputusan untuk memberikan dadah kepada ibu mereka yang sedang ketagih. Tak sanggup tengok ibu menderita katanya. Dalam keterpaksaan dia membiarkan ibunya melayan ketagihan itu. Sedih, sedih. Tak sanggup tapi terpaksa.
Apabila menonton 'Mendongak ke Langit' saya teringat pula cerpen sendiri yang tanpa segan silu saya mengiktirafkan sebagai karya saya yang paling bermutu iaitu 'Aku Anak Si Kupu-kupu'. Kisahnya lebih kurang, kisah anak pelacur yang terpaksa mencari rezeki sendiri demi sesuap nasi. Bezanya, watak Shah adalah budak yang baik (^__^) dan anak tunggal serta memilih jalan hidup yang benar dan nyata. Yang bestnya, watak KakJie si pondan yang membantu dua beradik tu pun ada dalam cerpen saya dengan nama CikTim.
Ketika babak Azman digoda oleh seorang gay dan Aliff memilih jalan untuk 'berkhidmat' dengan lelaki bengkok tersebut, teringat pula cerpen 'Diari Derita'. :p
Okeylah, memang saya sedang promo karya lama saya sebab dah rindu nak menulis tapi sudah kering idea hebat seperti dulu. Wow! Hebatkah?
Belum baca? Sila tekan sana ---> Diari Derita
Aku Anak Si Kupu-Kupu
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment